Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, June 14, 2010

Hebat Nik Aziz




Kata Nik Aziz sebentar tadi, beliau tidak mahu menjadi ketua jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan.

Nik Aziz memang hebat. Sekali imbas nampak betapa tawadhuknya beliau kerana tidak mengidam jawatan itu.

Cuma Demang musykil sikit, tak teringin atau tak layak? Semenetara itu, Hj Hadi nak kita letak di mana? Anwar tak apalah sebab nasib dia masih kesamaran.

Maklumlah, dalam keadaan PAS dilihat cukup kuat dan UMNO begitu dhaif pun PAS cuma memperolehi 23/222 kerusi, bagaimanakah nasib PAS dalam PRU13 nanti?

Yang jelas, DAP semakin kuat sekarang manakala PAS pula semakin kehilangan arah dan mengelirukan orang Melayu. Mungkin PAS tidak berniat untuk mengelirukan orang Melayu namun orang Melayu memang semakin keliru dengan hala tuju PAS.

PKR? Demang lihat parti itu sekadar menampung bekas ahli UMNO dan MIC yang kecewa dengan parti asal mereka. Ia hanya tempat pelarian sahaja. Manakala orang cina meletakkan wakil-wakil mereka bagi mengimbangi kuasa Melayu atau India agar tidak mendominasi parti itu.


Kaum itu memang ’cerdik’ berpolitik.


Salam,

5 comments:

YANG GAMBI said...

Nik Aziz dah mula tunjuk belang yang dia dah serupa dengan Ayah Pin, semua kaum Hindu dan Cina sembah kaki Nik Aziz, gantung gambar dlm rumah....

Nik Aziz sanggup menghapuskan hak bangsa Melayu-Bumiputera dan agama, sebab itulah India dan Cina berlumba-lumba menyokong PAS, bukan kerana perjuangan Islam tetapi kerana PAS dah sanggup hapuskan semua hak-hak dan kuasa Melayu.....

Nik Aziz lupa, makin bertambah-tambah wakil kaum bukan Melayu dan Islam apabila mereka diberi peluang menjadi calon PAS dlm PRU, kaum Cina 100% dari DAP, sebahagian dari PKR dan kini dari PAS.... mampukah PAS memeratabatkan sebuah negara Islam kelak ? atau hanya sekadar retorik semata-mata untuk memecahbelahkan umat Melayu sahaja...

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t lahir taun bila lar orang yang duk komen kat atas ni?? orang duk pebesarkan agama dari bangsa, yang engko pebesarkan bangsa wat pe?? tak ke cam yahudi tindakan mempebesarkan bangsa dan bangga sgt dengan pe umno wat skung... wey manusai ada lebih dan kurang, jgn menghina sagt orng, dri sendoi tu bukan nye perfect, guna akai lar sikit... orang taknak jawatan besar bia arr pi kat dia.. bila ada jawatan tu engt arr bukan selamanya duk atas dan amanah kah kita lakukan tugas kerana Allah

PaKMie said...

Salam all...

Aku tk compius langsung dri apa2 kenyataan dri Nik Aziz. Beliau boleh ubah bila masa menguntongkan beliau. Esok cakap ari ni ubah pun perkara biasa bgi Nik Aziz.

Anggaplah kwn2 org bersikap mcmni sebenarnya sukar utk kita tegur. Bila ditegur mcm2 dia ckp dan berbelit2. Satu aja soklan kenapa sampai hari ini wpn dh tua dan kesihatannya pun tdk mengizinkan dan selalu keluar masuk hospital masih lagi Nik Aziz tdk mahu lepas jawatan MB Kelantan?

Perkara lain tk payah kita fikir apa ulasannya tentang tdk mahu jadi PM jika pakatan dapat memerintah. Mungkin dirumah Nik Aziz tak ada cermin barangkali..

Asalamualaikum dan salam sejahtera...slmt berjuang demi kebenaran.

Cheguman... said...

nik aziz bukan setakat pertahan bangsa dia, annak menantu pun pertahan juga...

Anon yg kat atas tu jangan lah berlagak baik.

cikgu melaka said...

ala demang..


kau cakap je lebih dalam blog. Mungkar tak nampak,maaruf pun tidak..

Aku pun cikgu juga. Selesaikan dulu hal sekolah sbelum nak selesai masalah org lain. Lagi satu..tegur para guru yang suka guna harta sekolah untuk layari internet milik kerajaan dan melayari facebook atau surfing untuk peribadi. Tegur jangan tak tegur..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)