Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, January 14, 2010

UMNO-PAS: orang lain jangan jadi batu api

Tulisan penulis picisan, Selena Tay dalam Harakah On Line hari ini bertajuk PAS LULUS UMNO GAGAL. Tajuk itu memang menarik minat Demang untuk membacanya kerana Demang nak tahu juga bagaimanakah skema yang diguna pakai dan apakah kriterianya.

Pertama, alasan beliau ialah kerana rasuah. Tak pula diberi contoh menteri mana yang didapati bersalah oleh mahkamah. Mungkin beliau maksudkan Anwar Ibrahim. Yang pernah disabitkan dengan kes rasuah. Benar, rasuah tersebut dilakukan ketika Anwar sedang aktif dalam UMNO.

Namun bukankah Anwar sudah dihukum penjara enam tahun dan dipecat daripada semua jawatan termasuk dalam UMNO? Kasihanilah Anwar. Jangan diungkit lagi kesalahan lampau beliau.

Adakah Selena nak sindir Nik Aziz yang melantik menantunya sebagai CEO syarikat milik kerajaan? Atau kerana Nik Abduh bin Nik Aziz yang menurut Harakah Online 13/1/2010 dilantik dalam syarikat Bina Jaya SDN BHD atas dasar politik?

Demang sebut isu Nik Abduh bukan kerana lantikan tersebut salah tetapi nak peringatkan pembangkang bahawa lantikan atas dasar politik memang ada. Justeru jika UMNO melakukannya, janganlah dituduh kronisme, nepotisme, atau apa-apa isme yang senada dengannya.

Maka Demang percaya isu rasuah tidaklah membezakan antara UMNO dengan PAS. Yang berbeza ialah UMNO banyak memegang kuasa manakala PAS cuma sedikit. Walaupun sedikit, merasa jugak!

Kedua, isu UMNO merampas Perak. Demang percaya Selena tidak seperti kebanyakan pembangkang Melayu yang tidak tahu statistik pilihan raya DUN Perak ke-12. Demang dah banyak kali tulis dalam Waadat.

UMNO 27 kerusi, MCA 1 kerusi, MIC tiada kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi, dan PAS 6 kerusi. Dalam prinsip demokrasi, UMNO memang layak membentuk kerajaan.

Jika isu melompat parti dijadikan alasan, kenapa PAS dan DAP yang sebelum pilihanraya memberitahu pengundi bahawa mereka tidak akan bergabung, tiba-tiba bergabung selepas hari pengundian tidak dipertikaikan? Itu bukan sahaja 'lompat' malah KHIANAT!

Maka alasan rampasan kuasa di Perak bukan alasan menolak BN kerana PAS dan DAP lebih besar pengkhianatan mereka terhadap rakyat!

ketiga, penulis mengatakan PAS LULUS kerana mengutuk pembakaran gereja. Cuba lihat SMS Berita Harian yang Demang terima:

BH 08/01: PM mengutuk tindakan pihak tidak bertanggjawab dalam dua insiden kebakaran gereja dan satu laporan ugutan, arah polis tingkat kawalan.

Tidakkah DS Najib mendahuluipemimpin lain mengutuk kejadian tersebut?

Kesimpulannya, penulis bukan benar-benar menyokong PAS kerana PAS lebih membawa kebaikan pada negara sebaliknya kerana UMNO adalah parti dominan dalam BN.

Demang berani berkata bahawa niat sebenar ialah bagi memecahkan orang Melayu kepada tiga bahagian.

Demang bagi amaran, jangan gugat keharmonian negara dengan melaga-lagakan orang Melayu. Jangan jadi batu api;

Mentang-mentanglah PAS tu lurus bendul...

3 comments:

eXception said...

Wah Ha ha ha ha!! Kebetulan... Memang kebetulan... Aku pun baru gak mengulas pasal tulisan Selena Tay (Selena Taik bunyinya...) dalam blog aku...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Sangtawal Sakranta said...

salam,

ya, betul pendapat Demang tu.
semoga orang melayu-islam kembali bersatu selepas ini, saya sudah nampak pendirian orang pas sudah goyah bila tok guru dan Dato' dr Haron Din menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang lain.

wahai orang PAS , jika mursyidul dan timbalan mursyidul am parti kamu tidak sokong, mengapa kamu pula nak sokong???

jemput Demang membaca artikel terbaru hamba dan berikan sedikit 'buah kilas' di sana! Demang faham apa maksud saya bukan? :)

wassalam.

hanizam said...

biarkan minah tu dengan dakwaan dia sendiri...kalau lebih-lebih, lapor je kat pihak berkuasa...

dah takda modal, tu yang dia masuk line...biarkan, bersabar ada tahapnya...bila dah hilang kesabaran tu, dia kena tanggung ape yang dia dah buat...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)