Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, March 28, 2011

Perbincangan hangat mengenai isu video seks bertambah meriah dengan pelbagai teori.

Demang masih berpegang pada andaian bahawa video tersebut adalah sandiwara terbaru Anwar Ibrahim untuk sekurang-kurangnya dua alasan:

Pertama, bagi mengalih perhatian khalayak daripada isu DNA yang enggan diserahkannya pada mahkamah.

Kedua, konspirasi bersama Trio Dato' bagi meninggalkan kesan pada rakyat bahawa tuduhan terhadap Anwar selama ini hanya rekaan dan konspirasi peringkat tertinggi. (samada TS Rahim tertipu atau memang sengaja berada dalam pakatan itu adalah satu perkara lain).

Sebentara tadi Demang lihat di blog sahabat Demang Papa Gomo mengenai teori baru bahawa rakaman video seks tersebut dibuat oleh DAP. Rakaman tersebut akan disimpan untuk digunakan terutamanya semasa Anwar Ibrahim menjadi PM kelak.

Demang hormati teori tersebut kerana 'sudah terang lagi bersuluh' tentang usaha DAP yang tidak berselindung ingin mengangkat Anwar menjadi PM. Walhal Karpal sendiri pernah mengaku memiliki bukti kesalahan seks Anwar semasa Anwar masih menjadi TPM.

Walaupun sudah ada dua teori baru namun kedua-duanya menjurus pada satu kesimpulan: Anwar tidak seharusnya diterima sebagai PM.

2 comments:

Blog Penyokong Kerajaan said...

As'kum dan Salam 1 malaysia
Saya dah link blog saudara diblog list saya
Terima kasih

http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

melayuangkat said...

Askum Cheguman, tak habis habis pasal sepolan ni, satu demi satu. Bosan dan memualkan. Buang masa semua orang kerana dia. Sengaja nak bantutkan perancangan kerajaan untk majukan negara dan rakyat.

Saya ada email Cheguman, jika ada masa lihatlah.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)