Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, March 20, 2011

Hantu jembalang akan muncul - Muhyiddin


BATANG LUPAR 19 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akan ada 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang mahu mengganggu keharmonian rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka hanya datang ke Sarawak pada pilihan raya negeri semata-mata untuk membuat kacau dengan membawa berita manis untuk menarik sokongan rakyat.

''Jika saudara agak terpengaruh dan terpikat dengan apa yang mereka janjikan, saya menjadi bimbang serta takut kerana cita-cita kita untuk menjadi negara dan rakyat yang maju tidak berhasil," katanya.

Beliau berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Wilson Bada di Kampung Gran B Stumbin, Lingga, dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pembangkang bukan satu pakatan malah mereka merupakan parti yang mempunyai pandangan serta ideologi yang berlainan berbanding Barisan Nasional (BN).

Katanya, pakatan dalam pembangkang semakin lemah manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian runtuh apabila ramai pemimpin yang merupakan pengasasnya bertindak keluar parti kerana tidak yakin dengan kepimpinan parti.

Sehubungan itu, beliau tidak hairan jika parti itu kelak hanya akan tinggal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR.

Mengenai 'Buku Jingga', Muhyiddin berkata, kerajaan telah meneliti buku berkenaan dan mendapati jika dilaksanakan boleh menyebabkan negara ini menjadi bankrap dalam tempoh dua tahun.

''Bolehkah percaya pada buku itu, ia pembohongan besar dan saya tidak pernah melihat pembohong besar seperti 

Anwar yang sebelum ini pernah kata mahu tubuh kerajaan pada 16 September tetapi apa sudah jadi.

''Sehubungan itu, adalah penting untuk rakyat terus bersama kerajaan dan jangan sesekali terpedaya dengan pihak pembangkang yang tentunya pada ketika pilihan raya sudah hampir di Sarawak ini, menjadi 'hantu jembalang'," katanya.
Sementara itu, pada majlis sama, Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan secara keseluruhannya sebanyak RM60.82 juta untuk Parlimen Batang Lupar bagi melaksanakan projek-projek pembangunan.

Sumber:
Disalin daripada Utusan Online

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)