Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, June 12, 2010

memilih strategi

Ini adalah berita basi.

Seorang guru wanita di Belgium ditamatkan perkhidmatan kerana enggan membuka purdah ketika mengajar di dalam kelas.

Demang tidak mahu menyebelahi sesiapa. Ada orang kata 'cikgu' itu berhak untuk tidak membuka purdahnya. Bagi Demang, tiada hak apa-apa jika kita tidak memegang kuasa. Maksud Demang, ikut sahajalah peraturan jika kita tiada kuasa.

Kata rangtua, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Orang Islam perlu sedar diri apabila empayar Andalusia berakhir di Granada dan Kesultanan Melayu Islam tumbang di Melaka, menjadi ummat Islam tidak lagi dipandang hebat. Itu belum apa-apa lagi memandangkan kini ummat Islam dipromosi sebagai pengganas!

Majlis perasmian dan pengiktirafan Islam sebagai ikon pengganas dilakukan secara besar-besaran di New York dan disambut pada 11 September setiap tahun! WTC menjadi bunga apinya.

Justeru pendekatan dakwah bukan lagi dengan berlagak sombong mempertahankan sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Bahkan, jangan sekali-kali menentang arus.

Penyamaran dan penyusupan adalah gerakan paling praktikal.

Melalui penyamaran, kita tidak boleh dilihat berbeza dari orang lain. Itu lebih baik daripada berpakaian Islam tetapi perangai menjijikkan. Ia juga lebih baik daripada memiliki hati yang busuk terhadap sesama makhluk.

Penyusupan adalah tindakan untuk berada di kalangan sasaran, bergaul dan berusaha memenuhi keperluan mereka. Bukan untuk merosakkan mereka bahkan menjadikan mereka menghormati kita.

Jika anda ingin berjuang, tidak cukup dengan hanya belajar di pondok-pondok atau pesantrian, hatta di dewan kuliah berhawa dingin. Belum memadai jika sekadar menyambung pelajaran ke barat atau timur tengah. Tidak cukup hanya pulang, bergaul sesama sendiri dalam jaket, topi, jubah dan serban; tanpa memahami perjalanan sebenar denyut nadi politik negara.

Politik bukan sekadar niat hati yang tidak diketahui orang. Bukan juga impian muluk yang dicanang ke sana ke mari berupa janji. Politik adalah menguruskan keperluan masyarakat yang berbagai-bagai. Politik adalah mendapatkan jalan tengah yang terpaksa diterima dengan redha.

Sudah tentu tidak semua kita setujui. Namun yang menariknya, yang tidak kita setujui itu pun perlu kita terima. Dan, ia baik untuk kita.

"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"

Memiliki sebuah negara sebelum berhijrah ke negeri akhirat bukan mudah. Apatah lagi dengan membawa sekalian ahli keluarga. Jangan tinggalkan mereka walaupun seorang meskipun akhirnya terpaksa diakui akan ada yang tercicir.

Bersambung.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)