
Apabila Demang ditanya oleh seorang peserta semalam adakah masih ada ahli politik yang begitu bersungguh-sungguh untuk membina negara, termenung sejenak Demang. Bukan Demang tidak ada jawapan, namun Demang bimbang kenyataan tersebut dianggap semata-mata untuk 'mengampu' seseorang.
Akhirnya Demang berkata:
"Secara peribadi, dari sudut hati kecil saya, sama ada anda mahu bersetuju atau tidak, saya tidak peduli. Saya hanya nampak DS Najib sahaja yang begitu beriya-iya dan bertungkus lumus melakukan apa sahaja bagi memulihkan imej kerajaan yang memerintah.
Perkataan 'SAHAJA' tersebut mungkin keterlaluan. Demang minta maaf namun itulah yang Demang sedang rasakan.
Kenapa? DS Najib adalah anak PM Malaysia (Tun Razak). Dilahirkan dan dibesarkan di atas dulang emas. Barangkali jika tidak ditunjukkan, rumput pun beliau tidak kenal, apatah lagi sawah bendang dan ladang ternakan.
Namun beliau sanggup turun padang meredah denai, bergaul dengan rakyat biasa demi membina negara. Kalau ahli parlimen yang berasal dari kampung berbuat begitu, Demang langsung tak hairan. Tetapi apabila Najib yang melakukan, Demang begitu terharu dan kagum.
Dan, pagi ini hp Demang bertalu-talu menerima berita online daripada BH-Celcom:
BH 27/07: Perdana Menetri perincikan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) negara dengan KRA pertama kurangkan kadar jenayah, terutama jenayah jalanan.
BH 27/07: KRA kedua perangi rasuah babitkan semua perolehan kerajaan perlu tender terbuka atau tender terhad dengan kuasa SPRM lebih luas: Najib
BH 27/07: KRA ketiga babitkan akses prasekolah capai 80 peratus mulai 2012, pengetua dan guru besar nikmati ganjaran berasaskan pencapaian sekolah: PM
BH 27/07:KRA ke-4, mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan rakyat akan dibayar pada 1 haribulan, banteras miskin tegar menjelang 31 Disember 2010.
BH 27/07:KRA ke-5 - perkasa prasarana luar bandar, RM4 bilion bina 1,500km jalan di Sabah/Sarawak, RM1 bilion jalan di Semenanjung.
BH 27/07:KRA ke-6 - tingkat pengangkutan awam dalam jangka sederhana, tambahan 35 set "4-car train" di laluan LRT Kelana Jaya hujung 2012.
Fikir-fikirkanlah…
Lantas Demang kembali menjadi marah dengan para pengkhianat yang lari meninggalkan bahtera yang mereka rasakan akan karam, bagi menyelamatkan diri masing-masing.
Siapa lagi kalau bukan Chua Jui Meng dan SS Subramaniam!
Demang sedang menanti jika ada lagi pengkhianat yang akan membuang topeng masing-masing.
Dipersilakan...
....................
foto titanic02
psychics.co.uk
Thanks.
Read more...