Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, March 13, 2011

Jom, tengok peluang kerja


25 - 27 Mac 2011 Bertempat di PWTC Kuala Lumpur Dari jam 10 Pagi sehingga Jam 10 Malam yang akan memberikan peluang pekerjaan kepada Ribuaan anak anak muda.

Maklumat Program:

Sasaran: 650 syarikat, 20,000 pekerjaan dan 300-400 ribu pengunjung
Setakat 8 Mac 2011, statistik kita menunjukkan penyertaan 478 syarikat
dengan 13,960 tawaran kerja serta pendaftaran on-line seramai 23,445.
Ekspo atau Karnival Kerjaya terbesar di negara.

Antara syarikat dan agensi yang telah mengesahkan partisipasi mereka:
1.MAS
2.Air asia
3.Mrcb
4.Westport
5.Naza
6.Proton
7.Iskandar malaysia
8.Mydin
9.Aeon
10.Tabung haji
11.Jabatan Tenaga Kerja
12.Mdec
13.Celcom
14.Tune talk
15.Telekom malaysia
16.CIMB
17.Boustead holdings
18.Masterskills
19.Limkokwing university
20. Aeu
21. Sme bank
22.Alliance bank
23.Navy


•Program ini berkait rapat dengan cadangan Makmal Pemuda Barisan
Nasional yang mana menekankan aspek pengangguran adalah suatu perkara
yang amat perlu ditangani dan mendesak bagi orang muda. Daripada
kajian Makmal Pemuda, 66% orang muda meletakkan isu kerjaya dan
ekonomi sebagai pilihan terpenting mereka di mana 25% memilih
pekerjaan yang tetap dan stabil manakala 41% lagi menyatakan bahawa
kemajuan kerjaya atau perniagaan sebagai yang paling utama.

•Pada masa yang sama jika kita lihat kepada anjakan dan halatuju
ekonomi negara di bawah Program Transformasi Ekonomi negara, kita
mensasarkan penciptaan kerja sebanyak 3.3 juta pada tahun 2020.
Namun, kita tidak mahu suatu situasi di mana walaupun penciptaan kerja
banyak namun ia tidak dipenuhi, terutama sekali oleh golongan muda.
Statistik terkini menunjukkan bahawa sungguhpun kadar guna tenaga kita
di tahap penuh iaitu 2.9% tetapi jika kita lihat kepada mereka yang
mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi proses pencarian kerja, 98%
darinya adalah golongan muda di bawah umur 40 tahun.

•Maka atas sebab itulah semasa Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada tahun
lalu di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO, KJ kata agendaPemuda
BN/UMNO bagi 2011 ini akan menjurus kepada aspek pekerjaan untuk orang
muda.


Kita juga menganjurkan sesi nasihat panduan kerjaya, ceramah kerjaya
dari pakar-pakar dari industri terpilih, internship corner dan resume
clinic. Ini akan membantu pencari kerja mencari kerja kerana kita juga
menawarkan proses temuduga dan pengambilan pekerja di sana.

Jadi ini lah masanya buat Anak anak muda seluruh Malaysia tampa mengira Agama dan bangsa untuk bersama sama merebut peluang yang ada ini dalam menentukan kerjaya anda di masa hadapan.

Jangan lupa 25-27 Mac bertempat di PWTC dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Di bawakan oleh Pemuda Barisan Nasional.




Sumber:
Papa Gomo

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)