Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, August 26, 2011

Mimpi Rakyat Malaysia


Mimpi DAP: mengambil alih pemerintahan. Ia adalah impian tradisi segelintir pemimpin cina sejak zaman Chin Peng.

Modus operandi:
Bermula secara agresif melalui gerakan komunis tetapi gagal. Kemunculan fahaman sosialis cuba dimanipulasi dengan bijak oleh Lee Kuan Yew sehingga Singapura diterima menyertai Malaysia. Namun muslihat ini dapat dikesan oleh Tunku Abdul Rahman. Akibatnya Singapura dikeluarkan semula daripada Persekutuan Malaysia.

Apabila strategi awal dilihat tidak berkesan, pemimpin chauvinis cina merancang strategi baru. Keberkesanan taktik pemerintahan Inggeris menggunakan dasar pecah dan perintah memberi ilham pada mereka. Kebetulan, beberapa isu besar yang.muncul kemudiannya membuka peluang untuk mereka merealisasikan impian.

Contohnya isu Anwar Ibrahim!

Orang Melayu mewakili kira-kira 50% daripada penduduk Malaysia. Itulah sebabnya Tunku menjemput Sabah, Sarawak, dan Brunei untuk turut bersekutu bagi menguatkan dominasi muslim. Hikmah dari tindakan Tunku itu, sejak dulu hingga hari ini kelompok Melayu-Bumiputra mewakili hampir 70% penduduk Malaysia.

Keadaan ini menjadi tembok penghalang paling kental terhadap rancangan besar Lee Kuan Yew untuk menguasai politik 4S: Singapura, Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Untuk itu, strategi paling praktikal yang perlu dilakukan adalah dengan memecahkan semula orang Melayu dengan bumiputra Sabah dan Sarawak serta membahagi dua orang Melayu.

Secara matematiknya, apabila undi melayu pecah dua automatik DAP menang.

Mimpi UMNO: mempertahankan kerajaan sedia ada bagi meneruskan pegangan politik orang Melayu yang ditafsir sebagai Islam melalui perlembagaan.

Modus operandi: satukan orang melayu dan berusaha mengembalikan sokongan bukan melayu.

Mimpi PAS: menggantikan UMNO dengan mengajak orang Melayu menukar sokongan.

Modus operandi: sebelum ini menggunakan Jenama Negara Islam sebagai mengambil kesempatan terhadap orang Melayu yang begitu sensitif dengan istilah agama.

Itu dulu. Sekarang PAS menggunakan nama 'Negara Berkebajikan' bagi menarik sokongan orang bukan Islam.


Kenapa mereka bekerjasama?

UMNO bekerjasama dengan MCA sejak sebelum merdeka kerana tiada pilihan lain. British meletakkan syarat iaitu orang Cina mesti dibenarkan menetap di Tanah Melayu sebagai warganegara jika orang Melayu mahu mencapai kemerdekaan.

Pemimpin awal MCA bekerjasama dengan UMNO kerana mereka menghormati hak orang Melayu untuk menjadi pemimpin utama sampai bila-bila kerana faktor sejarah dan kesediaan dan kesudian orang Melayu berkongsi negara.

Sebagaimana MCA, begitu juga hubungan UMNO dengan MIC. Meskipun kaum India cuma kaum minoriti namun UMNO sedar bahawa orang India perlu ada wakil dalam kerajaan yang memerintah.

PAS asalnya sebahagian daripada UMNO iaitu daripada sayap agama UMNO. PAS menolak kerjasama dengan kaum lain yang bukan beragama Islm. PAS tahu bahawa jika orang Islam tidak bekerjasama dengan MCA dan MIC sekalipun, orang Islam tetap menguasai kerajaan Malaysia.

Itulah sebabnya masih ramai penceramah PAS yang mengungkit perkara ini hingga sekarang. Mereka menuduh pemimpin UMNO bodoh kerana tetap bekerjasama dengan orajg kafir padahal orang Islam mampu memerintah sendiri. Hal ini kerana bilangan kawasan parlimen yang majoriti pengundinya beragama Islam sudah cukup bagi membentuk kerajaan 2/3.

DAP adalah parti yang sempat dilahirkan oleh Lee Kuan Yew dan PAP apabila Singapura dikeluarkan daripada Malaysia. Tujuan khususnya ialah bagi melanjutkan impian golongan radikal cina untuk menguasai Tanah Melayu. Usaha ini asalnya dimulakan melalui gerakan komunis namun tidak berjaya.

Hasrat golongan kiri dalam masyarakat cina tersebut tidak pernah pudar. Biarpun mereka bukan mewakili masyarakat cina secara keseluruhan namun beberapa isu yang mereka gunakan sedikit demi sedikit menarik minat kaum mereka.

Kumpulan tersebut sering memberi contoh kejayaan parti cina memajukan Singapura bagi menarik sokongan golongan muda. Apatah lagi umum mengetahui bahawa Lim Kit Siang adalah murid dan orang kanan Lee Kuan Yew sejak dulu. Justeru jika LKY boleh berjaya, kenapa LKS dan LGE tidak boleh?

Kini, Lim Guan Eng menjadi harapan mereka. Ini dibuktikan dengan kunjungan demi kunjungan antara keduanya tanpa sempat berselindung lagi.

Hari ini, persaingan dan perebutan kuasa sedang sengit berlangsung tanpa dencingan pedang ataupun dentuman meriam.

DAP bermain dengan cukup licik. Isu demi isu dimanipulasi agar orang Melayu menjadi semakin renggang. Mereka memang batu api yang hebat!

Sayangnya PAS seolah terbius dan terpukau kecuali beberapa pemimpin yang sesekali cuba menongkah arus. Sebahagian pemimpin PAS merasa seolah mereka amat kuat sekarang. Padahal PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen. Kedudukan tersebut menjadikan PAS parti tercorot dalam pakatan pembangkang.

Hal tersebut bermakna jika pun DAP memilih Nik Azis atau Hadi sebagai PM nanti, maka tarafnya hanyalah sebagai PM boneka sahaja.

Mungkinkah orang Melayu akan beralih kepada PAS? Kalaupun ia bukanlah mustahil namun terlalu sukar. Kalaupun boleh, ia memerlukan masa yang panjang. Malangnya dalam proses peralihan itu, terdapat ruang yang amat besar untuk DAP bertindak!

Cuba renungkan. Dalam PRU ke12 yang lalu pembangkang dilihat begitu hebat dan kuat. UMNO dikatakan dalam keadaan yang sangat lemah. Semua orang marahkan UMNO. Semua kelemahan dikaitkan dengan UMNO. Hatta jika anak ayam dilanggar lori atau pokok kelapa tumbang pun dikatakan salah UMNO juga.

Ironinya, Tika itu PAS cuma mampu mendapat 23 daripada 222 kawasan parlimen yang ada.

Itu, ketika UMNO lemah. Bagaimana dengan PRU13 nanti? Setakat ini, walaupun BN masih nelum pulih sepenuhnya namun UMNO terbukti semakin kuat. Najib begitu gagah menangani satu demi satu permasalahan dan setiap hari semakin ramai yang mengagumi beliau. Ini kenyataan.

Jika demikian, peluang PAS untuk menambah bilangan kerusi pasti semakin sukar. Jika PRU12 yang memperlihatkan kelemahan ketara UMNO pun PAS cuma mampu raih 23 kerusi, bagaimana ketika UMNO dilihat semakin kuat sekarang?

Hati-hati dengan DAP.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)