Baru-baru ini Demang berkesempatan berada dalam satu majlis dengan Dato Hj Sahlan Ismail, Setausaha Politik DS Najib. Maka beliaupun membawa sebuah cerita yang amat menarik untuk dikongsi bersama.
Berikut Demang sampaikan semula cerita tersebut mengikut cara Demang.
Kononnya di sebuah kampung tinggal dua orang lelaki. Jangan salah faham, Demang tidak bermaksud mereka tinggal berdua ataupun hanya mereka berdua sahaja di kampung itu. Kalau dah kampung, tentulah ramai penduduknya.
Nama lelaki-lelaki itu ialah Mid dan Mud. Hanya itu yang diberitahu kepada Demang. Nama penuh mereka Demang tidak tahu. Walaupun tinggal sekampung, antara mereka juga tidak terlepas daripada berkrisis.
Entah apa sebabnya, si Mud suka menabur fitnah terhadap Mid. Pelbagai cerita buruk mengenai Mid dijaja oleh Mud ke seluruh kampung. Malah cerita yang entah betul entahkan tidak itu turut tersebar ke kampung-kampung berdekatan. Entah siapa yang membawanya.
Hendak dijadikan cerita maka pada suatu hari Mid telah sakit tenat. Hari demi hari sakit Mud semakin teruk dan kelihatan tiada harapan lagi untuk sembuh. Sebagai blogger sensasi di kampung itu sudah tentulah Mud juga mengetahui berita tersebut.
Pada suatu hari, terbukalah hati Mud untuk menziarahi Mid. Melihat keadaan Mid yang begitu menyedihkan maka timbullah penyesalan di hati Mud atas kesalahannya memfitnah Mid selama ini.
Maka Mud pun cuba meminta maaf kepada Mid. Maklumlah, dosa sesama manusia perlu dimaafkan oleh orang itu sendiri.
Mid merenung Mud dengan wajah sayu sambil berkata. "Aku boleh maafkan hang tapi ada syaratnya. Hang carikan aku seguni kekabu. Bawa kemari."
Maka bergegaslah Mud mendapatkan seguni kekabu dan dibawa ke rumah Mid. "Rupa-rupanya tidaklah susah sangat nak minta maaf dari Mid ini." fikir Mud sambil tersenyum.
Setelah melihat guni kekabu itu maka berkatalah Mid. "Mud, adakah hang benar-benar nak minta maaf dari aku?"
"Ya." kata Mud sambil mengangguk-angguk kepalanya. Yelah, kalau tak angguk kepala, nak angguk apa pulak, ye tak?
"Jika hang nak jugak, hang bawa guni ini ke tempat paling tinggi di kampung kita ini, buka mulut guni dan taburkan semua kekabu ini dari puncak itu."
Walaupun agak hairan dengan permintaan tersebut Mud bersetuju untuk melakukannya kerana dia amat berharap Mid memaafkannya.
Kebetulan waktu itu memang musim angin bertiup kuat. 'Angin timur', kata orang utara. Orang Kedah fahamlah istilah itu. Pada waktu itu angin bertiup agak kuat dan membawa udara panas. Masa yang amat sesuai bermain wau. Saudara Nobisha pasti akan terkenang kampungnya apabila membaca cerita ini.
Dalam masa yang singkat sahaja semua kekabu tersebut diterbangkan angin ke seluruh kampung. Mud tersenyum gembira kerana berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan baik.
Maka segeralah Mud kembali ke rumah Mid untuk melaporkan kejayaanya itu dan menuntut janji, yakni sebuah kemaafan.
Dengan nafas yang tersekat-sekat kerana bertarung dengan maut, berkatalah Mid:
"Mud, ada satu lagi permintaan aku, iaitu permintaan terakhir. Jika permintaan ini dapat hang penuhi maka aku maafkan semua kesalahan hang memfitnah aku. Pergilah hang kutip semula semua kekabu yang berterbangan itu, masukkan semula ke dalam guni. Apabila telah selesai maka aku maafkan semua kesalahan hang pada aku."
Maka terkedulah si Mud mendengar syarat yang terakhir itu.
Mendengar kisah tersebut teringatlah Demang perihal fitnah terhadap Najib yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Attantuya. Padahal mahkamah sudah memutuskan orang yang bersalah. Malah sejak awal perbicaraan lagi tidak adapun sebarang pertuduhan terhadap Najib. Cuma tidak semena-mena si RPK yang menjadi orang suruhan Anwar menimbulkan fitnah itu. Kemudian disokong oleh Tian Chua yang akhirnya mengaku bahawa dia sengaja mengubahsuai gambar Najib di internet. Siapa Tian Chua dan siapa RPK?
Adakah peguambela ketiga-tiga tertuduh dan peguam pemerhati keluarga Attantuya (Karpal Sigh) bersubahat dengan Najib bagi melindungi Najib? Bukankah Karpal amat berani sehingga Sultan pun dia tidak takut?
Lihat pula laporan polis yang dibuat oleh Attantuya sebelum dia dibunuh. Attantuya menyatakan bahawa tujuan dia datang ke Malaysia ialah untuk menemui Razak Baginda kerana mempunyai hubungan dengannya. Attantuya juga menyatakan bahawa jika berlaku sesuatu pada dirinya maka polis bolehlah mencari Razak tersebut. Laporan tersebut dibuat bersaksi rakan dan sepupunya yang masih hidup.
Di mana kaitannya Najib? Adakah hanya kerana Razak ada hubungan dengan Najib maka semua yang Razak lakukan perlu dikaitkan dengan Najib?
Sebenarnya Najib juga tidak terlepas daripada disiasat oleh polis namun oleh kerana tidak ada apa-apa yang boleh dikaitkan maka beliau dilepaskan. Jika anda rasa Najib benar-benar terlibat, buatlah laporan polis. Jangan hanya berani menabur fitnah. Ajaklah Anwar, Tian Chua, Karpal, Haji Hadi, Nik Aziz buat laporan polis. Oh ya, ajak Nizar sama.
Nampaknya negara kita dipenuhi dengan orang yang amat berani berdepan dengan Allah SWT di akhirat nanti. Mereka berani melemparkan dan membantu menyebarkan fitnah walaupun mereka tidak begitu pasti.
Apakata nanti Najib menyuruh orang yang memfitnahnya melakukan sebagaimana Mud menyuruh Mid mengutip kekabu tadi?
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
9 comments:
Anuar di dakwa meliwat, orang-orang Melayu PKR dan PAS minta 4 orang saksi. Bila Najib di tuduh berzina dan membunuh, tidak pula di minta 4 orang saksi. Paling kuat saksi yang di kemukakan ialah Raja Petra. Bila kena dakwa sembunyi belakang bini.
Assalamualaikum Cheguman,
Semoga Allah swt akan meLAKNAT para pefitnah yang sengaja memburuk-burukkan Pemimpin Negara sendiri.
Mereka sengaja mahu menghasut rakyat membenci tak tentu pasal dan bergeseran sesama sendiri.
Manusia jenis apakah ini?
Kalau nak berpolitik pun biarlah kena pada tempatnya.
Perempuan macam Altantuya tu, dia TAK TAKUT sesiapa. Kalau benar dia ada hubungan dengan Najib, dia akan cari Najib sampai ke lubang cacing.
Dia boleh pergi jumpa CNN, BBC serahkan segala bukti dia dengan Najib. Tetapi dia tak cari Najib dia cari Razak.
Perempuan jenis ini yang hendak dibela kematian oleh Anwar dan kuncu2 bukan calang calang perempuan. Tak tahu takut punya.
Jadi fikir-fikirkanlah sendiri.
Demang setuju dengan Anon.
Pandangan Makcik memang bernas. Sebenarnya, selepas Dato Salehudin menyiapkan kes untuk mendakwa tiga orang tertuduh tersebut, bapa Attantuya sendiri telah menemui Dato Salehuddin selaku Timbalan Pendakwaraya untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana menyiapkan kes tersebut untuk dibicarakan. Jika Najib terlibat sudah tentu bapa Attantuya akan mempersoalkan Dato Salehudin kerana tidak mendakwa Najib.
Satu lagi tohmahan ialah mengenai kehilangan semua dokumen kemasukan Attantuya ke Malaysia. Saya beri dua jawapan di sini:
1) Apakah kehilangan tersebut membawa apa-apa implikasi terhadap kes tersebut? Bukankah kehilangan tersebut hanya timbul SELEPAS perbicaraan berlangsung? APa gunanya dokumen itu disorok sedangkan Razak, Sirul, dan Azilah sudah dibicarakan? Kalau nak sorok, sepatutnya dilakukan sebelum pembunuhan atau sekurang-kurangnya sebelum mereka bertiga ditangkap.
2)Hakikatnya, semua dokumen tersebut TIDAK PERNAH HILANG. Ia sengaja diada-adakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ramai yang mempersoalkan kenapa Razak terlepas.
Perlu difahami bahawa prinsip mahkamah ialah 'lebih baik membebaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang yang tidak bersalah.'
Razak telah berjaya menimbulkan keraguan tentang arahan beliau kepada kedua polis yang dituduh itu. Razak mengatakan bahawa dia tidak pernah menyuruh mereka membunuh Attantuya sebaliknya hanya menyuruh mereka menyelesaikan masalah tersebut. 'Menyelesaikan' tidak boleh ditakrifkan sebagai 'membunuh'.
Jika anda seorang hakim, adakah anda yakin untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Razak setelah mendengar hujah tersebut? Ini bukan hukuman penjara atau sebat sebaliknya hukuman mati!
Mesej daripada kes ini ialah, jangan melakukan sesuatu untuk orang lain. Fikirkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu. Hidup di dunia ini bukannya lama. Akhirat itu yang kekal abadi.
Seperkara lagi, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.
Jangan kita tepuk dada tanya selera sebaliknya urut dada tanyalah iman.
Demang hanya menyampaikan apa yang Demang yakin benar.
Wallahualam.
bro, cerita sensasi memang best untuk didengari tambahan pula orang terkenal, mudah kita percayai. Cerita benar, sapa yang suka nak dengar. Tambah pulak orang PAS dan PKR ni, tak perlu pikir panjang pun sebab tok guru dah janji syurga.
Bro tak perlu penat-penat bagi penjelasan detail mcm mana lah, orang PAS dan PKR lebih percaya Anwar dari segala-galanya, walaupun anwar sendiri pernah meliwat mereka. Itulah yang diucapkan semasa PRK Permatang Pauh.
Anwar adalah tokong baru yang disembah oleh agama yang bernama Pakatan Rakyat.
Pegangan saya mudah. Di dalam Islam dilarang membuka keaiban sesama kita. Jadi lebih baik diam dari bercakap walau pun perkara itu kita tahu, inikan pula sekadar cakap dengar.
Asslamualaikum Cheguman sekali lagi,
Selamat Menyambut Hari Guru...Terima Kasih pada semua Guru-guru di Malaysia..
BarakaAllah fi kum..
Wakilrakyat,
Nampaknya saudara sudah melihat realitinya. Bagi saya, menang atau kalah tak penting.
Sangat setuju dengan saudara Mountdweller.
Terima kasih Makcik.
Salam perkenalan...
Demang, kalo goreng nasi tanpa minyak blh menjadi nasi goreng tak? kalo goreng nasi tanpa garam, ikan bilis, bawang, cili dll sedap tak nasi goreng tu?
inilah teori yg digunakan oleh PR menyebarkan fitnah yg utama, berdosa itu no 2 kerana kubur lain2 seksa masing2. nanti blh b'taubat krn tuhan maha pengampun lagi maha mengasihi dan maha penyayang.
Dan cara yg paling senang bertaubat ialah masuk PAS kerana fatwa tok guru mereka sokong UMNO masuk neraka sokong PAS masuk neraka juga tp sekejap jer (bg yg dah b'dosa la).
penyokong2 PR ni bukang krn pemimpinnya yg cerdik tp penyokong yg bangang dan bengong. ada mata tak lihat, ada telinga taknak dengar, ada otak taknak pikir.
maklumlah kalo dah asyik baca harakah, suara keadilan dll yg seumpamanya dan dengar ceramah politik je tanpa nak baca berita harian, utusan malaysia tgk RTM dan TV3. otak mrk tlh ditumpulkan utk menjadi lebih kretif dlm membuat penilaian dan pertimbangan.
wallahua'alam.
Post a Comment