Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, May 21, 2009

Ancaman sebenar




Apakah yang menjadi ancaman sebenar kita? Adakah kerana mempunyai PM yang ditohmah membunuh? Atau kerana adanya pemimpin pembangkang yang sedang menghadapi tuduhan salah laku seks?

Mungkinkah ancaman kita ialah kaum Melayu yang dituduh rasis? Atau kaum Cina yang disyaki menjadi api di dalam sekam? Atau ancaman daripada kaum India yang asyik memberontak kerana tidak berpuas hati?

Bagi Demang, bukan itu yang mengancam negara kita sekarang. Ancaman terbesar rakyat Malaysia ialah tidak bersatu padu.. Lebih tepat lagi, orang Melayu. Tak usahkan berpadu, bersatu pun belum.

Bilakah kita nak bersatu? Adakah kita nak tunggu sehingga musuh berada di depan mata baru nak bersatu?

Kalau dah di peringkat itu, jangan haraplah boleh bersatu. Kalau tak dimulakan dari sekarang, tak dilatih dari awal, apabila berdepan dengan musuh sebenar sudah tentulah masing-masing akan menjaga urat leher masing-masing cuma.

Foto: PRIMAVERA® flickr.com

3 comments:

Redz da Tsar said...

Salam Demang...
Betul... Masalah kite memang perpaduan... Tunku Abdul Rahman pon ingat die seorang PM yang sehabis gembira di dunia ini kalau die berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia (Ulasan beliau ketika tentang peristiwa 16 Mei)....

Sedih...
Payah nak disedari apakah faktor yang menyebabkan kita payah berpadu... Isu bahasa? Memang mampu menyatupadukan, tetapi setakat mana?

Jangan kita jadi macam Palestin. bila puak Hamas dan Fatah bermusuh, ranap Palestin...

Perpaduan bukan setakat penting antara bangsa, tetapi sesama bangsa... Bangsa kita pon nampak macam berpecah... Duk kutuk sana sini... Duk fitnah sana sini... Ideologi berbeza seperti tidak boleh dan dihukum haram...

Entah bila boleh bersatu...

POSITIF... Masanya akan tiba... Bila? Itu kita tak tahu...

Al Juburi said...

Ini semua angkara dari fahaman yang asaskan oleh Sheikh Sivaji Anu War Berahi al Juburi. Berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) pembawa virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1)

zul rahman said...

salam,

melihat demang lebar daun sedang berbicara tentang 'urat leher',

salam berkata-kata wahai demang lebar daun,

salam hormat

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)