Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, September 5, 2009

Kajian Kes

Malam tadi Demang memenuhi satu jemputan berbuka dengan YB Tuan Hj Ahmad Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Walaupun masing-masing tiba dari tempat yang agak jauh namun kami sempat mendengar tazkirah yang disampaikan sendiri oleh beliau seterusnya bertarawih di situ.

Akibatnya Demang tiba di rumah agak lewat. Oleh kerana cuti, maka selepas subuh Demang menyambung tidur.

Tidur Demang dikejutkan oleh deringan telefon daripada seorang rakan sekolah yang sudah hampir 30 tahun tidak bertemu. Sehari sebelumnya Demang mendapat nombor telefonnya dan ini kali kedua kami berhubungan.

Mendengar bahawa Demang baru bangun tidur maka mukaddimah beliau ialah menasihati Demang agar membanyakkan ibadat di bulan puasa. Terima kasih. Namun di akhir perbualan beliau menyelar kerajaan yang dikatakan tidak mengikut hukum Islam.

Kemudian beliau bercerita tentang keinginannya untuk berpoligami (sudah ada calon). Beliau juga bercerita bahawa beliau pernah ke negeri Demang menemui kekasih lamanya yang kini menjadi isteri orang (anak dah habis SPM). Beliau menyatakan betapa jodoh di tangan Tuhan dan tidak mustahil cinta mereka boleh bersambung kembali.

Petangnya, Demang menghantar satu SMS kepada beliau bagi meminta sedikit penjelasan. Berikut Demang ‘copy & paste’ SMS antara kami itu:

Demang: aku keliru, kenapa PAS pakat dgn DAP?
Rakan: Pas tak pernah ikut telunjuk dap.org yg kata islam x nak ikut islam so x slh dap ikut islam.

Demang: PAS ada berapa kerusi parlimen? Dap ada berapa?
Rakan: Ape pun kena faham islam betul2. (nampaknya beliau tak menjawab soalan Demang)

org umno bukan islam?
Rakan: Itu masalah lain.ada ke buat dosa boleh byr dgn duit.kitab mana yg ajar. (Demang kurang pasti apa yang beliau maksudkan)

Demang: pada hakikatnya org UMNO bukan Islam la?
Rakan: Hanya pada nama.

Demang: macamana klu aku org UMNO?
Rakan: Kalau ikutkan ilmu tauhid begitulah.

Demang: belum menjawab soalan..
Rakan: Baca kitab faham al quraan tanya diri sendiri,islam kah aku?

*(Panggilan dari beliau, sengaja Demang tak angkat sebab tak mahu bertengkar)

Rakan: Hai takut ke
Demang: ye, aku takut rosak akidah berbahas perkara ni. Menuduh org yg mengucap 2 kalimah syahadah sbg bukan Islam. Nko tak takut ke?

Rakan: Ingat islam bukan sekadar mengucap
Demang: rukun Islam ada berapa? (mana tau, kot-kot ada Rukun Islam yang keenam iaitu Masuk PAS)
.
Rakan: Sbb tulah saya kata kena faham al quraan.
Demang: email & YM aku: cheguman@yahoo.com. Guna sms ni bazir. Lain le klu hp sykt. (Demang dapat tau yang nombor dia guna tu nombor syarikat tempat dia bekerja).

Rakan: Org kafir kata dia betul kita kata kita yg betul.so siapa yg betul.
Demang: analogi yg tak sesuai tu. OK, bagaimana klu aku sokong PAS dan kemudian PAS bentuk kerajaan dgn PKR-DAP, then mereka teruskan sebagaimana yg UMNO sedang lakukan? Bagaimana status Islam aku? (Demang faham maksud kiasannya namun adalah tidak adil membuat kesimpulan berdasarkan analogi, kiasan, atau perumpamaan. Apatah lagi berkenaan akidah).

Rakan: Yg penting hukum islam.bukan perut dunia.
Demang: Hukum islam atau kecenderungan menghukum org yg tak sependapat? kenapa ada byk mazhab dl Islam? mana satu yg betul?

Demang: guna internet le. Aku cikgu tadika je. gaji tak byk nak byr bil hp. cheguman@yahoo,com

Rakan: Hantar bil kau kat aku.
Demang: terima kasih je le.. nko rasa debat ni boleh abis ke? ada tak cara lain utk berdakwah kat aku yg jahil ni?

Rakan: Tanya tuhan.

Rakan: Carilah ilmu ikhlas.

Rakan: Kita kena tahu rukun agama.yg nyata negara kita mengamalkan hukum taghut.
Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? (SMS ini adalah pancingan)

*SMS tak berjawab. Nampaknya beliau sedar yang Demang sedang memancing. He he

Demang: ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la? (Demang hantar sedikit lagi dengan sedikit tambahan)

*SMS tak berjawab.

Demang: (SMS kali ketiga) ada contoh negara Islam yg sebenar? Adakah Mesir, Iraq, Palasten,Saudi ikut hukum sebenar? ertinya, rakyat negara tu pun bukan Islam la?

Nampaknya SMS tersebut tidak dibalas sehingga sekarang. Nak kata credit habis, guna HP syarikat...

Demikianlah mentaliti seorang pengikut PAS bergelar ustaz.

8 comments:

Frodo Baggins said...

salam cikgu demang

Mantapppp soklan last tu!! Naper x soal keinginan "ustaz kopiah" tu nak kawen bini org cikgu? kuikuikui


Harus menggelupur lah beliau. ;)

Cheguman said...

The Hobbit Frodo,
Sebenarnya Demang serba salah nak dedahkan SMS kawan sendiri takut Allah Taala balikkan pada kita pulak.... nauzubillah. Tapi, ini lah antara perjuangan kita sebagaimana pesan YB Hj Ahmad Maslan: "...perjuangan untuk Alif Ba Ta... Agama, Bangsa, Tanahair.

Masyarakat umum perlu tahu perangai sesetengah ustaz PAS yang cukup suka menghukum orang lain tetapi sering gagal melihat diri sendiri.

C L J said...

Kegagalah dalam memuhasabah diri tu kerana pandangannya sentiasa dan terkunci ke luar untuk melihat orang lain. Melihat pula bukan mencari contoh yang baik untuk dicontohi.
Baca ayat pun: Wahai mereka mereka yang beriman, kahwinlah kamu dengan seorang, dengan dua orang, dengan tiga orang atau dengan empat orang perempuan (dia berhenti setakat tu je) tetapi kalau kamu tidak yakin boleh berlaku adil cukuplah setakat seorang sahaja. (yang sambungan ni dia tak baca dah.)
Che Gu Man lah yang bertanggong jawab berdakwah padanya.

Anonymous said...

Salam CG MAN..

Kalau di ikut fenomena politik sekarang, PAS lebih kepada terikut kepada DAP. DAP ni mereka xkisah sokong mana-mana parti, janji..mereka boleh naik sikit demi sedikit.. dan akhirnya mereka akan cantas parti yg bersama mereka itu untuk mendapatkan kuasa mutlak. Itu kehebatan DAP.

PAS sekarang tidak boleh lagi sebut pasal HUDUD kalau mahu bersama DAP, tapi DAP benarkan PAS bercerita pasal HUDUD di kawasan yang ramai melayu.

Contoh; Jika calon PAS diletakkan di DUN Bangan Pinang, PAS dilarang sama sekali oleh DAP untuk bercerita pasal HUDUD, tetapi semasa PRK DUN M.U, PAS boleh pula berceramah pasal HUDUD.

Itulah kelebihan PAS disisi DAP.

PAS hanya menanam perkataan HUDUD pada pengikut-pengikutnya sahaja.

Islam, Hudud, Ceramah agama (campur fitnah) adalah asam garam dalam dunia politik PAS.

Apapun; dunia akhir zaman, benda macam inilah yg senang di percayai.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Masalah sebenarnya ialah kerana terlalu taksub..pemikiran pun tertutup.

Arif Jizat said...

Apa yang pelik adalah mereka tidak mengaku malaysia negara islam tetapi hendak malaysia melakukan hukum islam..

seperti menyuruh org kafir bersolat dan berpuasa.

Anonymous said...

Salam,

serius tu, tak ada dalam ahli sunnah wal jamaah yang mengkafirkan orang Islam macam tu.

kecualilah dah ada firqah baru pulak sekarang.

Anonymous said...

Hebat ustaz kawan cikguman ni. Tinggi martabat dia. Punyalah tinggi sampai boleh melangkau hukum yg melarang seseorang lelaki Islam itu berhubung dengan wanita bukan muhrim yang juga merupakan isteri orang dengan niat nak berkahwin pulak tu! Kira ada permit besar boleh meruntuhkan masjid lah ni? Waaa... besar kabel orang PAS nih ya?
Kedua, menggunakan kemudahan kredit telefon yg diamanahkan oleh syarikat untuk tujuan peribadi. Kalau ana atau cikgumanlah yg guna telefon seperti itu, pasti sudah kena hukum masuk neraka ("do not pass GO and collect $200, go directly to hell" - macam main monopoli la pulak) fasal sudah pecah amanah harta dan wang syarikat.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)