Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, October 28, 2014

Harapan terakhir samad said pada anwar ibrahim

Pagi ini di Istana Kehakiman sekumpulan rakyat Malaysia sedang berlonggok menanti keputusan akhir rayuan Anwar Ibrahim.

Turut sama dalam kelompok yang begitu jauh mengecut berbanding sebelum ini ialah A. Samad Said Sasterawan kita.

Meskipun Demang sering menyindir Pak Samad yang sering kelihatan diperbodohkan para penggubal agenda sulit namun sesekali timbul juga rasa simpati.

Pak Samad hampir keseorangan kini. Aset sebagai Sasterawan Negara tidak begitu membantu sementelah bukan ramai orang kita yang berminat membaca karya sastera. Kalau Pak Samad aktor filem, barangkali beliau akan lebih dihargai.

Persoalan Demang kini ialah siapa selepas Anwar? Adakah negara akan kembali menjadi sapi yang diperah susunya tanpa banyak bantahan?

Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Isu perumahan nampaknya terselit dihimpit isu bahanapi kenderaan yang lebih diperhatikan padahal rumah adalah keperluan asas yang lebih penting.

Sekarang kita di tahun 2014 dan rakyat bukan sekadar perlu mempunyai rumah bahkan setiap keluarga perlu tempat tinggal yang lebih selesa. Setakat ini hanya kaum cina yang memiliki rumah sedemikian. Adakah orang Melayu, bumiputera, dan India itu rakyat kelas kedua?

Demang lihat Pak Samad berjuang untuk Anwar dan beliau mungkin berharap Anwar menjadi hero rakyat. Sayangnya Demang tidak nampak Anwar benar-benar berjuang untuk rakyat.


Sumber berita & foto:
Berita Harian Online

1 comment:

Anonymous said...

rakyat permatang pauh rakyat pulau pinang rakyat seremban tahu sebenarnya siapa anwar...berjuang untuk rakyat???? Tanya mereka apa nasib mereka..di halau dari tempat tinggal di halau dari tapak perniagaan di halau untuk berniaga di bulan Ramadan...apa anwar buat..biarkan mereka sebab anwar dan keluarga tidak pandang siapa rakyat..cuma semasa susah seperti sekarang memerlukan rakyat..semoga anwar hancur hidup mu kerana kamu menghancur kehidupan rakyat...itu lah doa ku..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)