Baru siang tadi Demang menulis tentang kemungkinan UMNO menerima kembali Anwar Ibrahim, rupa-rupanya Tun Mahathir telah menulis sesuatu yang penting berkenaan Anwar dalam
blognya semalam.
Di sini Demang tampal perkara ketiga tulisan Tun berkenaan tindakan bahaya Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan dulu. Maklumlah, pelajar sastera nak jadi ‘pakar ekonomi’, agak kelam kabut juga. Alhamdulillah, tindakan pantas Tun berjaya mengelakkan kejadian buruk menimpa negara.
Biasalah, apabila sesuatu perkara buruk tidak berlaku, memang tiada siapa yang akan bertanya siapakah yang telah berjasa mengelakkannya!
Berikut adalah catatan Tun tersebut:
3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.
Maka Demang teringat tuduhan Anwar bahawa pemecatan beliau adalah satu konspirasi atau suatu usaha terancang. Asalnya Anwar mengatakan Tun tidak terlibat. Kita faham, itu adalah strategi beliau yang masih mengharapkan Tun menyebelahinya. Maklumlah, siapa yang tidak tahu betapa Anwar dibawa masuk ke dalam UMNO dengan paluan kompang dan bentangan permaidani merah oleh Tun sendiri. Ketika Najib mendaki satu persatu anak tangga, Anwar dibawa menaiki lif terus ke ke mana-mana bahagian yang dikehendakinya.
Demang sedar, sehebat manapun seseorang itu pasti ada membuat kesilapan. Sejarah negara telah membuktikan bahawa kesilapan terbesar Tun Mahathir ialah kerana melantik Anwar Ibrahim dan pengorbanan terbesar Tun Mahathir ialah kerana sanggup memecat Anwar dengan membayar harga yang amat mahal. Ya, implikasinya beliau sendiri terpaksa meletakkan jawatan.
Yang rugi adalah rakyat.
Sumber dan foto:
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/anwar-sebagai-penasihat-ekonom.html
1 comment:
mcm pak lah bawak masuk menantu hingga akhirnya jadi korban.
anwar jadi duri dalam daging politik negara.
khairy jadi duri dalam daging politik umno.
anwar akan terhapus jika didapati salah dalam kes sodomi.
adakah khairy akan terhapus jika mahu dicaj rasuah?
Pak Pikir
Post a Comment