Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 31, 2011

Kelemahan Tabung Usahawan Siswazah

PUTRAJAYA 28 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menaikkan jumlah pinjaman Tabung Usahawan Siswazah (TUS) dari RM250,000 kepada RM500,000 untuk menggalakkan lebih ramai lulusan institusi pengajian tinggi menceburi bidang keusahawanan.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, di bawah syarat pinjaman yang baru, siswazah juga berpeluang memperoleh pembiayaan sehingga RM750,000 bagi pengambilalihan syarikat.

''TUS turut menyediakan tempoh kelonggaran sehingga 48 bulan kepada usahawan berkenaan berbanding 24 bulan sebelum in manakala tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan adalah sehingga 20 tahun.

''Umur kelayakan pemohon pula dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun, pemohon perlu tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia di Menara Usahawan di sini hari ini.

Teks ucapan Mustapa dibacakan oleh timbalan beliau, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai syarat pinjaman TUS, Mukhriz berkata, perubahan tersebut dilakukan bagi menggalakkan lebih ramai siswazah meminjam dan menceburi bidang keusahawanan.

''Sebelum ini, jumlah peminjam TUS adalah kurang memberangsangkan kerana syarat pinjaman yang kurang praktikal," katanya.

Tambah beliau, TUS menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah sekitar dua hingga empat peratus.

Demang salin dan tampal berita di atas (Utusan Online), untuk kta lihat sama-sama di mana kelemahannya.

Ya! Kelemahan utamanya ialah ia tidak meletakkan syarat tambahan iaitu 'siswazah yang menentang kerajaan sama ada semasa atau selepas belajar, dan/atau masih berbuat demikian tidak layak memohon'.

Demang ingin bertanya: "Adakah sama orang yang menyokong dengan yang menentang"?

2 comments:

Anonymous said...

walaupun ada yg menentang kerajaan, kerajaan tetap membantu seadanya.

tapi masih ada lagi yg mengatakan keburukkan kerajaan.

Anonymous said...

betul tu. Kalau tak suka dengan dasar kerajaan, kenapa terima bantuan yg dibuat melalui dasar tersebut?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)