Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, November 25, 2009

Apa salah BTN?


Demang temui satu artikal dalam blog Aspirasi yang menarik minat Demang.

Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.

Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."

Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).


Sebenarnya Demang pernah memuatkan satu artikal panjang lebar dalam blog Waadat ini apabila isu BTN ditimbulkan dalam parlimen sedikit masa dulu. Kali ini Demang tidak mahu jawab lagi.

Mari kita sama-sama melagukan nyanyi ini...

Anak kecil main api terbakar hatinya sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
...
...

Mari kita lihat sekali lagi nama ADUN-ADUN yang membuat desakan itu:
Amirudin Shari (PKR-Batu Caves),
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku),
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia),
Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai),
Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan
Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Lihat baik-baik nama-nama manusia yang terlibat itu sekali lagi:
Amirudin Shari (PKR-Batu Caves),
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku),
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia),
Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai),
Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan
Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Camkan nama-nama berikut:
Amirudin Shari (PKR-Batu Caves),
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia),

Lihat pula nama berikut:
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku),
Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai),
Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan
Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Ada sesiapa lagi yang ingin bersekongkol dengan mereka?

foto:
PC070091 edited JPG kelabkeristamingsari.blogspot.com

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,


HABISlah Selangor,

Saya tak faham macam mana DUN2 Melayu ni boleh tidur lena bila mereka sentiasa dibawah telunjuk bangsa lain yang dengan jelas dan terang mahu rakyat Selangor terus benci BN, khasnya Pemimpin Melayu.

Nak kata bodoh ada kelulusan, entahlah. Nasib rakyat Selangor.

Yb Raz said...

nampak sangat yang cina ini memainkan peranan. BTN sebenarnya bertujuan merapatkan hubungan kaum dikalangan pelajar.

apa kejadahnya mewujudkan perkauman. yang mewujudkan perkauman adalah DAP sendiri.

DUN BN Selangorpun sama juga. Blogger GAP dedahkan Adun BN banyak yang leka. Kalau macam ni, memang takde harapan lah BN nak dapat balik selangor masa pru13 nanti.

Kalau dapatpun, mungkin selangor dah hancur lebur. Orang melayu selangor dah kena tindas, barulah mereka nak sedar.

PR Pengkhianat said...

Dato' Seri Najib patut hantar ADUN Selangor ke kursus BTN agar mereka bangun dari lena.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)