Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, March 23, 2011

Anwar menang, tak perlu serah DNA

Mahkamah pagi tadi memutuskan Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantunya agar tidak perlu menyerahkan sampel DNAnya.

Sebagai segaran, pakar perubatan yang memeriksa mangsa mendapati terdapat tinggalan air mani deorang lelaki di dalam dubur bekas pembantu peribadi pemimpin pembangkang itu.

Berikutan itu pihak pendakwa meminta tertuduh agar menyerahkan sampel DNAnya untuk dipadankan dengan air mani tersebut.

Namun tertuduh telah berusaha mendapatkan perintah mahkamah agar dia tidak perlu mematuhi permintaan pihak pendakwa.

Apapun, pihak mahkamah telah membenarkan pihak pendakwa menggunakan tiga barangan yang pernah digunakan oleh tertuduh iaitu tuala, botol air, dan berus gigi sebagai bahan bukti.

Harapan pihak pendakwa sekarang ialah untuk mendapatkan sampel DNA tertuduh daripada ketiga-tiga bahan bukti tersebut.

Demang: hairan sungguh... apa yang susah sangat nak bagi sampel DNA Bukannya perlu menjalani pembedahan atau ditoreh! Air ludah pun boleh, kalau tak silap Demang.

Nak kata Anwar takut polis tukar DNA tu, kenapa Anwar berani buat laporan polis dalam kes video seks terbaru, semalam?

2 comments:

Anonymous said...

rambut seurat pom boleh

Anonymous said...

rasanya tidak perlu lepas nie anwar menjaja kes ni dimana cakap ni kerajaan yang tekan hakim atau apa2,DNA tak perlu kasi kata hakim tetapi sekiranya seorang yang bermaruah tinggi(tu pun kalau betul la) dengan sukarela anwar kasi sampel DNA bg mengatakan dia bukan sipeliwat itu,biar DNA itu membuktikan apa,kalau hakim pun anwar tak percaya tapi DNA tiada boleh dimanipulasikan pun

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)