Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, August 31, 2011

kekayaan Mahathir terbongkar







Seorang blogger daripada kumpulan serpihan (http://pkrl.blogspot.com/2011/08/mahathir-jumlah-kekayaan-beliau.html) dengan bangganya menyiarkan rencana yang dikatakannya sebagai 'membongkar kekayaan mahathir'.

Kata Demang, sudah-sudah lah mendengki! Apa salahnya seseorang yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya untuk negara menikmati kekayaan yang melimpah ruah begitu? Tidak banggakah kita negarawan beragama Islam berada pada martabat begitu?

Kenapa tidak dipertikaikan bilioneir kaum cina dan India yang kekayaannya berlipat ganda dari itu? Apa sumbangan besar mereka secara langsung pada negara? Apa pengorbanan keluarga mereka pada negara?

Orang yang hatinya busuk, penuh dengan dengki khianat memang mudah diperdaya syaitan. Tak sudah-sudah mencari salah orang! Tak habis-habis dengki dengan kejayaan saudara sendiri. Sedangkan diri sendiri malas nak mampus!

Demang nak tanya sekali lagi. Apa sumbangan besar Ananda Krishnan pada negara? Mungkin ada tetapi cuba bandingkan dengan sumbangan Tun Mahathir.

Demang pun akan marah pada Mahathir (dll) sekiranya beliau sahaja yang kaya raya sedangkan rakyatnya seperti rakyat Indonesia yang menyabung nyawa menjadi kuli di negara orang. Demang pun akan marah jika rakyat Malaysia seperti di Somalia. Malah Demang akan marah pada pemimpin jika rakyat Malaysia macam rakyat Myamar, Bangladesh dan kebanyakan negara Islam lain yang masih mundur.

Tapi kita di Malayasia tidak begitu. Sedarlah, tidak semua orang boleh kaya raya dan tidak mungkin kemiskinan hapus 100% TETAPI, keadaan di negara kita tidak begitu. Walaupun belum mencapai negara maju tetapi para pemimpin kita berjaya memberi kebajikan yang hampir menyeluruh kepada warganegara. Lihat sini dan sini.

Itupun data dan statistik beberapa tahun lalu. Mutakhir dan akan datang kita dapat lihat pelbagai rancangan dibuat dan dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.

Jika ingin turut sama membantu, jom kita bersama di arus perdana, bukannya berada di kumpulan serpihan kerana itu akan menambah lagi perpecahan ummah.

Lihat pengiktirafan ulama dunia terhadap Tun Mahathir.

2 comments:

YB Raz said...

orang yang dengki ni sebenarnya sebab dorang ni miskin..dah ler miskin pemalas pulak tu..harapkan duit ehsan politik je..memang ler x boleh hidup senang.

melayuangkat said...

Selamat Hari Raya AidilFitri buat Cheguman Sekeluarga, Maaf Zahir Batin.

Entahlah nampaknya 'hasad dengki' ini sudah tidak bersempadan lagi sampaikan bantuan ke Somalia pun dipolitikkan.

Lepas ni entah apa pula. Al-Fatihah buat ruh Allahyarham yang terkorban kerana tugas kemanusiaan. Semoga ruhnya dicucuri Rahmat Allah swt yang berkekalan..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)