Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, February 13, 2009

Balasan atau ujian?

Seorang sahabat bercerita tentang seorang kakitangannya yang terlantar di hospital kerana kanser paru-paru. Namun kali ini bukanlah si pesakit itu yang menjadi fokus perbincangan kita. Sebaliknya Demang ingin berkongsi perihal isteri beliau. Menurut wanita itu, dua tahun lepas beliau menjaga ayahnya yang terlantar berbulan-bulan di hospital. Selepas ayahnya meninggal dunia, ibu mertuanya pula ditimpa sakit yang berlarut-larut. Beliau juga antara yang sering menunggunya di hospital. Akhirnya ketentuan Allah pun tiba jua. Si ibu pun meninggal dunia. Kini suaminya pula yang sedang tenat. Sudah tentulah beliau yang perlu mengambil tanggungjawab menjaganya.

"Apa nak buat... dah takdir. Barangkali ini adalah ujian untuk akak." ujarnya sayu.

Beberapa bulan dahulu seorang sahabat memasuki pejabat dengan sedikit kecoh. Para kakitangannya mendongak, memandang ingin tahu.

"Kenapa?" tanya Demang yang kebetulan singgah di pejabat itu.

"Eh, dah lama engkau datang? Ni ha... kereta aku kena langgar. Aku letak di tempat biasa pagi tadi. Bila aku turun semula, lampu belakang dah pecah." ujarnya.

"Habis tu?" tanya Demang.

"Tu yang aku 'respect' orang tu. Dia pesan pada pembantu kedai di depan tu yang dia akan datang semula untuk bertanggung jawab. Dia perlu ke hospital kerana isterinya nak bersalin." sambung sahabat Demang itu panjang lebar.

Demang diam menunggu sambungan ceitanya.

"Engkau tahu..? Tak lama lepas tu orang tu betul-betul datang. Rupa-rupanya 'orang tabligh'. Berkali-kali dia minta maaf dan berjanji untuk membayar kos kerosakan. Kemudian, berkali-kali dia kata: agaknya ini balasan Allah. Entah apalah kesalahan yang saya dah buat 2-3 hari ini. Mesti saya ada buat salah hinggakan Tuhan beri saya balasan ini." sahabat tersebut bercerita panjang lebar. Maklumlah, sebagai seorang penceramah, pantang ada peluang bercakap memang susahlah nak berhenti. Kalau Demang catatkan secara terperinci, penuh ruangan blog ini dengan ulasannya berkaitan kemalangan kecil itu.

Kedua-dua kesah di atas mempunyai satu persamaaan iaitu 'peristiwa dukacita'. Namun perbezaan yang ketara ialah tanggapan dan penerimaan pihak yang ditimpakan musibah itu. Dalam kes pertama si wanita menerima takdir yang tiba sebagai ujian Allah. Dalam kes kedua pula lelaki tersebut menganggap hal yang terjadi sebagai balasan yang diberikan oleh Allah secara tunai atas dosanya yang tidak disedari.

Apa pula tanggapan anda?

Jika kes-kes di atas boleh dijadikan sampel untuk melihat tingkah laku (behavior) manusia, 'ujian' dirujuk jika setelah kita bersabar melakukan kebajikan namun musibah tetap tiba. Manakala balasan pula dikatakan sesuatu bencana yang dtimpakan akibat melakukan kesalahan.

Dalam perkembangan politik tanahair, apabila Nizar dan sekutu-sekutunya hilang kelayakan dalam membentuk kerajaan, Demang dapati orang ramai telah memberi dua pandangan yang berbeza. Sebahagiannya menyatakan itu adalah ujian manakala sebahagian lagi menyatakan itulah balasan Tuhan.

Bagi Demang, kita ketepikan emosi serta persepsi peribadi dan kembali melihat pada fakta yang ada.

1) Adakah tindakan meluluskan pajakan tanah 999 tahun itu menguntungkan rakyat Perak? Jika jawapannya YA maka penyingkiran Nizar adalah ujian bagi dirinya dan sekutunya.

2) Adakah penyingkiran Nizar dan Pakatan Rakyat menguntungkan perjuangan Melayu? Jika YA maka itu adalah balasan daripada Allah pada beliau. Sebaliknya jika pengekalan Nizar dan Pakatan Rakyat di Perak menguntungkan perjuangan Melayu maka Nizar wajar menerimanya sebagai satu ujian dalam perjuangan.

Waalahu’alam.

9 comments:

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Ziarah,

1. Secara peribadi saya berpendapat bahawa kegawatan politik masakini khususnya terhadap diri saya dan orang-orang Melayu amnya merupakan suatu ujian dari Allah SWT. samada ia suatu musibah mahupun hikmah bergantung kepada penerimaan kita semua.

2. Saya amat percaya bahawa setiap perbuatan kita dengan niat tulus ikhlas akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT samada ketika di dunia ini dan yang pasti di Akhirat kelak.

3. Justeru itu, sekiranya para pemimpin kita mempunyai niat yang ikhlas serta jujur berkhidmat pastinya kita semua bangsa melayu tidak melihat kejadian-kejadian yang memalukan yang dilakukan oleh bangsa kita sendiri.

4. Sekiranya kita peka dan dapat "melihat" akan semua ini, ia merupakan suatu peringatan dari Allah SWT terhadap kita bahawa betapa lekanya kita selama ini terhadap hal-hal dunia dari melakukan perintahNya.

Tai said...

Mula-mula nak sentuh soal tanah. kenapa harus digadaikan? itu hak melayu, hak bumiputera. Kenapa sampai begitu sekali nak menggadaikan hak-hak sendiri?

Kedua, ini adalah balasan beserta dengan ujian. Balasan kerana beliau mungkin terleka dengan duniawi. Balasan kerana mungkin beliau telah melakukan suatu kesilapan.

MAWAR BERDURI said...

salam?

SETIAP APA YANG TUHAN BAGI UNTUK HAMBANYA ITULAH YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA...KERANA SETIAP YANG BERLAKU ITU TERKANDUNG HIKMAHNYA TERSENDIRI.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Kita semua walau siapa pun tidak akan lari dari diuji.
Tidaklah kita boleh pasti sama ada kita ini semua diuji atau sedang menerima balasan yang sepatutnya dari Allah swt.

Saya berharap kemelut di Perak akan tenteram secepat mungkin tapi bila tengok di tv tadi, ianya belum selesai dan lebih menjela dengan Nizar memfailkan writ di Mahkamah tinggi pulak.

Sesetengah orang memang susah nak Insaf!!!!

Cheguman said...

Khairul,
Saya setuju bahawa kegawatan politik ini satu ujian & peringatan Allah.

Sedinginsalju,
Benar, kita boleh menganggapnya sbg balasan atas kesilapan yg dilakukan.

Mawarberduri,
Anda berfikiran positif dan melihat setiap kejadian mengandungi hikmah.

Makcik,
Saya melihat sikap Nizar tidak menggambarkan sikap seorang pejuang yang sedar tentang perjuangan dan strategi berjuang. Beliau mendukacitakan majoriti orang Melayu.

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamuaalikum warahmatullahi wb, cheguman,

apa perkhabaranmu sekarang saudaraku?

kita tinggalkan dulu nizar (yg bernama...) dan kita singgah-singah kpd chegu man (yang bernama cikgu man)

salam hormat,

The Island of NAMOYAKI, said...

Allahuakhbar,

cheguman,
saya sayangkan cheguman dan janganlah ada terasa dihati walau sedikit, maafkan saya (terasa sudah bersalah terhadap cikgu),

cheguman, kasih sayang yang lahir dari seluruh sudut hati yg paling dalam cheguman lalu dipaut terus oleh semua hati kanak-kanak yang berada dihadapan cheguman itu telah membuatkan saya rasa sangat rendah, kecil, hina dan dina,

sungguh mulia pengorbanan cheguman,

cheguman yg saya sayangi,
usahlah cikgu tinggalkan saya dan website yg lama itu, bangkitlah kembali dengan apa sahaja kekuatan yang ada,

apabila berbicara tentang kanak-kanak dan dunia mereka, hati mudah tersentuh,

cheguman dan cikgu marhani,
bangunlah,
bangunlah dengan seluruh kekuatan yang ada,(saya bermohon)

maafkan saya

The Island of NAMOYAKI, said...
This comment has been removed by the author.
Cheguman said...

salam Zul,
Bukan saya sengaja tinggalkan permata kecil tu. Cuma saya sedang mencari tapak yang sesuai untuk website morhabshi.com dan permatakecil.com. Saya bercadang nak jadikannya webforum atau blog.

Terima kasih kerana mengingatkan saya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)