Gendang bersambut...
Pernah lihat video Anwar Ibrahim berdangdut? Demang percaya ramai yang sudah menontonnya. Kata orang, bagaimana rentak begitulah tarinya. Namun jangan terbabas!
Umpanan yang dibuat komplot PKR melalui video seks bersama amoi disambut PDRM dengan penubuhan satu badan penyiasat khas.
Nampaknya peristiwa 12 tahun lalu seakan berulang. Apabila Tun Mahathir menerima surat rasmi (bukan surat layang) tentang salah laku timbalannya (Anwar), Tun telah memanggil Anwar dan meminta penjelasan.
Anwar dengan kekuasaannya ketika itu telah menitahkan Musa Hassan (sekarang adalah mantan KPN) melakukan penyiasata tertutup.
Anwar lupa yang Musa Hassan bukan sahaja kakitangan kerajaan dan pegawai polis yang menjalankan tugas malah mempunyai disiplin dan prosedur kepolisian yang wajib dipatuhi.
Akhirnya penyiasatan yang dilakukan membawa kepada penemuan lain. Di penghujung siasatan ditemui bukti dan saksi bahawa tuduhan terhadap Anwar memang berasas.
Sementara itu, sebagai PM, Dr Mahathir tidak hanya bergantung pada siasatan, laporan, dan nasihat pihak polis semata-mata.
Akhirnya, Dr Mahathir tiada pilihan lain selain membawa kes ini kepada AMT UMNO untuk sama-sama membuat keputusan.
Dan, keputusannya Anwar perlu disingkirkan secara rela atau paksa kerana pekung yang ada pada dirinya sudah tidak dpat ditutup lagi.
Bahkan ada yang berpendapat bahawa Anwar sendiri-lah pekung itu.
No comments:
Post a Comment