Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, November 10, 2009

royalti atau ihsan?


Demang bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada ketua UMNO kampung Demang kerana memberikan wang ihsan berkaitan sebuah perigi di belakang rumah Demang.

Perigi tersebut sudah lama dibina di situ. Ada beberapa perigi lagi di kawasan lain. Oleh kerana khasiat air perigi tersebut amat tinggi (setanding dengan khasiat minyak Morhabshi) maka ramailah orang seanteru dunia datang membelinya pada harga tinggi.

"Sepatutnya kaum keluarga Demang diberi royalti dan bukannya wang ihsan. Bunyipun macam bantuan belas kasihan je. Sengkek sangatkah Demang sehingga perlu mengharap belas ihsan?" demikian bantah seorang teman yang kelihatan begitu baik dengan Demang kebelakangan ini. Beliau terus menalipon Demang sebaik sahaja mendapat tahu tentang pemberian wang ihsan tersebut.

Menurut tokwan Demang mereka pernah buat perjanjian dengan penguasa tempatan. Jika mana-mana perigi digali DI DALAM KAWASAN rumah/tanah seseorang penduduk, maka tuan punya tanah
Itu berhak mendapat ROYALTI 5% daripada jualan air perigi tersebut. Demang sendiri sudah melihat isi perjanjian tersebut.

Justeru Demang tersengih-sengih sahaja bila ditawarkan wang ihsan sebab Demang tahu sangat bahawa perigi tersebut letaknya lebih 3 batu daripada tanah pusaka Demang itu. Cuma kebetulan jalan masuk ke perigi tersebut melintasi tanah peninggalan tokwan Demang.

Terima kasih Tok Ketua.

(moral cerita: Adakah Kelantan berhak ke atas minyak yang berada di luar pesisir pantainya?)

Petronas Logo anmea.com

4 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

PAS patut bersyukur dengan pemberian Wang Ehsan tu, tak usahlah politikan. Ini untuk rakyat.

Tapi biasalah, mesti buat bising kalau tidak nanti nampak sangat PAS tak buat kerja. Kokok berderai derai, ekor menyapu angin sahaja, tak ada hasil untuk rakyat.

Anonymous said...

betul tu makcik. Bagi nampak macam ada kerje sket. Elaun dah ambik, ye tak?

Anonymous said...

kalau di terengganu & serawak dapat wang royalti kita bleh faham laaaa, sbbnya tengok la kemudahan minyak di Paka tuuu, tu tanah k'jaan terengganu.

tgk pula paip gas yg masuk ke perairan terengganu dan pergi ke darat, tu semua lalu tanah terengganu. sbb tu dapat royalti.

royalti dah digantikan dgn wang ehsan di terengganu tu dah cerita lain.

tgk pula kemudahan minyak di miri serawak, berapa byk tanah dimiri yg petronas occupy. kalau tak da minyak dimiri, bandar tu terus mati.

tapi di kelantan tak da apa2 kemudahan minyak mcm di paka dan miri. itu pun baru2 ni petronas sahkan ada blok yg bertindih, sbb tu dpt sikit wang ehsan.

tu pun tak tau bershukur. najib jata duit ehsan tu akan diberi ke JPP kelantan tapi usaha basmi kemiskinan akan dilaksanakan dgn kerjasama k'jaan negeri utk manafaat rakyat k'tan juga. apa makna nya tu.

maknanya k;jaan negeri bgitau siapa yg layak dpt peruntukan, rumah ka dsbnya. kjaan persekutuan akan buatkan rumah rakyat2 yg memerlukan.

tapi husam marah sbb duit tu tak masuk dlm kantung k'jaan k'tan. sbb kalau masuk, husam la yg akan agih ke kontraktor2 lantikan terus k,jaan kelantan, dia kontrol, selebihnya boleh digunakan utk parti melalui make-up price, dll.

zek-kapcai

Anonymous said...

maknanya k;jaan negeri bgitau siapa yg layak dpt peruntukan, rumah ka dsbnya. kjaan persekutuan akan buatkan rumah rakyat2 yg memerlukan.

jadi masing2 boleh pantau, gerenti duit tu tak bleh seleweng punya, rakyat kelantan juga yg akan dpt manfaat 100%.

tapi husam mau main juga, mau politik sampai kiamat.

zek-kapcai

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)