Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, March 5, 2011

Merlimau: Ummi Hafilda luah perasaan



Malam tadi orang Merlimau berpeluang mendengar sendiri pengakuan dan pendedahan adik kepada Azmin Ali.

Memang tidak sama antara membaca, menonton, dan mendengar secara berhadapan.

Malam tadi orang Merlimau bukan sahaja mendengar dan memandang, malah turut ‘merasakan’ perasaan yang berada dalam diri Ummi Hafilda.

Bukan mudah untuk membuka pekung ahli keluarga sendiri.

Ummi sebenarnya ada pilihan lain iaitu berdiam diri. Orang yang diusiknya tika itu ialah Timbalan Perdana Menteri. Dengan hanya berdiam diri, Ummi boleh jadi jutawan dalam sekelip mata.

Demang tidak mahu memanjangkan cerita ini di sini memandangkan Ummi sendiri sudah mendedahkan semuanya dalam blog beliau. Cuma Demang nak tanya, jika anda di tempat Ummi, adakah anda akan membuat pendedahan begitu dan mengambil risiko yang amat besar atau berdiam diri dan diberi ganjaran?

Oh, anda fikir UMNO yang membayar Ummi?

Baiklah, lihat kenyataan berikutL:

Ummi Hafilda Ali adalah adik kandung Azmin Ali, satu ibu dan satu bapa. Jadi, mana lebih elok; adakah menerima upah daripada UMNO atau abang sendiri?

Sebagai ingatan; Anwar Ibrahim ketika itu bukan sahaja TPM malah orang yang sedang dipersiapkan untuk menjadi PERDANA MENTERI Malaysia.

Siapa Azmin Ali di sisi ANWAR IBRAHIM?

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)