Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 24, 2011

AWAS Berita terbaru: gempa, gempar, gegar

 Yang mana anda mahu baca dulu?

Berita pertama (gempa & gegar)
Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa sempadan Myanmar berhampiran China, Laos dan Kemboja, 10 malam tadi, gegaran sehingga Bangkok. (BH 24/3)

Berita kedua (gempar & gegar)
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serah video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang kepada polis, termasuk jam tangan Omega. (BH 24/3)

Demang rasa gegaran akibat berita kedua lebih hebat lagi. Silap-silap akan menghasilkan tsunami lebih besar daripada fenomena PRU-12.

Jika kita semak semula sejarah, sebelum 1999 PAS hampir kehabisan bahan api untuk terus bergerak. Banyak cawangan PAS yang cuma tinggal bangunan sahaja

Peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim seolah memberi sumbu baru pada PAS. Kekaguman orang Melayu terhadap cerita perjuangan Anwar semasa menjadi siswa dengan cepat membakar simpati orang ramai.

Orang ramai tidak dapat menerima perkhabaran yang mengatakan pemimpin yang petah berpidato dan berwatak wara’ itu mempunyai tabiat seks luar biasa.

‘Ibarat jong pecah yu yang kenyang’ PAS dengan pantas menyambar peluang untuk kembali bernafas.

Pun begitu, walaupun UMNO kehilangan banyak kerusi dalam PRU-11, kerusi PAS tidak banyak bertambah. Undi yang hilang daripada UMNO beralih kepada PKR.

Terbukti bahawa walaupun UMNO ditolak (ketika itu) PAS bukanlah pilihan orang Melayu.

Hari ini, kemelut dalam PKR semakin memuncak. Mampukah PAS berjuang seorang diri semula seperti sebelum ini?

Atau terbenamnya PKR nanti akan turut menarik dan menyedut PAS sehingga terbenam dan terkambus bersama-sama.

PAS perlu sedar bahawa nyalaan pada sumbu tanpa bahan api yang cukup hanyalah nyalaan sementara. Ia bukan sahaja akan cepat padam bahkan akan memusnahkan pelita itu secara keseluruhannya.



No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)