Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, February 8, 2010

siri perpecahan PR: PAS minta 'take five'


Dua hari terperuk di pantai PD, maka Waadat tidak dapat dijengah. Banyak juga berita yang terlepas. Namun dalam keterbatasan itu Demang terdengar juga khabar daripada angin yang singgah di pesisir Selat Melaka ura-ura PAS ingin berbincang dengan UMNO.

Pun begitu, bukan sebarang angin yang Demang percaya. Berita Harian adalah syarikat berdaftar dan jika salah, boleh didakwa. Tidak seperti blogger yang tidak diketahui asal usulnya.

Berita SMS-BH yang Demang terima: 'Pas sedia berbincang dengan Umno dalam perkara berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik: Hadi Awang'

Memang eloklah 'tu. Tapi Hj Hadi tidak boleh membuat keputusan sendirian. Beliau perlu memohon izin Nik Aziz terlebih dahulu. Atau sekurang-kurangnya memastikan Nik Aziz tidak akan membuat kenyataan yang bercanggah dengan presiden nanti.

Jikapun Nik Aziz telah bersetuju, Hj Hadi perlu mengambil langkah pengawasan berterusan. Mana tahu nanti Tok Guru bertukar fikiran. Maklumlah, MB 'flip-flop' itu memang selalu bertindak demikian.

Sebut tentang 'bincang' Demang fikir kalau nak berbincang tentang keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik; itu memang sudah tanggung jawab semua YB/Ahli Dewan Rakyat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Malah rakyat jelata telah menyediakan dewan khas di bangunan parlimen untuk itu.

Sayangnya terdapat wakil rakyat yang tidak begitu bijak menggunakan dewan yang mulia tersebut. Medan untuk berbincang dijadikan pentas untuk berdebat dan mempamerkan kepetahan berpidato.tak kurang juga yang menjadikan dewan sebagai tempat mengejar populariti.

Rakyat bukan mahu memilih pemidato dan pendebat terbaik! Rakyat mahu 'Yang Berkhidmat' untuk mereka.

Demang lebih gembira jika pemimpin kedua-dua parti tersebut berbincang tentang perpaduan Melayu bagi mempertahankan hak yang semakin banyak terlepas. Hak Melayu-Bumiputra yang mewakili 66.6% rakyat Malaysia nampaknya semakin menyusut.

Demang tidak mempertikaikan kepentingan kaum lain sebaliknya hanya mengingatkan bahawa orang Melayu dan bumiputra juga ada hak yang belum terlaksana.

Semua itu terhakis kerana orang Melayu enggan bersatu sebaliknya mengamalkan politik sempit dan dangkal.

Justeru tak perlulah nak diuwar-uwarkan hal nak berbincang itu. Nampak seolah PAS sedang 'take-five' bagi meredakan ketegangan yang begitu hebat dalam parti-parti komponen pembangkang.



foto:
take five jpg
chrisdellavedova.com

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)