Dalam PRU9 kepimpinan BN berada pada tahap populariti yang cukup tinggi. UMNO menjadi parti terbesar dengan sokongan padu orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain kaum.
PAS, DAP, dan lain-lain sekadar menjadi parti pembangkang bagi melengkapkan sistem demokrasi, pengimbang keputusan kerajaan.
Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
1999 menyaksikan awan hitam berlabuh dan guruh berdentum hebat. Pemecatan Anwar Ibrahim seolah menarik simpati sekalian rakyat Malaysia. PAS dan DAP yang termengah-mengah menyedut sisa nafas terakhir tiba-tiba seperti mendapat bekalan oksigen baru. Rakyat keliru dan tidak percaya dengan isu Anwar Ibrahim lalu beralih arah pada pembangkang.
Namun guruh berdentum belum tentu hujan 'kan turun. Keputusan PRU10 tidak memihak pada pembangkang. Apabila dibuat analisis didapati pengundi cina mengundi BN.
Bukan aneh dalam kekotak demokrasi apabila kelompok minoriti menentukan kemenangan.
PRU11 menyaksikan PM baru menguji sokongan. Kesediaan Tun Mahathir mengundur diri berhasil memujuk pengundi Melayu yang sememangnya meletakkan kesalahan pada beliau kerana memecat Anwar. Di samping itu pendekatan Islamik Pak Lah selaku PM baru berjaya menarik sokongan orang Melayu.
Peralihan kuasa berjalan lancar dan apabila diadakan PRU11, PM baru mendapat sokongan lebih hebat.
Namun 'kecemerlangan' Pak Lah tidak bertahan lama. Belum sempat menjamah 'kegemilangan' apatah lagi menjadi 'terbilang', gelombang lebih kuat menghentam beliau.
Bahkan ia bukan setakat gelombang. Ia adalah tsunami.
PRU12 mengejutkan semua pihak, khususnya orang Melayu. Menariknya, menantu PM dikatakan menjadi punca kemarahan rakyat.
Lebih menarik lagi analisis keputusan menunjukkan bahawa kemerosotan mendadak undi BN berpunca dari peralihan sokongan pengundi bukan Melayu. MCA kalah teruk di hampir semua kawasan manakala Gerakan tersungkur kaku di Pulau Pinang.
Yang menyelamatkan BN kali ini ialah undi Melayu! Terengganu yang pernah dikuasai PAS bertukar menjadi penyelamat.
Kini negara sedang menuju PRU yang ke-13. Meskipun bayangan tarikh belum lagi kelihatan namun petunjuk semasa memperlihatkan penyatuan kaum cina semakin mantap dalam menentukan keputusan. Beberapa PRK jelas menunjukkan pengundi cina bersatu hati mengundi pembangkang.
Ternyata perkembangan politik demikian menggusarkan hati para pemimpin Melayu. Beberapa gerakan mula muncul dan kadangkala agak agresif. Para pemimpin pembangkang pula mendakwa ia sekadar kebimbangan yang tidak berasas.
Di pihak kaum cina seakan tenang dan aman. Satu persatu permintaan mereka dipenuhi kerajaan. Ketika orang Melayu sibuk berkelahi, mereka semakin kejap menyimpul ikatan sesama mereka.
Bersambung.
3 comments:
benar kata tuan. sebenarnya kalau kita lihat dan berfikir, memang kita boleh lihat orang cina cuba menguasai malaysia secara halus.
sebenarnya tidak susah untuk menguasai negara. perkara pertama adalah melalui ekonomi. dan kedua adalah politik.
orang cina sudah lama memegang ekonomi. dan sekarang mereka sudah mula memasuki fasa kedua iaitu politik.
orang melayu hanya mampu memegang politik dan bukan ekonomi. kalau orang melayupun kehilangan politik, maka hancur leburlah orang melayu ini.
Apabila kita menyebut mengenai kaum Melayu ianya bukan sahaja kepada orang melayu UMNO malah juga orang Melayu PAS, PKR dan juga DAP. Dah jelas DAP tak terima orang Melayu dari apa jua parti. Yang mereka kehendaki adalah undi sahaja. Lepas tu akan jadi macam orang melayu Pulau Pinang. jadi ingat-ingatlah orang Melayu semua.
Lagi cepat UMNO dan PAS bersatu, lagi elok.
Jangan terus jadi barua komunis la PAS.
Post a Comment