Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, November 19, 2009

Nik Aziz akan singkir siapa?



Melihat pada kemelut PAS yang semakin parah, Pak Teh cadangkan rombakan besar perlu dilakukan. Jika Haji Hadi masih diperlukan sebagai presiden maka taringnya perlu dikembalikan.

Nik Aziz perlu dibebaskan daripada kutu babi yang melekat pada tubuhnya. Beliau perlu dijauhkan dari puak erdogan yang selama ini memperkudakannya. Status Mursyidur Am perlu diperjelas. Ramai ahli PAS sendiri tidak faham dengannya.

Pagi tadi Pak Teh dapat SMS tentang suatu berita gempar yang akan berlaku sedikit masa lagi. Pak Teh tidak mahu mendahului Nik Aziz dalam penghebahan tersebut. Jadi, kita cerita hal lain dulu kali ini.

Selama ini Pak Teh dengar puak pembangkang kata pemimpin UMNO kaya-kaya. Rupa-rupanya pemimpin PKR kaya raya juga. Lihatlah betapa isteri Azmin Ali boleh memiliki asset sehingga RM8 juta. Anwar usah dikira lagi lah. Ulang-alik dari Malaysia ke Amerika dah jadi macam perjalanan dari Alor Star ke Jitra aja. Kereta dan rumah mewahnya... semua orang dah tahu. Rumah untuk mesyuarat ramai-ramai, lain. Rumah untuk mesyuarat berdua, lain. Rumah khas untuk minum teh dengan pembantu pun ada rupanya.

Dalam pada itu MB Selangor pun apa kurangnya. Setakat saman 50-60 juta boleh saja dibayarnya.

Pemimpin PAS pun tak ketinggalan dengan isu kaya. Tak perlu lihat Husam yang rapat dengan MB tu. Malah ADUN biasa pun boleh bayar pampasan pada janda RM2-3 juta.

Rupa-rupanya profesyen sebagai ahli politik memang mampu menjadikan penjawatnya kaya raya. Patutlah mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Maklumlah, jika gagal bertahanpun, wang pencen tetap ada.

Yang jadi mangsa ialah rakyat. Melongo dan melopong mendengar temberang orang politik menjaja air liur. Yang sana kata dia betul, yang sini pun kata dia betul juga. Akhirnya rakyat jadi meluat.

Orang politik bukan sahaja menghalalkan penipuan malah sanggup menuduh orang lain kafir kerana berlainan pendapat dan fahaman. Ada berapa versi Dua Kalimah Shahadah pada pandangan orang politik?

Politik tidak berakhir di dewan parlimen sahaja. Selepas bersidang wakil rakyat menyambung tugasnya menjaja kebaikan diri. Bagi menunjukkan ’kehebatan’ diri sendiri, maka dicipta dan dihebahkan segala keburukan orang. Maka fatwa baru dikeluarkan bahawa bagi mencari kebaikan maka mengumpat dan memaki orang lain dihalalkan. Orang politik memang tidak boleh mengaku salah!

Lebih malang lagi apabila orang politik turut menggunakan mimbar masjid mempengaruhi orang ramai menyokong fahamannya. Apabila ditegur, dikatanya agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Macamlah kita ni bodoh sangat. Yang kita maksudkan ialah jangan politikkan agama dan jangan agamakan politik!

Bagi Pak Teh, ahli politik yang hanya berpegang pada prinsip menang-kalah adalah manusia ’sengkek-idea’.

Gambar hiasan: Beginikah nasib pembangkang tidak lama lagi?
motogp catalunya crash PhillC flickr.com

2 comments:

Unknown said...

Salam sdr. Demang

Itulah sebabnya saya undur diri. Banyak perkara yang saya sudah rasa, sudah lihat. Tidak mahu nanti kelabu mata, senget pertimbangan, lidah bercabang seribu, kepetahan untuk menipu.

PaKMie said...

Salam bro...

Actikel yg baik yg dihasikan oleh bro diantara yg terbaik.Sdh tentu kpd pembaca yg punyai fikiran terbuka dpt merenung disebalik yg tersurat hasil dri penulisan ini.

Tetapi syg sekali org berfikiran fanatik tdk dpt menerima kebenarannya, itu sdh menjadi perkara biasa.

WAHAI KWN2 SEKALIAN, MASIHKAH KITA SANGGUP DIPERBODOHKAN LAGI? PEMIMPIN MANA2 PARTI SDH KAYA RAYA RAKYAT YG SUSAH TETAP SUSAH YANG SEDIHNYA YG SUSAH NILAH YG SELALUNYA DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN MEREKA.KITA MENYOKONG MANA2 PARTI TDK MENGAPA ASALKAN BOLEH MEMBERI KEUNTUNGAN JUGA KPD KITA, ANAK2 CUCU DAN MASA DEPAN NEGARA KITA SDRI. JGN SAMPAI KITA DIANGGAP SPT LEMBU2, BILA SAMPAI MASA UTK KERJA2 MEMBAJAK DIGUNAKAN LEMBU2 ITU SELEPAS MUSIM MEMBAJAK SAWAH LEMBU2 ITU BIARKAN BAGI MENUNGGU MUSIM PEMBAJAKAN SETERUSNYA ATAU PUN MENUNGGU MASA UTK DIKORBANKAN.

PAS DITUBUHKAN SEMATA2 UTK MEMPERKAYAKAN PEMIMPIN2 MEREKA.

Slm perjuangan utk semua!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)