Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, February 13, 2010

Musim buang bayi


Hari ini Demang dapat berita seorang bayi yang rentung ditemui dalam tong sampah di Kuala Krai Kelantan.

Dua hari lepas sebuah surau berdekatan sekolah Demang menerima tetamu tidak bernyawa iaitu bayi yang baru dilahirkan ditinggalkan ketika subuh.

Cuba bayangkan jika DS Najib mempunyai seorang ulama seperti Nik Aziz dan Hj Hadi yang bertindak sebagai penasihat beliau. Mereka sama-sama berfikir bagaimana menangani masalah sosial di negara kita, bukannya berfikir macamana nak jatuhkan kerajaan yang ada!

Nak laksanakan hukum hudud pun boleh jika kena cara bincangnya.

2 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Sedih saya membaca berita ini. Hampir nak menitik air mata. Apalah dosa bayi bayi ini. Kejam sungguh dan amat menyakitkan cara mereka menemui ajal. Satu dikerumui semut dan satu pula dibakar!

Dan tidak sangka juga perkara sebegini boleh berlaku di Kelantan. Negeri yang berstatus keAgamaan yang kuat dari negeri negeri lain dengan berlambaknya Tok tok guru dan ustazah ustazah.

Mungkin sudah tiba masanya semua pemimpin Melayu memikirkan betapa seriousnya masalah sosial dikalangan Melayu, kurang berpolitik dan tumpukan perhatian pada ISU SEBENARnya yang patut ditangani.

WaAllahuAlam.

hilbert said...

Salam bro,

apaka ini semua tanda-tanda kiamat kian hampir?

bukan saja di Semenanjung perkara seperti itu selalu berlaku malah di Sabah dan Sarawak juga tidak kurang hebatnya dengan segala macam jenayah keluarga.

Kes buang bayi terbaru di Miri Sarawak, bayi tersebut disimpan dalam sebuah kotak dan dihanyutkan dalam sungai Pujut di Miri, apa pelaku itu ingat ini zaman Nabi Musa ker?..

Kes rogol, kes liwat hmmmmm.... bapa merogol anak kandung sendiri, anak merogol ibu sendiri, abang merogol kakak serta adik sendiri, kakak bersekedudukkan dengan adik lelaki sendiri, bayi diliwat bapa sendiri, datuk merogol cucu perempuan sendiri...hmmmm apa nak jadi dah dengan masyarakat manusia zaman ini ?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)