Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, May 18, 2009

Permainan Semakin Menarik




Demang tidak tahu apa istilahnya dan di mana letak peraturan atau peruntukan berkaitan perkara itu. Namun sejak dahulu lagi dalam perlawanan bola sepak apabila tiba-tiba pemain lawan tercedera dan pengadil tidak memberhentikan permainan maka pemain yang sedang menguasai bola akan menyepak bola itu keluar.

Hal ini adalah bagi membolehkan pihak lawan menyelesaikan masalah tersebut terlebih dulu.

Kemudian apabila perlawanan disambung semula melalui lontaran ke dalam, pihak yang melakukan lontaran itu akan melontarkan bola itu ke pihak lawannya.

Jika anda berada di situ sebagai penonton mahupun sebagai pemain, anda akan dapati para penyokong kedua-dua pasukan akan memberikan tepukan gemuruh sebagai menghargai semangat yang ditunjukkan.

Isu di Penanti mungkin tidak seratus peratus menepati situasi perlawanan bola sepak tadi. Namun lebih kurang begitulah semangatnya.

Perletakan jawatan Fairus adalah dilakukan secara sengaja oleh partinya secara teknikal. Tujuan utamanya barangkali untuk menggantikan ADUN tersebut dengan orang lain. Siapapun orangnya, ia tetap orang PKR.

Dalam pada itu Anwar ingin bermuslihat dengan BN. Calang-calang lawan pasti akan terseret ke dalam permainan politik Anwar itu.

Nampaknya ia tidak menjadi.

Sebenarnya tindakan Najib dan pasukannya itu bukan tidak dijangka oleh Anwar. Cuma Anwar tidak menyangka Najib akan seberani itu mencarik adat.

Demang melihat bahawa kali ini buku telah bertemu dengan ruasnya. Najib dengan cekap memintas sebarang tindakan Anwar dan sentiasa berada di hadapan.

Demang mula berasa seronok melihat permainan ini.

Foto: sport-fitness-advisor.com

8 comments:

Redz da Tsar said...

Permainan spesies yang macam mana? ak berapa nak faham... Kenapa tak bertanding je? Bukankah BN sudah mula dipercayai rakyat? Adakah BN takut? Apakah alasan BN?

Memang tidakan Fairus meletak jawatan tue tak bagus... tapi, tindakan BN tak bertandng tue macam menampakan BN 'takut kalah'...

Ini pandangan saya.. Sila betulkan jika salah

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Redz,
Adakah saudara bersetuju jika saya katakan BN akan menang jika bertanding di Penanti?

Saya yakin anda akan tersenyum sinis.

Secara jujurnya, saya juga yakin BN akan kalah.

Kenapa kita mahu bertanding jika kita sudah menjangka akan kalah?

Kita bukan hanya ada Penanti untuk bertanding.

Bagi saya, kemenangan pertama Najib ialah melakukan kejutan kepada Anwar untuk tidak bertanding.

Anonymous said...

Anwar dah kna dgn najib.dia x sangka Najib secerdik itu.Inilah bertemu buku dgn ruas namanya.

aku percaya dgn langkah najib.Tumpuan kita hanya utk smua rakyat.Nuar saja nak alih tumpuan BN dan UMNO utk bangkit.

Abes la ko nuar..Aku x sangka ada manusia penjahanam mcm ko.Dulu aku mcm bodoh sokong ko tp aku x bodoh lama.Negara,bangsa agama lg penting.Aku rasa baik ko jd PM kat Sri Lanka la....kih3

azlan said...

Tak perlu bangkitkan soal penakut. Setuju kalau dianggap sebagai sporting, baling bola kembali ke pemain pasukan lawan dek kerana nak merawat/menukarkan pemain yg. tercedera!

Jejak Tuah said...

Salam....

Inilah strategi najib, jika Bro Anwar Bin Ibrahim ada strategi utk rakyat melupakan kes menjuburi. makanya najid tidak termasuk dalam perangkap itu. dan akan kepanasan lah makhluk bernama Bro Anwar Bin Ibrahim. Rakyat buatlah penilaian sendiri.

Renungkanlah...

nalapambu said...

BN/UMNO ternyata tunjuk kan kelemahan nya. Tidak berani letak calun di N12 Penanti.

Ini lah tanda yang nyata BN/UMNO sudah sampai ke akhir zaman nya.

Walau pun BN/UMNO ber sungguh2 berusaha untuk pulih, tapi nampak nya bertambah semakin parah.

Pencacai2 bloggers UMNO semua tidak boleh diharaf untuk pulihkan BN/UMNO lagi. Pencacai2 bloggers UMNO ini sudah kehabisan modal berhujah.

Kita tidak hiraw siapa perintah Perak sekarang. Tetapi yang jelas dan nyata pada PRU13 nanti kerajaan BN/UMNO akan tumbang di seluruh negara.

Kegagalan BN/UMNO bertanding di N12 Penanti sangat memalukan parti BN/UMNO. Takut di malukan bagi kali ke lima selepas PRU12.

ustazSAID said...

Salam tuan, aku x dpt bayangkan camna kempen PKR tanpa ada BN. Ntah2 durang pi taja seorang calon guna lambang dacing spy durang boleh tabur makian & fitnah kpd BN. kesian hahaha

Jejak Tuah said...

Sedihnya.....

Sejak dr zmn parti perikatan sehingga sekarang BN tlh lebih kurang 50 thn thn menerajui pemerintahan negara, pernah berada pada masa getirnya spt pilihanraya 1969, pilihanraya 1999 dan terkini 2008. Betulkah BN itu menjadi penakut? Menjadi penakut meletakkan calon utk ADUN Penanti dlm negeri Pulau Pinang yg kerajaannya ditabdbir DAP? Menjadi penakut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri?

Bagi yg tidak mengerti strategi mmg itu momokannya. Penanti bukanlah tmpt utk diuji sapa berani, siapa hebat, siapa kuat. Penanti adalah medan utk lihat siapa bijak, siapa pandai. Lihatlah momokan yg dilontarkan demi utk mengalihkan pandangan rakyat kpd pengkhianat yg dilakukan PR, pengkhianatan kpd kepercayaan rakyat. rakyat diperbodoh-bodohkan mengikut hawa nafsu mrk. Alasan sambung belajar dan urusan keluarga menjadi asas kekosongan mmg lucu bunyinya.... terbukti kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat. seolah2 tanggungjawab membela rakyat suatu permainan bg mrk.

Pemikiran rakyat cuba dipesongkan utk melupai kes al-juburi. khuatir tembelang yg disimpan akan diketahui. setiap inci perilaku akan di selidiki. khuatir hilang sokongan disetiap negeri maka mimpi sbg perdana menteri x jd realiti.

fantasikah atau realiti.....

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)