Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, April 15, 2012

Hutang PTPTN yang dilupuskan



Bukan semua pengguna perkhidmatan PTPTN perlu membayar kembali wang yang telah digunakan mereka.

Pihak PTPTN ada statistik peminjam yang tidak perlu membayar kembali pinjaman.

Cuma yang kita tidak pasti ialah berapa ramaikah daripada yang telah mendapat kemudahan tersebut telah membayar kembali budi yang mereka dapat daripada kerajaan?

Bak pantun orang tua-tua kita:

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Sebagai ingatan, bukan hanya pemimpin BN sahaja yang plan PTPTN ini sebaliknya ramai pakar yang terlibat bagi mencari formula terbaik untuk pendidikan negara.

Adakah semua pakar daripada pelbagai bidang itu bodoh-bodoh belaka manakala hanya Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya itu sahaja yang pandai?

Ataukah semua pakar-pakar yang terlibat merancang PTPTN itu semuanya berkonspirasi untuk menjahanamkan negara sebagaimana semua pihak dikatakan berkonspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Ada lagi satu pantun bonus daripada Demang:

Hendak gugur, gugurlah nangka,
Jangan ditimpa YB Permatang Pauh,
Hendak maju, majukanlah negara,
Jangan diratap Anwar yang dah jatuh.



"Malaysia lebih indah tanpa Anwar Ibrahim"

Foto diambil drpd blog Angin Perubahan. Terima kasih bro.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Ariffin Khomeini said...

http://chomeini.blogspot.com/2012/04/mampukah-kita-hapus-hutang-ptptn.html

Pengundi Baharu said...

cina paling banyak... ingatkan melayu paling banyak!

cheguman morhabshi said...

Ha ha ha... Mana-mana pun diorg untung. Tak perlu bising2 berdemo.

Abg Is said...

"Mampukah kita hapuskan hutang ptptn"

saya dah nk habis bro. Tinggal seribu lebih lagi.

Habis bayar ni nak sambar kereta baru. Sebelum ni pakai kereta 2nd aje.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)