Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, August 31, 2011

kekayaan Mahathir terbongkar







Seorang blogger daripada kumpulan serpihan (http://pkrl.blogspot.com/2011/08/mahathir-jumlah-kekayaan-beliau.html) dengan bangganya menyiarkan rencana yang dikatakannya sebagai 'membongkar kekayaan mahathir'.

Kata Demang, sudah-sudah lah mendengki! Apa salahnya seseorang yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya untuk negara menikmati kekayaan yang melimpah ruah begitu? Tidak banggakah kita negarawan beragama Islam berada pada martabat begitu?

Kenapa tidak dipertikaikan bilioneir kaum cina dan India yang kekayaannya berlipat ganda dari itu? Apa sumbangan besar mereka secara langsung pada negara? Apa pengorbanan keluarga mereka pada negara?

Orang yang hatinya busuk, penuh dengan dengki khianat memang mudah diperdaya syaitan. Tak sudah-sudah mencari salah orang! Tak habis-habis dengki dengan kejayaan saudara sendiri. Sedangkan diri sendiri malas nak mampus!

Demang nak tanya sekali lagi. Apa sumbangan besar Ananda Krishnan pada negara? Mungkin ada tetapi cuba bandingkan dengan sumbangan Tun Mahathir.

Demang pun akan marah pada Mahathir (dll) sekiranya beliau sahaja yang kaya raya sedangkan rakyatnya seperti rakyat Indonesia yang menyabung nyawa menjadi kuli di negara orang. Demang pun akan marah jika rakyat Malaysia seperti di Somalia. Malah Demang akan marah pada pemimpin jika rakyat Malaysia macam rakyat Myamar, Bangladesh dan kebanyakan negara Islam lain yang masih mundur.

Tapi kita di Malayasia tidak begitu. Sedarlah, tidak semua orang boleh kaya raya dan tidak mungkin kemiskinan hapus 100% TETAPI, keadaan di negara kita tidak begitu. Walaupun belum mencapai negara maju tetapi para pemimpin kita berjaya memberi kebajikan yang hampir menyeluruh kepada warganegara. Lihat sini dan sini.

Itupun data dan statistik beberapa tahun lalu. Mutakhir dan akan datang kita dapat lihat pelbagai rancangan dibuat dan dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.

Jika ingin turut sama membantu, jom kita bersama di arus perdana, bukannya berada di kumpulan serpihan kerana itu akan menambah lagi perpecahan ummah.

Lihat pengiktirafan ulama dunia terhadap Tun Mahathir.

Tuesday, August 30, 2011

lembu, PAS dan Mat Sabu

Demang ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh ummt Islam, terutamanya para penyokong PAS dan PKR.
Demang minta maaf pada kepada para penyokong tegar kedua-dua parti tersebut untuk kali terakhir sebab raya tahun depang kemungkinan kedua-dua parti tersebut sudah tinggal nama dalam lipatan sejarah.

Banyak sebab untuk Demang berkata begitu. Isu terbaru, apabila Mat Sabu menghina anggota keselamatan yang terbunuh di Bukit Kepong, majoriti pengundi atas pagar dan pengundi yang baru nak berjinak-jinak dengan PAS  segera angkat kaki.

Rata-rata yang Demang temui sambil berhari raya menyuarakan rasa kesal dan marah. Ada yang kurang percaya tetapi akhirnya terpaksa mengakui kebenaran apabila menonton sendiri rakaman video ceramah Mat Sabu tersebut.

Hujah Demang senang sahaja: 

Jika komunis menang pada masa itu dan berjaya menghalau British, bagaimanakah bentuk kerajaan Malaysia hari ini? Mat Sabu ada otak tak? Atau, otak setaraf dengan lembu?

Saturday, August 27, 2011

Hantar Ambiga Ke Soma;ia

Para pemimpin asyik bergaduh. Bukannya nak bekerjasama!

Para ulama asyik nak bertelagah. Hal kecik pun tak boleh nak kompromi. Soal salam ke kiri pada tahyat akhir pun jadi masalah besar. Pasal nak sapu muka atau kepala selepas salam pun jadi bahan debat. Soal qunut pun kelam kabut!

Rakyat? Ummat?

Pemimpin kerajaan atau pemimpin pembangkang sama-sama hidup mewah. Kalau Najib kaya raya, Anwar tak mewah? Azmin tak kaya? Nik Aziz susah?? Haji Hadi merempat?

Kalau jadi macam ni, sapa nak jawab?




Mat Sabu yang gila



KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Friday, August 26, 2011

Mimpi Rakyat Malaysia


Mimpi DAP: mengambil alih pemerintahan. Ia adalah impian tradisi segelintir pemimpin cina sejak zaman Chin Peng.

Modus operandi:
Bermula secara agresif melalui gerakan komunis tetapi gagal. Kemunculan fahaman sosialis cuba dimanipulasi dengan bijak oleh Lee Kuan Yew sehingga Singapura diterima menyertai Malaysia. Namun muslihat ini dapat dikesan oleh Tunku Abdul Rahman. Akibatnya Singapura dikeluarkan semula daripada Persekutuan Malaysia.

Apabila strategi awal dilihat tidak berkesan, pemimpin chauvinis cina merancang strategi baru. Keberkesanan taktik pemerintahan Inggeris menggunakan dasar pecah dan perintah memberi ilham pada mereka. Kebetulan, beberapa isu besar yang.muncul kemudiannya membuka peluang untuk mereka merealisasikan impian.

Contohnya isu Anwar Ibrahim!

Orang Melayu mewakili kira-kira 50% daripada penduduk Malaysia. Itulah sebabnya Tunku menjemput Sabah, Sarawak, dan Brunei untuk turut bersekutu bagi menguatkan dominasi muslim. Hikmah dari tindakan Tunku itu, sejak dulu hingga hari ini kelompok Melayu-Bumiputra mewakili hampir 70% penduduk Malaysia.

Keadaan ini menjadi tembok penghalang paling kental terhadap rancangan besar Lee Kuan Yew untuk menguasai politik 4S: Singapura, Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Untuk itu, strategi paling praktikal yang perlu dilakukan adalah dengan memecahkan semula orang Melayu dengan bumiputra Sabah dan Sarawak serta membahagi dua orang Melayu.

Secara matematiknya, apabila undi melayu pecah dua automatik DAP menang.

Mimpi UMNO: mempertahankan kerajaan sedia ada bagi meneruskan pegangan politik orang Melayu yang ditafsir sebagai Islam melalui perlembagaan.

Modus operandi: satukan orang melayu dan berusaha mengembalikan sokongan bukan melayu.

Mimpi PAS: menggantikan UMNO dengan mengajak orang Melayu menukar sokongan.

Modus operandi: sebelum ini menggunakan Jenama Negara Islam sebagai mengambil kesempatan terhadap orang Melayu yang begitu sensitif dengan istilah agama.

Itu dulu. Sekarang PAS menggunakan nama 'Negara Berkebajikan' bagi menarik sokongan orang bukan Islam.


Kenapa mereka bekerjasama?

UMNO bekerjasama dengan MCA sejak sebelum merdeka kerana tiada pilihan lain. British meletakkan syarat iaitu orang Cina mesti dibenarkan menetap di Tanah Melayu sebagai warganegara jika orang Melayu mahu mencapai kemerdekaan.

Pemimpin awal MCA bekerjasama dengan UMNO kerana mereka menghormati hak orang Melayu untuk menjadi pemimpin utama sampai bila-bila kerana faktor sejarah dan kesediaan dan kesudian orang Melayu berkongsi negara.

Sebagaimana MCA, begitu juga hubungan UMNO dengan MIC. Meskipun kaum India cuma kaum minoriti namun UMNO sedar bahawa orang India perlu ada wakil dalam kerajaan yang memerintah.

PAS asalnya sebahagian daripada UMNO iaitu daripada sayap agama UMNO. PAS menolak kerjasama dengan kaum lain yang bukan beragama Islm. PAS tahu bahawa jika orang Islam tidak bekerjasama dengan MCA dan MIC sekalipun, orang Islam tetap menguasai kerajaan Malaysia.

Itulah sebabnya masih ramai penceramah PAS yang mengungkit perkara ini hingga sekarang. Mereka menuduh pemimpin UMNO bodoh kerana tetap bekerjasama dengan orajg kafir padahal orang Islam mampu memerintah sendiri. Hal ini kerana bilangan kawasan parlimen yang majoriti pengundinya beragama Islam sudah cukup bagi membentuk kerajaan 2/3.

DAP adalah parti yang sempat dilahirkan oleh Lee Kuan Yew dan PAP apabila Singapura dikeluarkan daripada Malaysia. Tujuan khususnya ialah bagi melanjutkan impian golongan radikal cina untuk menguasai Tanah Melayu. Usaha ini asalnya dimulakan melalui gerakan komunis namun tidak berjaya.

Hasrat golongan kiri dalam masyarakat cina tersebut tidak pernah pudar. Biarpun mereka bukan mewakili masyarakat cina secara keseluruhan namun beberapa isu yang mereka gunakan sedikit demi sedikit menarik minat kaum mereka.

Kumpulan tersebut sering memberi contoh kejayaan parti cina memajukan Singapura bagi menarik sokongan golongan muda. Apatah lagi umum mengetahui bahawa Lim Kit Siang adalah murid dan orang kanan Lee Kuan Yew sejak dulu. Justeru jika LKY boleh berjaya, kenapa LKS dan LGE tidak boleh?

Kini, Lim Guan Eng menjadi harapan mereka. Ini dibuktikan dengan kunjungan demi kunjungan antara keduanya tanpa sempat berselindung lagi.

Hari ini, persaingan dan perebutan kuasa sedang sengit berlangsung tanpa dencingan pedang ataupun dentuman meriam.

DAP bermain dengan cukup licik. Isu demi isu dimanipulasi agar orang Melayu menjadi semakin renggang. Mereka memang batu api yang hebat!

Sayangnya PAS seolah terbius dan terpukau kecuali beberapa pemimpin yang sesekali cuba menongkah arus. Sebahagian pemimpin PAS merasa seolah mereka amat kuat sekarang. Padahal PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen. Kedudukan tersebut menjadikan PAS parti tercorot dalam pakatan pembangkang.

Hal tersebut bermakna jika pun DAP memilih Nik Azis atau Hadi sebagai PM nanti, maka tarafnya hanyalah sebagai PM boneka sahaja.

Mungkinkah orang Melayu akan beralih kepada PAS? Kalaupun ia bukanlah mustahil namun terlalu sukar. Kalaupun boleh, ia memerlukan masa yang panjang. Malangnya dalam proses peralihan itu, terdapat ruang yang amat besar untuk DAP bertindak!

Cuba renungkan. Dalam PRU ke12 yang lalu pembangkang dilihat begitu hebat dan kuat. UMNO dikatakan dalam keadaan yang sangat lemah. Semua orang marahkan UMNO. Semua kelemahan dikaitkan dengan UMNO. Hatta jika anak ayam dilanggar lori atau pokok kelapa tumbang pun dikatakan salah UMNO juga.

Ironinya, Tika itu PAS cuma mampu mendapat 23 daripada 222 kawasan parlimen yang ada.

Itu, ketika UMNO lemah. Bagaimana dengan PRU13 nanti? Setakat ini, walaupun BN masih nelum pulih sepenuhnya namun UMNO terbukti semakin kuat. Najib begitu gagah menangani satu demi satu permasalahan dan setiap hari semakin ramai yang mengagumi beliau. Ini kenyataan.

Jika demikian, peluang PAS untuk menambah bilangan kerusi pasti semakin sukar. Jika PRU12 yang memperlihatkan kelemahan ketara UMNO pun PAS cuma mampu raih 23 kerusi, bagaimana ketika UMNO dilihat semakin kuat sekarang?

Hati-hati dengan DAP.

Thursday, August 25, 2011

DAP parti berbilang kaum?

Ketika Demang menulis artikal Mimpi Rakyat Malaysia yang cuba membongkar cita-cita kumpulan-kumpulan politik di negara ini, Demang terjumpa artikal berikut. Maka Demang salin semula di sini bagi memudahkan rujukan apabila membaca artikal Demang itu nanti.

DAP parti pelbagai kaum?
(Utusan Malaysia)

BENARKAH hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan?

Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik.

Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.

Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya.

Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.

Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut.

Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.

Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.

Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

PersepsiTetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.

Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan.

Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu. Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak (negeri beraja) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.

Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku.

Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina.

Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.

Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi.

Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.

Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus.

Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.

Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi.

Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa.

Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum.

Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka.

Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.

SHAMSHAWAL AZRAAI

Kuala Berang, Terengganu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm)

Wednesday, August 24, 2011

SEGERA wanita koma kemalangan


Tahukah anda pemilik kenderaan

Myvi: AGM 4282?

Gadis yang memandu kereta ini terlibat dalam kemalangan dan pihak polis tidak dapat menghubungi keluarganya. Dia dipercayai bekerja di Solution Balda Malaysia.

Kini berada di Hospital Besar Ipoh dalam keadaan koma.

Sila hubungi 0125454564.

Sebarkan.

Foto di atas sekadar hiasan.

Sumber:
http://taipingmali.blogspot.com/2011/08/mayday-mayday-mayday-sos-bantu-cepat.html

Tuesday, August 23, 2011

Najib maju, Anwar undur

Sambil mengulas isu permohonan maaf akhbar Kompas kerana memfitnah beliau, Najib berkata:

"Tetapi sayapun bersikap realistik juga. Sebab pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan ukuran yang mutlak (walaupun sejak 2 tahun terakhir BN menang di hampir semua PRK). Ukuran mutlak tentunya adalah pilihan raya umum, yang mungkin suasananya akan berbeza."

"Jadi perlulah kita berusaha dengan segala daya upaya untuk membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat. Bukan sahaja dengan (membentangkan) program-program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program-program yang menyentuh rakyat."

Lihat bagaimana Najib positif dan proaktif dalam mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.

Namun pemimpin yang lagi satu bersikap pengecut dengan memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah di kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tiada soal balas DPP).

Kata orang, 'berani kerana benar, takut kerana...'

Rakyat semakin meluat dengan Anwar Ibrahim.

Anwar buat pilihan kedua kes liwat



Kelmarin saya siarkan pilihan yang ada pada Anwar Ibrahim dalam menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya.

Macam tak logik je tuduhan begitu boleh dihadapi bekas TPM yang selama ini dilabelkan sebagai pemimpin Islam terbilang. Kalau tuduhan dibuat terhadap Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS), ada lah logiknya.

Bukankah Anwar Ibrahim pernah menjadi Presiden ABIM?

Berikut, saya perturun semula pilihan yang ada:

1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (ada kredibiliti, disoal balas DPP)

2) Memberi keterangan tidak bersumpah di kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tiada soal balas DPP)

3) Berdiam diri (terus jatuh hukuman)

Jika dilihat pada latar belakang perjuangan, pencapaian peribadi, kehebatan berhujah, dan sebagainya saya memang terkejut apabila Anwar mengambil pilihan yang kedua iaitu memberi keterangan tidak bersumpah di kandang bersalah.

Padahal pilihan tersebut dikategori sebagai 'tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tiada soal balas DPP'.

Apa dah jadi pada Anwar Ibrahim yang dilihat begitu hebat selama ini?

Lantas saya teringat kes seorang maulana Jemaah Tabligh di kampung saya yang merengkuk dalam penjara kerana meliwat pelajarnya.

Kalau diikutkan, kes itu pun tak logik jugak. Tapi itulah hakikatnya.

Sunday, August 21, 2011

anwar ada 3 pilihan

Seorang teman memberitahu Demang bahawa Anwar ada tiga pilihan dalam berdepan dengan dakwaan meliwat pembantunya. Oleh kerana yang menghantar sms lebih arif berbanding Demang dalam bab undang-undang sivil maka Demang perturun di sini cadangan tersebut:

1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (ada kredibiliti, disoal balas DPP)

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tiada soal balas DPP)

3) Berdiam diri (terus jatuh hukuman)

Cuma Demang fikir rakyat Malaysia tentu musykil dengan percanggahan keterangan antara Wan Azizah dan Nurul Izzah. Menurut Wan Azizah ketika kejadian liwat berlaku Anwar sedang bermesyuarat manakala Izzah pula mendakwa bapanya bersama keluarga.

Cuba tanya Saiful pulak!!!

Saturday, August 20, 2011

solat hajat dan berita baik untuk PKR

Ketika sedang drive melalui Sungai Buluh tadi Demang terima sms sesat:

"Jemputan munajat rakyat menolak fitnah umno/bn akan dilakukan malam ini selepas solat tarawih bertempat dikediaman rasmi DSAI. Pohon hadir untuk bersama sama menolak fitnah umno/bn ke atas DSAI - AMK"

SESAT yang Demang maksudkan ialah kerana penghantarnya dah tahu Demang anti Anwar tapi dikirimnya juga. Sengaja atau tersesat?

Oh ya, kepada peminat fanatik Anwar, ini ada berita baik. Lebuhraya LATAR yang menyambungkan Kuala Selangor-KL sudah boleh digunakan. Jadi mudahlah jika nak melawat Anwar nanti.

Friday, August 19, 2011

sebarkan segera

Ini sms yang baru diterima daripada Mekah.

Pd 8.25am ini (3.25am di Mekah), bulan akan mengelilingi kaabah, langit bertukar kebiruan. Fenomena setiap 10,000 tahun. Doa mustajab.

INSYAALLAH.

Monday, August 15, 2011

dari sudut lain isu mengaji sebelum subuh

Nampaknya isu kealpaan PAS dalam menjaga hubugan mereka dengan DAP terus mendominasi blog pagi ini. Rata-rata blogger kesal PAS terlalu bimbangkan kaum bukan Melayu yang membantu mereka menumpang di beberapa negeri yang dimenangi pembangkang. PAS berharap jika pembangkang menang maka salah seorang pemimpin PAS akan menjadi PM sebagaimana di Perak dulu.

Demang akui, Islam memang sensitif dengan keselesaan penganut agama lain dan sedia bertoleransi. Justeru Demang tidak mahu masuk campur dalam isu larangan membaca Al-Quran menggunakan speaker sebelum subuh.

Namun kenapa para blogger prokerajaan membantah arahan tersebut? Ia bukan kerana hukum Islam sebab aktiviti tersebut bukanlah wajib.

Bantahan terhadap larangan tersebut adalah kerana ia melibatkan maruah dan perkara kebiadaban. Kenapa selama ini boleh? Kenapa selama ini orang PAS buat? Kenapa sebelum ini tiada bantahan?

Cuba baca tulisan Ridhuan Tee. Barangkal ada jawapannya di situ. http://ridhuantee.blogspot.com/2011/08/sumbangan-siapa-patut-dihargai.html

Sunday, August 14, 2011

wajib baca proses pengundi hantu

Pernahkah anda mengundi? Masih ingatkah anda proses untuk mengundi?
Sedarkah anda jika anda memiliki kad pengenalan sekalipun, belum tentu anda boleh mengundi dengan selamat.

Tak percaya? Baca catatan berikut:

Mula-mula anda perlu pergi ke pusat mengundi iaitu sebuah bilik darjah yang terletak di dalam sebuah sekolah di tempat anda. Kadang-kadang sekolah rendah dan mungkin juga sekolah menengah. Tapi belum pernah dibuat di sekolah tadika atau balai raya (setau Demang).

Anda boleh pergi sendiri tetapi biasanya dibawa kereta khas bagi mengelak kesesakan. Namun belum pernah pengundi dibawa dengan bas rombongan!

Apabila tiba di pusat mengundi, anda tidak dibenarkan menaiki kenderaan langsung termasuk basikal. Dalam hal ini kereta tolak atau kerusi sorong dikecualikan.

Ya, anda perlu berjalan kaki sepaling dekat pun 200 meter.

Di kiri kanan jalan bukan sahaja terdapat bendera parti dan tiang lektrik tetapi dipenuhi para penyokong dari parti-parti yang bertanding. Mereka bukan sekadar ingin memeriahkan suasana tetapi berperanan memujuk dan mempengaruhi para pengundi.

Mereka bukan orang asing sebaliknya penduduk tempatan yang bukan sahaja kenal setiap orang yang tinggal di dalam kampung malah tahu asal usul nenek moyang setiap orang di situ.

Para perayu undi akan mendekati anda, bertanya khabar dan memujuk anda mengundi calon yang mereka sokong. Jika anda seorang Indon, Bangla, Nepal dan sebagainya anda memang mencari nahas ketika melalui lorong ini. Malangnya inilah satu-satunya lorong yang dibenarkan untuk ke tempat mengundi.

Sebelum tiba di pintu pagar sekolah iaitu kira-kira 100 meter, terdapat pondok khas yang dbina parti-parti yang bertanding bagi menyemak nama anda. Anda boleh pergi ke mana-mana pondok atau kedua-dua pondok tersebut.

Awas, jika anda seorang Indon atau Bangla, anda akan dibunuh di sini sebab para petugas terdiri daripada orang tempatan dan merupakan penyokong tegar parti yang bertanding!

Apabila tiba di pintu pagar sekolah, terdapat meja yang menempatkan pegawai SPR, pemerhati, pemberita, dan wakil parti yang bertanding. Anda perlu singgah di sini pula untuk pemeriksaan sekali lagi. Mungkin pegawai SPR tidak kenal anda tetapi wakil-wakil parti pasti akan menyergah anda jika wajah anda tidak pernah dilihat di kawasan itu sebelum ini.

Jika anda ingin mati dengan tenang, lebih baik anda jangan datang ke situ.

Selepas pemeriksaan di pintu pagar, anda perlu berjalan kaki ke tempat mengundi. Ia merupakan sebuah bilik darjah. DI luar pintu sudah ada pegawai polis dan pegawai SPR yang menunggu anda.

Perlu diingat, jika semua polis dan pegawai SPR menyokong kerajaan, pasti LIMA buah negeri dan seluruh Kuala Lumpur tidak jatuh ke tangan pembangkang! Jika anda menyokong kerajaan, berhati-hatilah. Demang pernah mempunyai masalah kecil TETAPI akhirnya tidak dibenarkan mengundi. Padahal masalah tersebut sebenarnya boleh diselesaikan.

Untuk makluman, ayam itik di kampung itu pun tahu bahawa Demang sekeluarga dah tentu mengundi BN. Jadi, pegawai SPR dan polis itu penyokong parti mana?

Di dalam bilik tersebut terdapat beberapa buah meja. Anda diWAJIBkan singgah di sebuah meja dan menunjukkan IC anda sekali lagi. Petugas di situ ialah wakil khas calon yang bertanding. Jika ada dua orang calon yang bertanding, maka akan ada dua orang lah di situ. Mereka duduk bersebelahan seperti pengantin yang sedang bersanding. Justeru, jika anda berasal daripada LOMBOK, Jawa Timur, Nepal, atau Bangladesh, anda akan dilempang di situ juga sebelum sempat anda membuka mulut.

Setakat ini sudah berapa tempat pemeriksaan yang anda temui? Kalau tak ingat, cuba kira semula.

Perlu diingat bahawa wakil-wakil calon itu mempunyai kuasa besar dan boleh menahan seseorang daripada meneruskan pengundian. Orang yang dipilih ialah orang yang sangat dipercayai oleh calon yang bertanding dan merupakan penyokong kuatnya. Jika tidak percaya, tanyalah pada ketua PAS di tempat anda.

Maka setelah semua tapisan selesai barulah anda dibenarkan mengundi. Anda diberi kertas undi, membuat tanda dan memasukkan kertas tersebut ke dalam sebuah kotak lut sinar. Anda boleh nampak kertas undi anda melurut masuk ke dalam kotak itu.

Sekarang, cuba ingat berapakah penapisan yang perlu dilalui oleh setiap pengundi? Mungkin seorang dua orang asing mampu terlepas di sesebuah pusat pengundian tetapi bolehkah seseorang calon menang dengan majoriti 2-3 undi? Sejak PRU pertama hingga PRU-12, berapa keputusankah yang menyaksikan majoriti kurang daripada 10 undi?

Justeru kita janganlah terlalu mudah ditipu pembangkang. Ambiga adalah presiden IRC iaitu badan yang jelas membenci Islam. Bolehkah orang sebegitu dipercayai? Alasan bahawa ini soal lain dan agama pula soal lain tidak boleh dipakai sebab Ambiga tetap seorang Ambiga. Dia tidak boleh membenci Islam dan dalam masa yang sama ingin membantu ummat Islam.

Ingat dalam agenda BERSIH, yang berpecah adalah ummat Islam. Anda nampak orang India atau Cina yang berpecah dalam isu ini?

Media anti kerajaan menganggap rakyat Malaysia bodoh dengan memainkan isu pengundi yang melibatkan orang asing.

Saturday, August 13, 2011

Pengakuan Ezam

Kata Ezam bekas orang kuat Anwar;

“Allah Subhanawa Taala takdirkan saya dengar sendiri daripada mulut Saiful dan saya pun ambil kesempatan itu,saya suruh dia cerita semua yang dia buat,KY Jelly,apa lah,semua dia cerita.Dan termasuk saya tanya dengan dia (tentang) seorang budak ni.Seorang budak ni yang saya ‘tangkap’ hasil maklumat dengan Wan Azizah yang saya tinggalkan Anwar dua tahun dulu. Dua tahun sebelum itu lah,tahun 2008.tahun 2006.Saya tanya budak tu (Saiful),kau kenal nama budak ni ??? Dia kata, apa tak kenalnya bang, dia (yang mula-mula) bawa saya dulu (ke kondominium Desa Damansara).Saya kena ‘bedal’ dengan Anwar Ibrahim, dia (yang) jaga pintu.Bagi saya, jawapan itu (sudah) cukup bagi saya untuk menyakinkan saya bahawa apa yang saya buat itu, meninggalkan Anwar satu keputusan yang betul datang daripada Allah SWT”, katanya.

Ada orang kata dia tak percaya sangat pada Ezam. Demang pun tak berapa nak percaya pada cakap seseorang.

Bagaimana dengan sumpah Saiful? Susah juga kalau tak nak percaya.

Mungkin payah kita nak percaya pada Azizan (bukan Azizah) dalam kes 1999 dulu. Namun nak menolak dakwaan Zulkifli Nordin pun sukar jugak. Apatah lagi Ahli Parlimen yang pernah jadi peguambela Anwar itu mencabar Anwar memanggil beliau sebagai saksi di mahkamah. Sampai sekarang Anwar diam menikus!


62 NGO Bumiputera desak Idris Jala letak jawatan




KUALA LUMPUR: Lebih 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut dianggotai ahli perniagaan Melayu dan bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meminta kerajaan mengkaji kedudukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang didakwa menganaktirikan peniaga Bumiputra.

MTEM juga mendesak kerajaan mengkaji semula kedudukan menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala yang didakwa gagal memberi peluang kepada peniaga Bumiputera.

Ahli jawatankuasa MTEM, Datuk Seri Mohd Nasir Abu Hassan, mendakwa ketika kerajaan melaksanakan pelbagai program transformasi ekonomi melalui GTP dan ETP, format pelaksanaan PEMANDU menyebabkan peniaga Bumiputera menanggung kerugian dan dilanda tragedi paling serius.

“PEMANDU meminggirkan peranan agensi kerajaan sedia ada dalam program agenda Melayu. Ketelusan dan akauntabiliti dalam PEMANDU sangat rendah dalam membantu agenda Melayu. Justeru, MTEM telah hilang keyakinan kepada kepimpinan PEMANDU dan menuntut Idris Jala meletak jawatan,” katanya yang mendakwa ia dipersetujui sebulat suara semua ahli MTEM.

MTEM adalah badan yang masih dalam proses penubuhan dan disertai 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu terdiri daripada pengusaha, pedagang, profesional dan cendekiawan Melayu.

Mohd Nasir berkata, semua NGO Melayu itu sebulat suara bersetuju bersatu di bawah MTEM bagi menangani cabaran membentuk program transformasi ekonomi Melayu yang lestari.
Katanya, MTEM menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, tetapi Perdana Menteri perlu mengkaji semula semua keputusan dan cara pengurusan PEMANDU yang didakwa memberi lebih banyak memberi manfaat kepada peniaga Cina yang mengamal sistem kartel dalam pelbagai industri perniagaan di negara ini.

Mohd Nasir berkata, antara tuntutan MTEM kepada Pemandu adalah:

Menetapkan sasaran ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang jelas untuk masyarakat Melayu sesuai dengan populasi masyarakat Melayu di Malaysia, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada KDNK RM1.7 trilion setahun dan 60 peratus daripada 3.3 juta peluang pekerjaan.

Menyediakan rangka kerja institusi dalam mengintegrasikan isu ekonomi orang Melayu ke dalam ETP dan GTP (Pelan Transformasi Kerajaan).

Memastikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mempunyai rangka kerja pembangunan ekonomi Melayu yang menyeluruh dan lestari.

MTAB perlu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan untuk mencipta, membangun dan memantau Program Transformasi Ekonomi Melayu yang lestari.

TERAJU Unit Peneraju Agenda Bumiputera) diperkukuhkan supaya lebih efektif dan berkesan.

Memberi tempat kepada wakil MTEM untuk turut menganggotai Pemandu dan Teraju.

Mohd Nasir berkata, bagi memastikan semua tuntutan dipenuhi, MTEM akan melancarkan PEMANDU Watch atau Pemerhati PEMANDU untuk memantau program kerajaan dan memastikan semua program transformasi ekonomi Melayu disepadukan.

Di samping itu, MTEM mendesak kerajaan mengkaji semula format TERAJU kerana format sedia ada didakwa tidak efektif, mengelirukan dan tidak berkuasa.

“Kami juga meminta meminta menteri-menteri Melayu dalam MTAB supaya mengambil l sikap dan inisiatif yang lebih proaktif, tegas dan cepat dalam menjuarai agenda ekonomi Melayu melalui TERAJU. TERAJU juga wajib diberi dana yang cukup untuk menjana aktiviti strategik serta inisiatif untuk membangunkan Program Transformasi Ekonomi Melayu yang lestari,” katanya.

Oleh Jamhariah Jaafar Berita Harian
jamhariah@bharian.com.my
2011/08/12

Demang nak komen sikit sahaja:
"Idris Jala, walaupun anda sudah bertaraf dunia tetapi sebagai bumiputra anda perlu ingat bahawa Melayu dan Bumiputra berkongsi satu agenda. Orang Melayu dan bumiputra tidak terikat untuk mempertahankan anda seorang sahaja. Masih ramai tokoh Melayu dan Bumiputra lain yang boleh diangkat menggantikan anda. Kejayaan anda sekarang pun bukan kerana diri anda seorang BAHKAN terlalu banyak sokongan dan bantuan daripada kerajaan bagi memastikan kejayaan anda."


SAH ada campurtangan dalam isu gereja



Oleh kerana marahkan segelintir pemimpin UMNO maka penguundi bertindak menukar kerajaan di Selangor.

Oleh kerana terpengaruh dengan hasutan pihak yang liberal dalam Islam, maka ramai yang terpengaruh mengundi PKR.

Oleh kerana tertarik dengan kempen transpirasi media maka ramai golongan muda memandang jijik pada kerajaan BN yang dikatakan mengongkong media.

Sekarang, inikah yang kita mahu?





berita lanjut

Ertinya, kita tidak mendapat kerajaan yang lebih baik pun apabila menukar kerajaan. Bahkan kita melihat kerajaan Selangor dan Pulau Pinang sekarang jauh lebih teruk lagi.

Kelam kabut!

Justeru Demang fikir adalah lebih baik kita perbaiki kerajaan BN pimpinan Najib. Bukankah kerajaan sedang giat melakukan transformasi secara menyeluruh?

Jika dulu menggunakan alasan kelemahan kepimpinan Pak Lah, bukankah beliau sudah meletakkan jawatan?

Lihat apakah yang sedang dilakukan kerajaan pimpinan Najib sekarang. Penggunaan alat pengukuran yang standard seperti NKRA, KPI dan sebagainya membuktikan kempen Najib bukan sekadar gimik politik bahkan ia sesuatu yang realistik.

Kecuali lah anda jahil tentang semua itu.

Belajarlah.

pendedahan zulkifli nordin dalam kes murtad


Transkrip ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli Nordin

Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi demi agama kita, akidah kita.

Saya terkejut bila hari ini membaca mengenai rintihan seorang ketua pemuda ustaz Nasaruddin (Hassan) Tantawi merintih. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.

Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.

Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.

Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.

Ada yang mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.

Saya terlibat dengan kes murtad berbelas tahun dah, tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.

Pertama pada tahun 1987, paderi yang pertama dilantik, di gereja Petaling Jaya, namanya Jamaluddin Osman, dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku di gereja Damansara Utama, memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.

Sampai hari ini, masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya, dan kita lihat bagaimana polis mengambil tindakan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.

Hari ini Father Joshua Jamaluddin, hidung macam kita, warna kulit macam kita, pakai songkok, pakai baju Melayu, tapi dok mengkristiankan anak-anak Melayu.

Tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan di gereja di Rasah Negeri Sembilan. Saya terlibat secara langsung dengan kes itu.

Keluarganya mendapat maklumat dia di gereja itu, pergi hendak menyelamatkannya, sekali lagi kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari.

Bulan Ramadan 1997, hari pertama, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih, kumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.

Bawa lari ke Singapura, menyeberang tanpa passport, terus terbang ke Australia, sampai hari ini tetap kafir dan berada di sana.

Tahun 1998, secara terbuka dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, makin lama makim melampau, makin kurang ajar, gereja Church of our Lady Fatimah, Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.

Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya.

Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau, apa yang berlaku di DUMC, adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.

Aktiviti ini sudah berlangsung lama, hanya kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku.

Kita sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.

Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke kawasan seperti tumpuan awam, jumpa risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategic, untuk mudah orang ambil.

Saya pernah tanya budak-budak kecil apa komik ini, mereka jawab, komik kartun, dalam tu ada 76 perkataan Allah yang disalahgunakan.

Di gunakan bahasa dan gambar yang anak-anak kita akan tertarik, mereka makin biadap, makin kurang ajar.

Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita.

Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh.

Sebab itu isu ini bukan isu politik, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, ia ada kena mengena dengan orang Islam.

Ini isu kita, yakinlah jika kita tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan bayar harga yang mahal terhadap semua ini.

Sebab itu saudara-saudara, di bulan Ramadan ini, di mana umat Islan dulu sanggup berperang Badar untuk mempertahankan akidah, marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik.

Kita (ada) satu Tuhan, satu nabi, satu kitab, satu kiblat kenapa kita tidak boleh jadi satu umat.

salinan daripad: http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/transkrip-penuh-lokman-adam-ezam-dan-yb.html?m=1

Friday, August 12, 2011

tangan ghaib di Selangor


Kelmarin Demang lontarkan tanda tanya, mungkinkah ada tangan ghaib dalam isu gereja dan penyebaran agama lain kepada ummat Islam di Tanah Melayu?

Semalam, 30 NGO termasuk bekas komando menyatakan bantahan terbuka terhadap usaha mengkristiankan ummat Islam. Demang lihat jika komando sudah masuk campur, pihak berkenaan lebih baik bongkar sauh dan keluar dari Tanah Melayu ini sebelum terjadi perkara tak diingini.

Hari ini para blogger menyiarkan bukti-bukti bahawa memang terdapat tangan ghaib yang cuba menghalang pihak berkuasa tempatan daripada menjalankan kewajipan mereka.

Lihat di sini usaha menghalang penguatkuasaan undang-undang. Kenapa tindakan yang boleh mengekang usaha penyebaran kristian itu dihalang? Siapa yang menghalangnya? Siapa yang ada kuasa dalam politik Selangor? Siapa yang mendominasi kerajaan Selangor? Siapa yang terhutang budi dengan cina Selangor? Siapa yang dapat jadi MB atas bantuan DAP?

Wah, banyaknya persoalan.

murtad satu pencerobohan ke atas orang Melayu

Jika kita ambil bola dan baling ke dinding, apakah yang akan berlaku? Bolehkah kita ramalkan ke mana bola itu akan melantun?

Bagaimana jika bola yang digunakan itu bola rugbi? Masih bolehkah kita ramalkan arah lantunannya?

Sebenarnya bukan hanya bola yang boleh melantun dan bukan hanya dinding yang membenarkan objek yang dikenakan padanya sahaja berupaya membalik semula.

Banyak lagi benda di dunia ini mampu melantun semula jika tertampan sesuatu yang ia tidak boleh tembusi.

Hal tersebut termasuklah orang Melayu. Jangan fikir orang Melayu itu hanya tahu menyerap dan memerap. Kita bimbang pada suatu ketika orang Melayu terlatah dan sudah tidak mahu peduli apa akan terjadi.

Kita bimbang pada masa itu orang Melayu sudah tidak peduli negara mahu hancur atau mahu jadi apa. Ketika itu, tidak ada siapa yang untung.

Soal akidah sangat sensitif. Kalaupun makin ramai orang Melayu yang tidak peduli tentang akidah namun masih ramai yang sangat peduli dan sanggup berkorban demi mempertahankannya.

Ingat, kita tidak perlu terlalu ramai orang yang sebegitu untuk melakukan kekacauan di negara ini.

Justeru Demang beri amaran agar mubaligh Kristian jangan ambil ringan perkara ini. Lebih baik kita biarkan sebagaimana pegangan ummat Islam, 'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'. Tindakan menyebarkan agama lain kepada ummat Islam di Tanah Melayu adalah pencerobohan yang tak akan dibiarkan orang Melayu.

Jika berlaku sengketa dan huru hara, tiada siapa yang untung.

Thursday, August 11, 2011

Tangan ghaib di belakang khalid

Sebelum aktif berblog, Demang agak aktif dalam Wikipedia. Demang katakan 'agak aktif' sebab ramai lagi yang lebih aktif berbanding Demang.

Demang cukup tabik dengan para 'wikier' (boleh ke istilah ni?) yang ada. Mereka memang rajin menulis, menterjemah, dan membuat rujukan.

Dalam ramai-ramai tu, Demang dapati ada seorang pelajar sekolah menengah yang turut aktif. Agaknya sekarang ni beliau dah di universiti atau kolej.

Biasalah, budak-budak baru naik ni selain bersemangat dan aktif mereka juga agak idealis. Salah satu perjuangannya ialah kebebasan media. Dia sangat marah pada media arus perdana yang dikatakannya dikongkong tangan ghaib.

Justeru dia cenderung dan condong ke arah pembangkang kerana berkongsi isu kebebasan media.

Demang teringat pada anak muda ini ketika membaca kenyataan MB Khalid di Selangor yang melarang exco Selangor memberi sebarang komen dalam isu besar usaha memurtadkan orang Islam.

Kalau beliau terbaca entri ini, harap dapat lah beri komen sikit.

Sebenarnya, dalam isu murtad bukan semua kes dilayan dengan cara yang sama. Jika berkenaan kes beberapa orang Islam cuba bertindak murtad, maka perkara tersebut lebih baik tidak dihebohkan. Usaha dakwah perlu diteruskan tanpa kecoh-kecoh.

Sebaliknya, jika terdapat usaha untuk menyebarkan ajaran agama lain kepada orang Islam maka ia perlu dibanteras segera dan tidak boleh didiamkan begitu sahaja.

Dalam hal ini rakyat tertanya-tanya kenapa Khalid cuba 'mendiamkan' isu.

Tangan ghaib?

PENGUMUMAN:
Assalamualaikum. Seluruh Umat Islam bangkitlah mengekalkan akidah saudara kita yang cuba dipesongkan oleh musuh2 lslam. Pagi ini jam 10.30 beramai2lah kita berkumpul dikawasan Masjid Shah Alam utk ke JAIS menyokong tindakannya. Dan esok bersama berhimpun selepas sembahayang Jumaat diMasjid S.Alam, bagi memberi sokongan pd badan agama Islam JAIS utk bertindak dgn bebas demi menjaga kedudukan AGAMA ISLAM, Berjihadlah demi Agama Islam tercinta. Allahuakbar.

Wednesday, August 10, 2011

pegawai kerajaan yang paling tadah pun dapat bonus



Alhamdulillah. Semua kakitangan awam dan pesara samada masih menyokong kerajaan atau sudah berpuluh tahun berpaling tadah menghentam kerajaan akan menerima bonus.

Bila Demang tulis begitu, kelam kabutlah puak pembangkang bagi hujah bahawa duit tu duit rakyat dan mereka pun layak jugak menerima bonus walaupun tak pernah nampak kebaikan kerajaan.

Mereka lupa bahawa manusia yang kebuluran di Somalia pun ada kerajaan jugak! Rakyat Iraq, Afghanistan, Indonesia, Myamar pun ada kerajaan jugak.

Ertinya Barisan Nasional adalah salah sebuah kerajaan yang berjaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya.


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.


* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Tuesday, August 9, 2011

Isu Jais serbu gereja di Selangor

Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.

Lihat seterusnya

Bonus pegawai kerajaan



Alhamdulillah. Semua kakitangan awam dan pesara samada masih menyokong kerajaan atau sudah berpaling tadah menghentam kerajaan akan menerima bonus sekali lagi.

Bila Demang tulis begitu, kelam kabutlah puak pembangkang bagi hujah bahawa duit tu duit rakyat.

Memanglah duit rakyat, tetapi adakah semua rakyat berpeluang menerimanya? Cuba tanya rakyat Somalia; adakah mereka dapat sebagaimana orang Malaysia dapat daripada kerajaan masing-masing?

Seronokkah mempunyai negara seperti Iraq, Palestin, Afghanistan dan sebagainya?

Ertinya, kerajaan BN telah berjaya memberi kebajikan dan melakukan yang terbaik pada rakyatnya.

Maknanya, slogan Negara Berkebajikan yang diteriak PAS untuk membeli jiwa orang cina dan India tidak perlu lagi.

Adalah sangat bodoh, bebal, dan bangang apabila menukar benda yang baik hanya sekadar percaya yang kita boleh dapat benda yang lebih baik lagi.

Ingatlah, cerita Aladin dengan lampu ajaibnya itu bukan sekadar untuk jadi bahan ketawa. Ada banyak falsafah tersirat di sebaliknya, kecuali bagi yang enggan menggunakan akalnya.

Mari kita baca pengumuman kerajaan semalam:

1) Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

2) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

3) Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


Monday, August 8, 2011

Mat Sabu yang terdesak kerana masih dibayangi isu ditangkap khalwat dengan isteri orang dan dalam masa yang sama perlu mengaut populariti setelah menang timbalan presiden rupa-rupanya mahu terus mengelabui mata rakyat menumpang isu tuntutan Bersih.

Agaknya setelah sebulan berlalu, Mat Sabu rasa yakin rakyat sudah lupa dengan keputusan kepimpinan PAS untuk menyokong 4 tuntutan Ambiga.

Perhatikan baik-baik ayat di atas. 4 TUNTUTAN.

4 tuntutan? Bukankah 8 tuntutan?

Ya. Ambiga memang kemukakan 8 tuntutan tetapi hanya 4 perkara yang pucuk pimpinan PAS setuju. Hal ini kerana 4 perkara lagi amat merugikan orang Islam.

Ternyata nafsu Mat Sabu sudah tidak boleh dikawal. Mat Sabu sanggup meletakkan risiko yang amat tinggi demi survival politik.

Hari ini Mat Sabu menyebut 8 tuntutan. Mat Sabu ingat rakyat tak tahu atau lupa?

Maaf, banyak perkara lain Demang boleh lupa tetapi bukan yang ini! Sebab Demang tahu ada dua perkara lagi yang Ambiga sorokkan dalam tuntutan Bersih dan itulah agenda tersembunyi Ambiga dan pihak yang mengupahnya.

Sunday, August 7, 2011

edisi tak sempat

sibuk bebenor?

Demang tak sempat berblog minggu ni. Semepena isu sosialis sekarang, jom layan layan coretan lama Cheguman dalam isu berkaitan sosialis dan ketamadunan Melayu

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)