Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, February 11, 2009

Konsep syukur

"Erk.... alhamdulillah."

Apabila kita sendawa kita diajar untuk mengucapkan 'alhamdulillah'. Kenapa? Adakah kerana kita gembira dapat bersendawa? Mungkin juga. Namun yang tersirat ialah kita bersyukur kerana kita terlepas daripada kelaparan. Sendawa adalah satu isyarat bahawa kita sudah kenyang.

Selain itu sendawa juga boleh terjadi ketika perut lapar. Maka kita juga mengucapkan syukur. Kenapa? Hal ini kerana apabila perut kosong maka angin yang tidak dikehendaki akan mengambil tempat dalam perut kita. Sendawa adalah proses mengeluarkan angin tersebut. Dengan itu kita dapat menangguhkan sakit perut. Maka wajarlah kita mengucapkan syukur. Selepas itu kalau boleh cepat-cepatlah isi perut dengan makanan sebelum sang angin tadi merampas kuasa. Jika masih sakit, gunakan minyak Morhabshi yang keluarga Demang keluarkan.

Salah satu konsep syukur ialah kita menyedari bahawa jika tidak begini entah apa pula yang akan terjadi. Dengan kata lain 'syukur' ialah rasa insaf betapa kita dapat menghindari sesuatu yang tidak kita kehendaki.

Dalam konsep bermasyarakat, konsep syukur bukan sahaja perlu difahami malah perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Hal ini kerana kita perlu berkongsi sumber yang sememangnya terhad berbanding nafsu manusia yang bersifat infiniti. Demikianlah realiti ekonomi yang sukar dinafikan. Malah itulah juga sebabnya Allah menyediakan hukum dan peraturan hidup untuk manusia. Tanpa hukum dan peraturan manusia akan musnah akibat cuba memenuhi keinginan mereka yang tidak terbatas itu. Bak kata orang tua-tua, "mati semut kerana gula."

Keterbalikan daripada sifat syukur sudah tentulah 'sikap tidak mahu bersyukur'. Salah satu cirinya ialah sering tidak berpuas hati. Jikapun kita memberinya makanan setiap hari, nanti di suatu masa dia akan mencemik dan mendakwa makanan itu menjemukan.

Sebagaimana yang dinyatakan tadi betapa sumber adalah terbatas dan perlu dikongsi. Malangnya manusia lebih cenderung untuk bersaing berbanding cuba berkongsi. Hal ini kerana rasa bimbang terhadap sumber yang dilihat begitu terhad. Manusia khuatir perkongsian akan menghakis bahagian yang diperuntukkan untuk dirinya.

Konsep syukur tidak muncul sendiri sebaliknya perlu disemai dan dibaja sejak kecil.

Oh ya, sebelum terlupa Demang nak ingatkan bahawa lawan bagi 'syukur' ialah 'tak mengenang budi', manakala contoh bagi istilah itu ialah Karpal Sigh.

(Demang rasa lucu bila dengar Pekida pun buat laporan polis. Heh... sejak bila Pekida main report-report ni?)

Monday, February 9, 2009

Fantasy island

Bunyi pesawat terbang ringan memecah ketenangan sebuah pulau kecil. Seorang lelaki kerdil berwajah keanak-anakan berlari memanjat sebuah menara yang terdapat di pantai. Sebaik tiba di kemuncak beliau menggoyangkan loceng besar yang terdapat di situ.

"The plane... the plane..." teriaknya dengan ceria.

Suasana di bawah menjadi sedikit kelam kabut. Beberapa orang lelaki dan wanita berpakaian tradisional berlari ke pengkalan lantas membentuk dua barisan. Sebentar kemudian pesawat ringan itu mendarat di permukaan laut. Beberapa pengunjung yang keluar dari perut pesawat tersebut disambut meriah dengan kalungan bunga dan persembahan tarian tradisional.

Seorang lelaki tinggi berkot dan bertali leher berdiri di depan tetamunya, tersenyum sambil mengangkat segelas minuman sebagai tanda selamat. Kemudian beliau bersuara:
:
"Welcome to the fantasy island."

Demikianlah gambaran yang ditunjukkan dalam sebuah siri TV kegemaran saya saban minggu semasa zaman kanak-kanak dulu. Sebagaimana ucapan lelaki Inggeris itu tadi, tajuk cerita bersiri tersebut ialah 'Fantasy Island."

Walaupun nama watak-wataknya saya sudah lupa namun perwatakan dua watak utamanya masih saya ingat. Watak utamanya merupakan seorang lelaki tinggi yang agak berusia manakala watak pembantunya ialah seorang lelaki kerdil berwajah keanak-anakan. Siapa pelakonnyapun saya sudah lupa.

Fantasy Island, sebagaimana namanya merupakan sebuah pulau yang membawa konsep merealisasikan impian para pengunjung. Setiap pengunjung tidak sekadar datang melancong sebaliknya membawa bersama impian masing-masing. Tugas dan tanggungjawab lelaki Inggeris itu dan pembantunya ialah menjadikan impian para pengunjung satu kenyataan!

Setiap manusia memang sentiasa menyimpan impian. Masing-masing ada impian peribadi walaupun tidak ramai yang mengakuinya. Kebanyakannya berselindung di sebalik impian orang lain seperti keluarga, kelompok masyarakat, kaum dan tidak ketinggalan agama.

Bagi mencapai impian tersebut maka manusia mula merancang strategi masing-masing. Berdasarkan pengalaman lalu, manusia sedar bahawa kekuatan individu sukar menentang kekuatan sebuah kumpulan. Maka masing-masing mula membentuk kelompok: yakni kelompok yang mempunyai impian yang serupa.

Berbalik pada siri Fantasy Island tadi, adakah lelaki Inggeris itu sekadar merealisasikan impian para pengunjungnya? Sudah tentu bukan, bahkan beliau sebenarnya sedang merealisasikan impian peribadinya.

Itu hanya sebuah cerita namun apa kurangnya politik negara? Tidakkah sesebuah cerita itu tidak lebih sebuah adaptasi daripada kehidupan sebenar manusia? Lihat sahaja di negara kita. Di sini terdapat ramai pemegang watak seperti lelaki Inggeris dalam siri Fantasy Island tadi. Masing-masing bekerjasama bagi merealisasikan impian peribadi. Jika setakat itu, masih tidak mengapa. Masalahnya ialah apabila mereka turut memujuk orang ramai untuk menyokong impian mereka. Kononnya itulah impian bersama.

Modus operandi mereka ialah memberitahu orang ramai bahawa inilah impian kita bersama. Adakalanya rakyat tidak peduli tentang itu semua dan sudah berpuas hati dengan pencapaian masing-masing. Namun pemimpin yang belum mencapai impian peribadi mereka mula menghasut dan mencungkil pelbagai isu sehingga orang ramai percaya bahawa itu juga adalah masalah mereka.

Jika anda adalah mereka itu maka jujurlah pada diri sendiri dan bertanya: apakah impian sebenar aku? Adakah ini impian aku atau impian dia? Apakah kesan pada diriku serta keluargaku dalam usaha merealisasikan impian dia? Berbaloikah ini semua pada negara?

Mengimbas kembali peristiwa 1998 apabila mantan TPM ketika itu dikeluarkan daripada jawatannya, beliau telah membantah dan menganggap tindakan tersebut tidak adil. Namun beliau sedar bahawa dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi maka sokongan rakyat yang menjadi pengundi amat diperlukan. Maka beliau mula mencanangkan satu demi satu isu dan dilagangkan pada rakyat. Isu-isu pupular seperti rasuah dengan cepat mendapat respon daripada rakyat. Memang, menyebut soal rasuah, kaki rasuahpun tumpang meluat. Sipemberi rasuah meluat pada yang menerima rasuah dan begitulah sebaliknya. Dalam pada itu kedua-duanya saling memberi dan menerima dalam kebencian!

Kejayaan Anwar ketika itu ialah meletakkan pernyataan bahawa: “Ini adalah masalah anda maka anda perlu memperjuangkannya.”

Dengan itu beliau berjaya membawa rakyat melupakan isu sebenar yang sedang berlaku.

Wallahu’alam.

Saturday, February 7, 2009

Warkah untuk semua blogger: Masa untuk berdamai

Saban hari kita melihat umat Islam dikerkah di sana sini. Kempen-kempen yang menghina Islam dan ummatnya bertaburan melalui semua saluran media. Para pendakyah berkeliaran dengan pelbagai modus operandi bagi memujuk dan membeli hati anak-anak orang Islam. Para pemimpin serata dunia berkomplot dan akhirnya bersepakat menghalakan busur mereka terhadap satu demi satu pergerakan Islam. Kes-kes seperti serangan, keganasan, pengeboman, program nuklear walaupun sebagai sumber tenaga), dan sebagainya menjadi modal bagi mengecam dan membangkitkan kebencian terhadap ummat Islam. Padahal jika perkara itu dilakukan oleh orang lain ia akan dlayan dengan cara berbeza.

Maka seluruh saluran media digembeleng bagi memfokuskan betapa Islam itu racun yang merosakkan dan perlu dimusnahkan. Ummat Islam adalah makhluk yang perlu dicurigai dan wajar dihindari. Demikian buruknya persepsi dunia terhadap Islam.

Sepatutnya, segala macam musibah dan cabaran yang menimpa ummat Islam itu menjadi alasan kukuh untuk ummat Islam bersatu. Namun itu bukan sahaja tidak dijelmakan malah ummat Islam dilihat semakin bertelagah dan bersengketa sesama sendiri. Pelbagai alasan digunakan untuk saling memusuhi sesama Islam. Tidak cukup dengan berdengki khianat dalam ekonomi, perbezaan politik dijadikan alasan untuk berpecah-belah. Malah perbezaan dalam beribadat kepada Allah juga dipertengkarkan sedangkan tiada siapapun yang tahu adakah amalannya itu diterima Allah?

Bagi yang berilmu, ramai yang angkuh dengan kehebatan ilmu sendiri dan enggan menerima sebarang perbezaan pendapat. Masing-masing berkeyakinan bahawa diri sendirilah yang paling benar. Namun dalam pada itupun tidak pula malu dan segan mengumpul pengikut dan penyokong. Akhirnya masing-masing mendapat sekumpulan pengikut yang tidak mampu menjana fikiran sendiri. Mereka sekadar menjadi pak turut secara membabi buta. Mereka mempertaruhkan keintelektualan, fizikal, emosi, malah rohani mereka untuk menyokong fahaman pemimpin masing-masing.

Rupa-rupanya segala penindasan, kecaman, malah penghinaan yang dikenakan ke atas ummat Islam tidak menjadikan ummat Islam serik dan bersatu.

Ironinya, kendatipun pernyataan di atas tadi diketahui dan disedari sungguh-sungguh oleh kita semua namun apakah tindakan positif yang telah kita ambil? Adakah cukup dengan hanya berfikir secara positif bagi mententeramkan hati sendiri? Atau kita telah membuat keputusan bahawa inilah takdir yang perlu kita hadapi? Lebih menyedihkan ialah apabila ummat Islam di negara ini turut mengambil bahagian dalam pertelingkahan dan perseteruan sesama sendiri.

Siapa? Siapa lagi jika bukan kita sendiri. Kitalah manusia hipokrit yang berkokok ke segenap ceruk blog dan web meneriakkan kebenaran. Padahal kitalah yang mencalitkan najis di sana sini. Kita menyangka yang kita sedang menyatukan padahal kitalah antara penyumbang utama pada bibit perpecahan. Malah kita juga yang menyemarakkan api kemarahan.

Kebenaran. Semua orang memperjuangkan kebenaran padahal kita sebenarnya hanya memberitahu sesuatu yang kita nampak dari tempat kita berdiri. Itulah makna ' pendirian' yang kata dasarnya ialah 'diri'. Kemudiannya dikembangkan menjadi 'berdiri', akhirnya menjadi 'pendirian'. Dan kitapun dengan angkuh mencanangkan pendirian itu dan berbangga mengaku bahawa 'inilah pendirian aku.'

Bagi saya, Inilah masanya untuk kita berdamai dan bersatu. Jika sebelum ini penyatuan ini masih gagal, saya percaya kita sudah tidak punya alasan untuk membiarkan ia gagal sekali lagi. Untuk penyatuan kali ini masing-masing tidak perlu menunggu persetujuan dan kebenaran sesiapa. Masing-masing dibekalkan Allah intelektual, fizikal, emosi, dan rohani sendiri-sendiri. Sekarang masing-masing berada dalam bulatan Islam. Pusat penyatuan kini berada di tengah-tengah. Apa yang perlu dibuat ialah melangkah dan bergerak ke pusat penyatuan yang terletak di tengah-tengah itu. Tiada sesiapa lagi yang perlu menungggu atau ditunggu. Tiada sesiapa lagi yang perlu menyuruh dan disuruh. Saya sedang melakukannya sekarang. Saya tidak akan menununggu sesiapa apatah lagi meminta kebenaran sesiapa kerana saya yakin semua orang mempunyai hasrat yang sama seperti saya.

Saya juga tidak mengharapkan yang saya akan berjaya kerana kejayaan itu di luar kemampuan dan pengetahuan saya. Setakat ini saya hanya mampu melakukannya.


Wallahu 'alam.

Friday, February 6, 2009

sibangsat yang khianat

Si bangsat Karpal dengan biadapnya membuat kenyataan untuk menyaman sultan Perak. Siapa sultan bagi negara ini? Sultan adalah pemilik negeri Melayu. Siapa Karpal? Karpal adalah si bangsat yang tiada sejengkal tanahpun di negara ini suatu masa dulu. Kemudian diberi peluang untuk menumpang dan akhirnya menetap dan mampu membeli tanah serta buat harta di sini.

Hari ini si bangsat tak mengenang budi itu nak saman sultan kita!!!!

Kenapa DAP marah sangat?

Lihat fakta berikut:

UMNO 27 kerusi
MCA 1 kerusi

DAP 17 kerusi
PKR bukan Islam 4

PKR Muslim = 1 kerusi
PAS 6 kerusi

Jumlah 58

Dalam kerajaan Nizar, siapa yang berkuasa?

Dalam kerajaan Zamry, siapa pula yang berkuasa?

Nizar sememangnya boneka DAP

dalam PRU12, UMNO dapat 27 kerusi berbanding PAS 6 dan PKR Melayu 3. Ertinya orang Melayu masih pilih UMNO.

DAP dapat 18 daripada siapa?

Siapa lantik Nizar jadi MB? Rakyat juga kah? Bila pilihanraya MB Perak dibuat?

Iklan Coke di Eropah

Tahniah YB Zamry selaku MB baru Perak. Dalam pada itu kita jangan lupa kempen berterusan kita sebelum ini...



Demang dapat gambar ini melalui email daripada seorang sahabat. Demang harap ini bukan gambar sebenar.

Sementara itu Tun DrM dalam satu artikel menyebut bahawa pemulauan terhadap Coke tidak menjejaskan periuk nasi pengusaha dan pekerja kilang di Malaysia. Hal ini kerana apabila permintaan terhadap Coke berkurangan maka pengusaha tersebut akan mengurangkan pengeluaran Coke dan memberi tumpuan pada air minuman yang lain pula.

Thursday, February 5, 2009

Langkah Pendekar




Berikut adalah sebahagian catatan yang Demang kutip dari Wikipedia bahasa Melayu di http://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Abdul_Razak

YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir pada 23 Julai, 1953) merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 7 Januari 2004, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang.

Pendidikan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun.

Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
• 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
• 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
• 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
• 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
• 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
• 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
• 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Demikianlah langkah seorang pendekar yang membuatkan Anwar tidak dapat tidur sejak akhir-akhir ini. Berbekalkan pengalaman yang begitu hebat dalam politik tanahair, bukan calang-calang orang mampu menghadapinya. Strateginya begitu halus dan mengelirukan. Beliau membiarkan lawannya berpencak hingga terleka dengan kemenangan sementara. Tatkala lawannya sedang terlalai kerana menyangka yang mereka sedang menjuarai pertandingan beliau memberikan pukulan maut yang meranapkan semua impian lawan.

Bak kata blogger ahli BPN http://merevolusikandiri.blogspot.com/ , dan http://pilihan-anda.blogspot.com/ hilang dua kerusi (parlimen), dapat sebuah negeri.
Anwar memang wajar merasa gerun dengan Najib. Maka tak hairanlah pelbagai muslihat digunakan bagi menyekat kemaraan Najib. Modal terakhir Anwar ialah berusaha mempertahankan kedudukan Paklah agar Najib tidak dapat menjadi PM.

Semaklah rekod politik Najib: Pernahkah beliau bertanding bagi mendapatkan kerusi yang masih diduduki oleh seseorang? Sejak dulu lagi beliau konsisten dalam perjuangan iaitu sekadar memenuhi kekosongan yang ditinggalkan.

Bagaimana dengan Anwar? Beliau juga konsisten yankni sentiasa mengidam tempat orang.

Selama ini rakyat tidak boleh membandingkan kerajaan mana yang lebih baik bagi memerintah Malaysia. Justeru apabila ada seseorang berjanji untuk memberikan yang lebih baik maka rakyatpun memberi peluang. Lagipun, itulah slogan pembangkang iaitu "bagilah peluang".

Kini, rakyat sudah boleh membuat perbandingan antara ilusi dan realiti.

Dalam pada itu beberapa negeri lagi yang masih dikuasai pembangkang juga sedang bergolak. Di Kedah, sekurang-kurangnya empat YB akan berpindah. Kalau Kedah yang agak aman itupun boleh jadi begitu, Demang tak tahulah bagaimana keadaan di Selangor yang... ehm...ehm... tu...

Kejap, Demang nak 'check' SMS yang baru tiba...

Wallahu'alam.

Monday, February 2, 2009

Siapa yang berstrategi?

Walaupun khabar angin tidak boleh dipercayai namun amat sukar memujuk hati agar usah percaya! Manakan tidak, banyak peristiwa telah terungkai bermula dengan hanya sebuah khabar angin.

Desas desus yang sedang bertiup kencang sekarang ialah sekumpulan ADUN di Perak sedang bersedia untuk mengadap baginda sultan bagi mempersembahkan ‘sembah derhaka’ terhadap Nizar.

Demang percaya tak seorangpun akan terkejut apabila ADUN BN yang seramai 29-1 orang mengemukakan ‘sembah derhaka’ tersebut. Namun apabila gerombolan tersebut turut meliputi ADUN DAP yang sepatutnya berterima kasih pada Nizar yang menghadiahkan pada mereka tanah selama 999 tahun, Demang percaya ramai yang tidak mahu percaya.

Syy... dengar sini baik-baik..
.
Apakah tujuan penubuhan DAP? Demang rasa ramai yang dah tahu dan tak perlulah Demang menceritakan lagi perkara yang semua orang sudah tahu itu.

Syy... dengar sini baik-baik...

Kenapa DAP seolah bersama PAS? Sejak bila DAP bersetuju dengan perjuangan PAS? Jika DAP sudah bersetuju dengan perjuangan PAS, apa perlunya DAP masih beroperasi? Sebagaimana kata para pembangkang: kalau ancaman komunis sudah tiada, apa perlunya ISA?

Dalam perjuangan mereka, DAP sudah faham sangat yang orang bukan Melayu tidak boleh menjadi MB melalui saluran biasa. Namun undang-undang tersebut bukan pemusnah impian dan harapan DAP. Peluang yang diperolehi daripada PRU-12 dimanipulasi sebaik mungkin. Adakah keputusan PRU-12 itu suatu kebetulan? Adakah satu kebetulan majoriti orang bukan Melayu beralih kepada pembangkang? Bukankah PAS dan sebahagian PKR itu juga orang Melayu? Apa yang mereka perlukan daripada Melayu PAS dan Melayu PKR?

Syy... dengar sini baik-baik strategi mereka seterusnya:

Semua manusia mahukan kebaikan dan penambahbaikan. Dalah hukum ekonomi kapitalis (pasaran bebas), pasaran ditentukan oleh penawaran dan permintaan.. Peraturan tidak ada! Yang ada hanyalah keperluan dan keinginan. Dalam pasaran bebas firma-firma berusaha menawarkan produk & perkhidmatan terbaik.

Adakah sistem itu sistem yang terbaik? Demang jawab, YA! Jika tidak masakan ia mampu menewaskan sistem-sistem lain bikinan manusia termasuk sosialis yang begitu menarik hati rakyat (kaum buruh)?

Mahu tidak mahu, akuilah bahawa pasaran bebaslah sistem terbaik buat masa ini. (akan datang soal lain).

Tahukah anda kenapa ada kereta yang baik tetapi ada sedikit kelemahan dan ada pula kereta yang lebih mahal dengan keselesaan yang lebih baik. Anehnya kedua-dua kereta itu dikeluarkan oleh pengeluar yang sama!

Jawabnya mudah: untuk menonjolkan perbezaan dan untuk merangsang pembeli agar mengeluarkan sedikit lagi peruntukan bagi membeli kereta yang lebih mahal. Jika tidak mampu, berangan-angan sajalah sendirian. Apapun, memiliki kereta hebat itu memang menjadi idaman semua orang.

Maka ditawarkanlah Nizar dengan seeba serbi kelemahan. Maka orang ramai pun berkata: itulah MB Melayu... itulah pemimpin Melayu... itulah Melayu....

Ramailah yang masih menyanyikan: “biarkan... biarkan...”

Penyingkiran Nizar merupakan kemenangan peribadi DAP bagi membuktikan orang melayu tidak sesuai jadi pemimpin.

Saya yakin, selepas ini mereka akan lancarkan muslihat untuk gulingkan MB yang baru pulak.

Cuma mereka lupa, mereka sekadar merancang tetapi Allah maha perancang. Mereka lihat keputusan SPM, STPM dan universiti banyak dijuarai oleh bukan melayu lantas mereka terleka dan lupa betapa intelektual/ulama' melayu di seluruh pelusuk negara. Adakah mereka itu akan diam sahaja?

Mereka lupa walaupun golongan ulama' tidak berada di barisan hadapan ketika perjuangan kemerdekaan, namun tarikh kemerdekaan telah dirujuk kepada ulama' oleh Tunku Abdul Rahman.

Takkanlah tarikh sahaja yang dirujuk..! Demang percaya, banyak perkara lagi yang pemimpin Melayu saling merujuk kepada ulama’. Cuma kita tak hebohkan...

Lihat... permainan siapa yang akan menang nanti..

Wallahu’alam.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)