Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, March 1, 2011

calon Merlimau: berbekalkan sijil IKM dan dip Ilham

Bangunan rumah kakitangan pendidikan yang ditumpangi Yuhaizad bersama isterinya seorang guru kerajaan di SM Teknik Jasin. 

Demang tidak hairan jika orang Melayu di Chinchin sendiri menolak Yuhaizad (calon PAS). Malah Demang percaya Yuhaizad sendiri pun tidak terkejut berikutan penolakan tersebut.

Yuhaizad bukan aktivis masyarakat samada tempatan mahupun negeri atau nasional. Malah beliau tidak pun melibatkan diri dalam gerakan Belia 4B yang menjadi asas pada penglibatan dalam masyarakat.

Yuhaizad hanyalah kontraktor yang terpinggir dan kecewa. Dia melihat masyarakat di sekelilingnya adalah manusia-manusia yang tidak adil kerana membiarkan dia gagal.

Yuhaizad lupa bahawa dalam cabaran global hari ini sesorang usahawan perlukan lebih daripada sijil kemahiran MARA dan ‘diploma’ yang dikeluarkan kolej milik PAS.

Yuhaizad menyimpan prejudis terhadap usahawan lain yang tidak berkelulusan seperti dirinya tetapi mampu berjaya. Apabila pembangkang membawa isu kronisme, Yuhaizad terus terpesona.

Sekali lagi Yuhaizad lupa bahawa dalam perniagaan kita memerlukan jaringan yang akrab.

Jika jaringan itu dikatakan kronisme dan nepotisme, terserahlah.

Sisipan biodata Yuhaizad: (daripada blog pro PAS:

- mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan chinchin.
- di peringkat menengah beliau bersekolah di sekolah menengah Dato Bendahara jasin,Melaka.
- melanjutkan pelajaran di Institue kemahiran mara (IKM) Jasin
- Mendapat diploma Tasawur Islam di Ilham (kolej yang dibangunkan PAS bagi member peluang pemimpinnya mempunyai diploma)





No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)