Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Anwar agar berus gigi, tuala 'good morning' dan botol air tidak diterima sebagai bahan bukti dalam kes liwat yang sedang dihadapinya.
Demang bersetuju dengan mahkamah. Apa perlunya benda-benda kecil itu diheboh-hebohkan? Banyak lagi benda yang lebih penting untuk dibicarakan.
Bagi Demang, kita bukan sahaja tidak perlu bersibuk dengan benda-benda kecil di atas, malah kita juga sepatutnya tidak perlu pening kepala dengan tuan punya benda-benda tersebut.
Sejak 1999, terlalu banyak kekecohan berlaku dek kerana tuan punya benda-benda di attas dibuang daripada semua jawatannya. Apa yang kita dapat?
Pelbagai huru hara berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mendedahkan negara kita pada campur tangan luar. Untungkah kita? Rugikah kita jika Anwar Ibrahim dan gerombolannya tiada?
Tidak cukupkah dengan hanya melihat apa yang berlaku di Iraq, Mesir, dan Libya? Padahal situasi kita begitu jauh berbeza!
Sebenarnya bukan susah untuk melenyapkan Anwar dan kuncu-kuncunya tanpa campur tangan mahkamah.
Demang percaya, jika kita semua berhenti daripada menyokong PKR, politik negara akan lebih stabil dan lebih banyak kemajuan dapat kita rangka dan laksanakan.
Dalam negara Islam kita tidak perlukan pembangkang. Percayalah.
2 comments:
Goooood Morrrrning teacher...syhhhh kan marah ban anuwar
Benar sekali...tapi ramai yang tak sedar diri dan masih sokong PKR tu.
Post a Comment