Bangunan rumah kakitangan pendidikan yang ditumpangi Yuhaizad bersama isterinya seorang guru kerajaan di SM Teknik Jasin.
Yuhaizad bukan aktivis masyarakat samada tempatan mahupun negeri atau nasional. Malah beliau tidak pun melibatkan diri dalam gerakan Belia 4B yang menjadi asas pada penglibatan dalam masyarakat.
Yuhaizad hanyalah kontraktor yang terpinggir dan kecewa. Dia melihat masyarakat di sekelilingnya adalah manusia-manusia yang tidak adil kerana membiarkan dia gagal.
Yuhaizad lupa bahawa dalam cabaran global hari ini sesorang usahawan perlukan lebih daripada sijil kemahiran MARA dan ‘diploma’ yang dikeluarkan kolej milik PAS.
Yuhaizad menyimpan prejudis terhadap usahawan lain yang tidak berkelulusan seperti dirinya tetapi mampu berjaya. Apabila pembangkang membawa isu kronisme, Yuhaizad terus terpesona.
Sekali lagi Yuhaizad lupa bahawa dalam perniagaan kita memerlukan jaringan yang akrab.
Jika jaringan itu dikatakan kronisme dan nepotisme, terserahlah.
Sisipan biodata Yuhaizad: (daripada blog pro PAS:
- mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan chinchin.
- di peringkat menengah beliau bersekolah di sekolah menengah Dato Bendahara jasin,Melaka.
- melanjutkan pelajaran di Institue kemahiran mara (IKM) Jasin
- Mendapat diploma Tasawur Islam di Ilham (kolej yang dibangunkan PAS bagi member peluang pemimpinnya mempunyai diploma)
No comments:
Post a Comment