Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, January 9, 2012

Kesan penyingkiran Hasan Ali

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Pas kena akui yang Hasan Ali bukan keseorangan. Hasan Ali sudah membina nama dan populariti lama sebelum beliau menyertai gerakan Anwar.

Malah lebih lama sebelum beliau menyertai Pas.

Nampaknya PAS yang sudah sedia teruk akan semakin merosot dengan kemelut terbaru ini.

Berikut adalah biodata beliau yang Demang kutip daripada web DUN yang beliau wakili.

YB Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947.

Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.

YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah:

1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor

3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM

5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah

6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.

8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.

Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat di DUN Gombak Setia, Selangor.

YB Dato’ Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya pernah terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara.

Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif bagi menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia.

Antara program itu termasuk pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya.

Program-program ini biasanya dikendalikan secara in-house di tempat pilihan agensi berkenaan.

posted from Bloggeroid

3 comments:

Anonymous said...

TANDA-TANDA PAS AKAN BUNGKOS & AKAN KALAH AKIBAT TANGAN-TANGAN MUNAFIK..TANGAN DAJAL PKR& DAP YANG TELAH MERANTAI TOK GURU HJ HADI...BYE BYE PAS...

abu said...

INILAH LAKNAT ALLAH YANG TELAH MENIMPA PAS. CUMA MEREKA TELAH MENJADI BUTA MATA DAN HATI, MAKA PAS TIDAK DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR.

sasuke said...

org atas pagar memang pas telah lari dari prjuangan dan pemecatan ye membawa kerugian.. itulah hebatnya pas boleh memecat sesiapa pn. jika mereka lari dari prjuangan.. gbungan dgn pkr dan dap juga sebenar ya membawa kekuatan pas dan kita boleh lihat org cina smkin terbuka dengan agama islam. itulah dia nama ye tahlul siasi... blajarlah kalu nk tau pe bnda tu...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)