Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, July 19, 2010

jangan kerana nyamuk


Air adalah sumber kehidupan. Manakala sebuah kolam adalah sebuah dunia kecil. Barangkali juga cerminan bagi kita.

Segalanya berlaku dengan bersebab meskipun Allah Taala tidak tertakluk pada hukum itu. Bahkan Allah-lah yang mengawal dengan qada dan qadar-Nya.

Beberapa jam yang lalu...
Walaupun urusan belum selesai, Demang singgah sebentar di rumah dan buru-buru menunaikan solat asar. Selepas itu sempat pula menjengah kolam yang kelihatan tenang dan damai.

Sejak beberapa minggu yang lalu semakin ketara surutnya air kolam. Pastilah kebocoran pada dasarnya telah semakin merebak.

Maka Demang memulas kekunci sumber air dan air jernih berklorin meluncur deras ke dalam kolam. Ikan-ikan keriangan kerana air adalah punca kehidupan.

Ya. Air adalah sumber kehidupan. Namun air asli semata-mata belum memadai untuk manusia. Maka manusia memasukkan klorin ke dalam air bagi meningkatkan kualiti air.

Air itulah yang Demang salurkan terus ke dalam kolam setiap hari. Malah kadang-kadang sehingga tiga kali sehari sejak kolam itu mengalami kebocoran.

Namun malam tadi kegemparan berlaku. Ikan-ikan kecil besar yang menghuni di dalamnya terkejang tidak bernyawa. Beberapa ekor spesis yang agak lasak seperti betuk dan kalui pun tercungap-cungai menanti ajal.

Nampaknya kebimbangan Demang terhadap musuh seperti burung dan ular belum menjadi kenyataan. Sebaliknya ikan-ikan itu terlebih dahulu tewas dek faktor dalaman.

Kesilapan besar Demang ialah kerana terlupa menutup air paip sehingga ia melimpah selama beberapa jam. Akibatnya, air berklorin sudah mengatasi air yang sedia ada di dalam kolam.

Seluruh keluarga ikut bersedih dengan tragedi yang berlaku.

Puas Demang berfikir; apakah tamsilan daripada peristiwa ini? Apakah yang boleh dipersamakan dengan klorin? Ia bukan perbuatan musuh luar. Bukan juga musuh dalam selimut.

Ia adalah kesilapan sendiri.

Akhirnya Demang memahami bahawa kejadian ini adalah amaran daripada Allah Taala agar bertindak sederhana. Klorin yang digunakan untuk meningkatkan kualiti air bertukar menjadi racun apabila digunakan secara berlebihan.

Sejak 10 tahun terakhir ini muncul satu keghairahan yang luar biasa untuk menukar kerajaan yang ada. Ia berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat yang terpendam sekian lama.

Demang juga memendam perasaan melihat tingkah laku sebahagian pemimpin yang seperti sikudung mendapat cincin. Demang faham, mereka berhak menikmati kekayaan negara. Namun bukan dengan cara menayang-nayang kemewahan secara berlebihan sehingga orang jadi meluat.

Maka timbullah fitnah. Padahal pemuda kaum lain lebih mewah dari itu. Walaupun mereka mungkin anak orang kaya namun kekayaan bapa mereka juga diperolehi melalui cara yang sama yang dilakukan pemuda UMNO. Maksud Demang, melalui projek-projek dan tender kerajaan.

Demang tidak salahkan rakyat bawah. Selain kemarahan pribadi, mereka dihasut pemimpin lain yang mempunyai agenda tersendiri.

Namun berbaloikah kita berpecah belah sehingga membuka peluang pada orang lain mengambil kesempatan?

Marah adalah tindak balas emosi. Memang sukar mengawal kemarahan. Namun jika tidak dikawal ia akan merosakkan segalanya.

Demang juga marah kepada sebahagian pemimpn UMNO yang tidak sedar diri. Namun Demang tidak akan bakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)