Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, February 19, 2010

RM15 juta sebulan untuk anak Melayu


Ada seorang guru di sekolah Demang dulu yang amat ’prihatin’ dengan orang lain. Demang tak nak sebutkan namanya di sini tetapi beliau seorang guru lelaki dan berkepiah putih.

Ya lah. Kalau dah berkepiah, tentulah lelaki. Maksud Demang dia memang suka dengan benda bulat berwarna putih. Terutama jika di kelilingnya hijau.

Pernah sekali dia menghampiri Demang untuk berbual.

”Jadual cikgu berapa minit?” tanya beliau.

”Entah lah, saya tak kira pulak.” jawab Demang. ”Saya masuk kelas pukul 8.00 dan murid pulang ke rumah pukul 11.30.” Demang menyambung.

”Cikgu tak masuk kelas lain?” soalnya lagi.

”Tak.” jawab Demang sepatah.

”Wah! Untung lah jadi guru prasekolah kalau macam tu.” katanya dengan nada perlahann sedikit mengeluh. Kelas ganti pun tak ada?”Soalnya lagi tidak puas hati.

”Tak ada. Memang arahan jabatan begitu.” Demang cuba menjawab selamba walau hati terasa. Akhirnya Demang tinggalkan sahaja ‘pak lebai’ itu. Malas nak layan.

Ada sekali tu, seorang ustaz JQAF mengadu pada Demang. Guru berkepiah putih yang ’menemuduga’ Demang tadi menyindirnya kerana jumlah minit guru-guru JQAF cuma sedikit.

”Saya hairan lah dengan cikgu XXX tu. Patut ke dia pertikai jadual waktu orang lain.” adu ustaz yang jauh lebih muda dari Demang itu.

”Aku no komen. Aku dah kena dulu. Kalau korang pulak yang kena, korang nilailah sendiri ’mentaliti’ orang camtu.” Ujar Demang.

Sebenarnya kita nak rasa hairan boleh, tak nak hairan pun boleh dengan mentaliti pembangkang ni.

Bagi yang merasa hairan dengan mentaliti pembangkang, Demang jawab ”apa lah nak dihairankan. Dah memang tabiat semulajadi diorang dengki dengan kejayaan orang lain dan tak suka tengok orang senang.”

Kepada yang tidak merasa hairan, Demang akan jawab begini: ”aku pun hairan dengan puak pembangkang ni. Takde kerja lain ke selain mendengki dengan orang?”

Beberapa hari lalu Demang terbaca dalam HarahDaily yang memetik laporan sebuah majalah. Majalah tersebut meletakkan seorang putera Allahyarham Tun Razak sebagai orang keempat terkaya di Malaysia.

Jadi orang kaya pun tak boleh? Apasal tak bising bila Lim, Tan, Tony, Ananda, Nala dan lain-lain jadi kaya raya?

Patutnya kita rasa bangga dan terharu sekurang-kurangnya ada juga nama Melayu yang tersenarai walaupun cuma seorang.

Oh, oleh kerana beliau adik kepada PM, maka dia tak boleh kaya? Seorang CEO yang pernah jadi CEO terbaik Malaysia tak boleh kaya? Yang ni betul-betul menghairankan!

Kalau ikutkan hati Demang, semua orang Melayu pakat kumpulkan seorang seringgit setiap bulan dan beri kepada seorang anak Melayu agar dia boleh bina perniagaan sehingga berjaya. Ertinya, jika jumlah Melayu ialah 15 juta (bayi hingga orang tua), maka setiap bulan kita dapat lahirkan seorang jutawan Melayu yang cukup modal untuk bersaing secara global. (15 juta, bro...)

Setahun, kita dapat 12 orang jutawan. Kalau 10 tahun? Lu kira lah sendiri!

Cuma RM1 sebulan!!!

Coda:
Demang cadangkan penerima pertama duit RM15 juta itu ialah Tun Dr Mahathir bagi menghargai jasa beliau. Orang kedua ialah Nik Aziz supaya beliau boleh kembangkan perniagaan sendiri dan tak mengganggu kestabilan politik negara. Orang ketiga... Demang sendiri lah.

Apasal tak boleh? Oh, sebab Demang yang buat cadangan maka Demang tak boleh dapat duit tu? SAH! ANDA MEMANG MEMPUNYAI MENTALITI PEMBANGKANG!!!



Foto hiasan:
money jpg
brspoll.com

4 comments:

Anonymous said...

diorang memang sosialis. Kalau pembangkang jadi pemerintah, orang macam Saiyidina Usman ibnu Affan takkan ada!

ISAC said...

Budak2 sekolah & bayi pun nak kena bayar RM 1.00 ke?

Cheguman said...

Kena bayar, Isac... anta ada berapa anak? Kalau 3, baru RM3 campur laki bini, anta cuma bayar RM5 sebulan!

Anonymous said...

umno yg dengki kepada negeti pembangkang sehingga menafikan ROYALTI minyak kelantan.. fitnah di negari pakatan dan merampas kuasa diprak keran dengki nizar mandapat sokongan..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)