Situasi 1
Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah pejabat pos dan terus ke kaunter tanpa mengambil giliran. Tindakannya segera ditegur oleh pengawal keselamatan.
Pengawal: Maafkan saya, encik kena ikut giliran
Lelaki: Bukankah PM kata 'rakyat didahulukan'?
Pengawal: Cuba Pakcik lihat di belakang, orang lainpun rakyat juga.
Mesej: itulah sistem
Lelaki itu pergi kepada orang ramai dan berkata sesuatu. Sebahagian daripada mereka mengangkat tangan manakala selebihnya tidak. Kemudian lelaki itu keluar.
Mesej: itulah demokrasi
Keesokan harinya lelaki itu masuk ke pejabat pos tersebut dan terus ke kaunter. Pengawal keselamatan sekali lagi menjalankan tugasnya:
Pengawal: Maafkan saya, encik kena ikut giliran
Lelaki: Bukankah PM kata 'rakyat didahulukan'?
Pengawal: Cuba Pakcik lihat di belakang, orang lainpun rakyat juga.
Lelaki: oh, begitu. Cuba awak pula lihat di belakang.
Pengawal tersebut melihat ke belakangnya dan nampak sekumpulan manusia siap dengan sepanduk bertulis, 'Kami mahu Pak Murad didahulukan'.
Mesej: itulah pakatan
Demang tidak katakan pakatan tersebut adalah pakatan pembangkang sebaliknya ia adalah tindakan sesiapa sahaja yang faham tentang kuasa dan tahu bagaimana mendapatkan kuasa serta menggunakan kuasa itu bagi tujuan tertentu.
Sepatutnya Demang huraikan lebih panjang namun dalam masa yang terbatas Demang ingin mengajak anda merenung kata-kata bahawa 'minoriti boleh mengalahkan majoriti dalam demokrasi. Bagaimana?
Foto tindakan membakar bendera:
bakar2 jpg shahnon.com
2 comments:
senang citer kita jangan nak sempitkan konsep demokrasi untuk kepentingan diri..sebetulnya hayati lah sebetulnya apa yg dikata kan sebagai demokrasi...contoh awk tu mmg betul² berlaku dalam arena politik di msia kita ni...
salam man.
Analogi yang menarik. cuma aku tertarik bagaimana minoriti boleh menguasai majoriti. Itu formula mudah apabila majoriti berpecah dua, minoriti pulak bersatu menjadi satu dan mengenepikan perbezaan politik tetapi mengutamakan maruah bangsa.
Situasi minoriti menguasai majoriti sedang berlaku di Malaysia dan sedang giat dijalankan dengan disokong oleh orang Melayu atas nama demokrasi.
Post a Comment