Parti Kekaldaian Malayasia (PKR) dalam tabloidnya mendesak Kementerian Pelajaran menjelaskan isu 14 kesilapan dalam buku teks sekolah rendah.
Demang bersetuju dengan protes tersebut kerana soal pendidikan anak-anak tidak boleh diambil ringan.
Cuma dalam isu ini rasanya tidak perlulah kementerian menjawabnya sebab Demang sendiripun boleh beri jawapan. Malah jawapan Demang sebenarnya hampir senada dengan kenyataan wanita parti tersebut iaitu kesilapan tersebut berlaku kerana menteri terlalu sibuk berpolitik.
Demang bukan sahaja memberi jawapan malah bersedia mencadangkan satu resolusi bagi mengatasi masalah tersebut iaitu BUBARKAN semua parti pembangkang. Dengan itu menteri tidak lagi membazir masa melayan karenah pembangkang yang bukan-bukan.
Rakyat tidak perlu bimbang kerana tanpa pembangkang negara akan lebih cemerlang.
2 comments:
Salam
Ape kata saudara waadat buat sikit ulasan mengenai Tun Mahathir mengenai Tuan Guru Nik Aziz dan kenyataan beliau mengenai Tengku Zafrul, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd dalam Utusan Malaysia Online pada 27 Febuari baru-baru ini.
Kenyataan beliau;
"Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.
"Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.
Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.
"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya.
Salam Anon,
Terima kasih krn berkongsi maklumat. Insya-Allah saya akan usahakan.
Post a Comment