Tengahari tadi Astro saluran 615 menyiarkan sebuah filem animasi berjudul Monster Inc. Demang hampir hafal jalan ceritanya sebab putera Demang memutar filem itu 5-6 kali sehari setiap hari, suatu ketika dulu.
Filem tersebut mengisahkan sebuah syarikat yang membekalkan tenaga elektrik di dalam dunia monster. Fungsinya barangkali sama dengan TNB namun Demang tak pasti samada bertaraf GLC atau bukan.
Bezanya tenaga tersebut bukan dijana menggunakan petroleum, dinamo, hidro mahupun solar. Sebaliknya dihasilkan melalui jeritan kanak-kanak!
Tugas monster ialah masuk ke dalam bilik kanak-kanak melalui pintu khas yang bersambung dengan almari. Mereka akan melakukan atau melakonkan aksi ngeri supaya kanak-kanak malang berkenaan menjerit ketakutan. Lebih kuat jeritan, lebih banyaklah tenaga dikumpulkan.
Secara tidak langsung ia memberi jawapan pada soalan kenapa monster keluar daripada almari bilik sebagaimana kepercayaan kanak-kanak di barat.
Seperti biasa, semuanya berjalan dengan baik sehinggalah berlakunya konflik. Dalam cerita tersebut kekecohan bermula apabila seorang kanak-kanak telah melepasi pintu almari dan menyusup ke dalam Monster Inc.
Selama ini terdapat kepercayaan bahawa tubuh kanak-kanak mengandungi racun dan mampu memudaratkan makhluk monster.
Filem tersebut juga memperlihatkan persaingan antara dua watak yang berebut tokoh pekerja paling produktif. Sebagaimana dalam politik manusia, rupa-rupanya monster juga ada fitnah memfitnah dan hasut menghasut.
Demang tidak akan menyentuh tentang peleraian cerita sebab ia masih mengekalkan 'ending' lazim iaitu watak jahat menerima pembalasan sewajarnya. Sebaliknya Demang amat kagum dengan penyelesaian masalah yang berkonsepkan anjakan paradigma yang dipaparkan penulis skripnya.
Monster Inc akhirnya membuat perubahan drastik dengan memecat pengurus lama. Di bawah pengurusan baru tugas para monster bukan lagi menakut-nakutkan kanak-kanak sebaliknya membuat aksi lucu agar kanak-kanak ketawa mengekek.
Demang yakin dan percaya jika Monster Inc boleh berdamai dengan kanak-kanak tanpa menjejaskan produktiviti mereka (bahkan lebih meningkat), kenapa UMNO dan PAS tidak boleh bersatu?
Jika mana-mana parti tidak bersetuju, kita singkirkan sahaja parti tersebut supaya tinggal satu parti Melayu sahaja.
foto:
MonstersIncC jpg cyber-cinema.com
3 comments:
Bukan semudah itu,pak...!!!Sebenarnya,PAS adalah pecahan dari UMNO dalam tahun 1953 dahulu,atas sebab HALATUJU dalam cara mana UMNO mau ditadbirkan.....:
1)Arah SECULARISMA yang hanya mementingkan MATERIALISTIK saja, ikut ideologi Kominis,sosialis(trend pd masa itu),Nationalisme dsb atau
2)Arah perjuangan ISLAM mengikut Hukum2 Syariah berlandaskan Quran dan Hadith.
Oleh krana perjuangan UMNO terpaksa
mengambil kira komposisi masyarakat
Majmuk(Melayu,Cina,India & pelbagai
bangsa dan ugama),pendekatan yang dianggap bolih diikuti adalah berbentuk Nasionalisme yg diserapkn
unsur unsur keugamaan.Jadi parti2 komponen dalam Perikatan(belum BN) pada 1955,ikut sama unsur perjuangan saperti UMNO..
PAS pula telah mendahulukan ISLAM didalam perjuangan mereka,mengikut
landasan Al-Sunnah Wal Jamaah. Tetapi mungkin ada penyerapan fahaman2 mengikut Mazhab2 lain...
Perjuangan PAS :Islam dulu,bangsa dan negara kemudian.
Maka keluarlah golongan yang tidak
bersetuju dengan bentuk perjuangan
UMNO dan seterusnya membentuk PAS.
Jadi macam mana nak diSATUkan??? sedangkan berlainan aliran PERJUANGAN..???Lagi pun UMNO skrg bukan 100% Melayu dan Islam(99%??)
BERBALIK kpd cerita kartun diatas,
saya rasa apa yang UMNO perlu buat
ialah Bagaimana MENERUSKAN NYAWA POLITIK dengan menukarkan JERITAN kpd GELAK KETAWA..??Dgn cara ISA (Ikut Suka Aku)kpd cara ADPU(Ahli Dahulukan Pencapaian Utamakan)....
Gantikan Jeritan kpd Gelak Ketawa!
ERA POLITIK semasa diMALAYSIA.
-----------------------------------
Agaknya begini INTERPRETASI cerita
Monster Inc,diatas :-
#1)tenaga tersebut bukan dijana menggunakan petroleum, dinamo, hidro mahupun solar. Sebaliknya dihasilkan melalui JERITAN kanak-kanak!--}} Tenaga(KUASA POLITIK), JERITAN kanak2(UNDI AHLI2)
#2)Tugas monster ialah masuk ke dalam bilik kanak-kanak melalui pintu khas yang bersambung dengan almari. Mereka akan melakukan atau melakonkan aksi ngeri supaya kanak-kanak malang berkenaan menjerit ketakutan. Lebih kuat jeritan, lebih banyaklah tenaga dikumpulkan.--}} Monster(UMNO)
#3)terdapat kepercayaan bahawa tubuh kanak-kanak mengandungi racun dan mampu memudaratkan makhluk monster.--}} Ahli tak ada guna kpd UMNO...
#4)Monster Inc akhirnya membuat perubahan drastik dengan memecat pengurus lama. Di bawah pengurusan baru tugas para monster bukan lagi menakut-nakutkan kanak-kanak sebaliknya membuat aksi lucu agar kanak-kanak ketawa mengekek.---}}
...UMNO pecat PEMIMPIN2 LAMA
...Bwh Pemimpin2 Baru,PEMBAHARUAN dibuat dan KUASA POLITIK dapat dikekalkan dengan cara menggantikan
STYLE MOTIVASI ahli2 dari JERITAN
kepada GELAK KETAWA.Apa cara style,
imbuhan,motivasi dsb,PEMIMPIN2 UMNO
kena lah perah otak dan cari jalan
dalam masa yg terdekat ini sebelum
PRU 13 (40 bulan lgi.. 2012/2013!!)
Terima aksih kpd kedua-dua pemberi komen di atas.
Demang setuju dengan saranan Ir.MIM NUSANTARA agar UMNO 'menukarkan jeritan (rintihan/tangisan) rakyat kepada gelak tawa kegembiraan. Barangkali itu yang cuba diterapkan Najib 'rakyat didahulukan'.
Demang juga tertarik dengan Anna Montana yang menginteprasi dengan baik artikal ini, hampir menyamai alir fikiran Demang.
Sebenarnya Demang sekadar melontarkan idea manakala anda lah yang menggarapnya.
Terima kasih.
Post a Comment