Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 2, 2011

Review: Pak Kaduk versi Malaysia




Rata-rata orang Melayu apabila melihat ayam sabung akan segera teringat pada kisah Pak Kaduk. Dalam masyarakat Melayu watak Kaduk sinonim dengan ungkapan 'menang sorak kampung tergadai.'

Versi asal Pak Kaduk menceritakan seorang lelaki yang dinamakan Pak Kaduk, merupakan seorang yang gemar menyabung ayam. Beliau mempunyai seekor ayam sabung yang handal bernama 'Biring'.

Diceritakan pada suatu masa Pak Kaduk telah membawa si Biring ke istana untuk mencabar raja bersabung ayam. Raja menyahut cabaran tersebut walaupun menyedari ayamnya pasti akan kalah. Sebagai raja yang berakal panjang, baginda mengatur strategi dan berjaya memujuk Pak Kaduk menukarkan ayamnya dengan ayam milik Pak Kaduk.

Apabila persabungan dilangsungkan, Si Biring telah menang sebagaimana yang dijangka. Pak Kaduk yang terlupa bahawa ayam mereka telah bertukar-milik, bersorak kegembiraan.

Namun raja menyedarkan Pak Kaduk bahawa Si Biring sudah menjadi milik baginda dan Pak Kaduk telah kalah.

Akibat kekalahan tersebut Pak Kaduk kehilangan taruhannya berupa sebuah kampung (jajahan?).

Ada pendapat yang mengatakan Pak Kaduk bukan rakyat biasa sebaliknya seorang pembesar atau 'orang kaya'. Itulah sebabnya taruhan mereka bukan sekadar wang ringgit sebaliknya sebuah kawasan atau jajahan.

Selain versi asal terdapat beberapa versi lain termasuklah yang diolah semula oleh beberapa penulis moden. Antaranya, mereka menggambarkan Pak Kaduk adalah rakyat yang teraniaya lantaran diperdaya raja. Hujah mereka ialah Pak Kaduk sebagai rakyat tentu tidak mampu membantah perintah raja untuk menukarkan ayam sabung masing-masing.

Bagi Demang anggapan tersebut juga tidak begitu adil. Pihak berkenaan menggunakan neraca pihak luar dalam menilai perhubunagan raja-rakyat. Jika kita jujur menelaah semula kesah tersebut, kita dapati Pak Kaduk tidak diperintahkan datang bersabung sebaliknya beliau datang ke majlis yang dianjurkan raja secara sukarela.

Dalam kesah tersebut juga dinyatakan bahawa Pak Kaduk yang mencabar raja untuk bertanding.

Dalam sistem pemerintahan beraja, kita meletakkan raja di atas sekali. Sebagaimana dinyatakan dalam Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun yang dberi mandat memimpin Palembang telah mengangkat Sang Sapurba menjadi ketua negara. Perlantikan dan penyerahan kuasa itu disertai istiadat beserta perjanjian yang dikenali sebagai waadat. Dinyatakan juga batas-batas yang perlu dipatuhi bersama bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara.

Demang fikir tak perlulah dihuraikan satu persatu batas hubungan raja-rakyat dalam artikal ini. Cuma Demang nak lontarkan soalan iaitu adakah wajar Pak Kaduk mencabar raja bersabung? Bagaimana jika raja kalah? Apa tujuan Pak Kaduk? Nak hadiah atau nak malukan raja? Kalau kita baca mana-mana kesah raja di seluruh dunia, kita akan berjumpa banyak peristiwa yang menunjukkan raja memberi anugerah kepada rakyat yang memberi sumbangan atau hadiah peribadi kepada raja. Pak Kaduk yang hidup pada zaman itu tidak tahukah amalan tersebut? Sudah hilangkah adab Pak Kaduk dengan raja? Kenapa nak malukan raja?

Jika Pak Kaduk menghadiahkan ayam sabung tersebut kepada raja, pastilah raja akan membalasnya dengan pelbagai hadiah, anugerah, dan juga penghormatan.

Bagi Demang, mesej dalam kesah Pak Kaduk ialah seseorang raja itu akalnya panjang dan pandai menggunakan kuasanya. Raja tersebut menggunakan kuasanya untuk menukarkan ayam sabung tersebut. Raja menggunakan kuasanya untuk melindungi maruah raja. Maruah raja adalah maruah negara dan negara adalah tempat kita bernaung.

Pak Kaduk bernasib baik kerana hanya ditukarkan ayam sabung. Kalau Demang jadi raja, Demang tangkap Pak Kaduk (ISA) atau halau Pak Kaduk dari negeri tersebut. Malah hukuman lazim bagi penderhaka di mana-mana negara ialah... bunuh.

Ada satu lagi peribahasa melayu yang menggunakan istilah 'kaduk' iaitu 'kaduk naik junjung'. Demang harap orang Melayu masih ingat maksudnya dan jangan biarkan itu berlaku.

13 comments:

ONE said...

Kebijaksanaan dan kuasa perlulah diimbangi dgn pertimbangan sewajarnya dan hati yang suci..

Kisah dah perincian cerita saudara amat menarik..sy amt meminatinya

Anonymous said...

Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.

Cheguman said...

One; Saya setuju dengan anda. Terima kasih kerana mengikuti.

Tok Mudim; anda pintar bermain kata-kata dan berlindung dalam kesamaran. Saya ingin melihat wajah anda agar saya tahu jantan-betinanya.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Saya bersimpati atas apa yang berlaku di Perak. Sungguh saya tak sangka perkara sebegini akan berlaku juga.

Mungkin Allah swt hendak pamerkan pada kita semua "TRUE COLOURS" rakyat Perak sendiri, supaya kita tahu siapa kaca dan siapa permata bagi Perak.

Ia juga menampakkan belang sebenar DAP, PKR dan PAS. Dalam saat saat beginilah kita dapat menilai integriti masing masing.

Tulisan Cheguman ini menarik sekali pasal Pak Kaduk ini.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cheguman said...

Yoy, kentanjim, Bad Man, Malay Pig No Brain, dan Killer;

Terima kasih kerana meninggalkan 'keperibadian' anda di sini. Saya tahu strategi anda iaitu 'copy & paste' kemudian lari. Saya juga tahu yang anda cuma seorang diri dengan memakai banyak nama.

Kepada semua pengunjung yang seagama dengan Demang, adakah anda masih mahu menutup mata? Masih belum mahu bersatu mempertahankan agama, bangsa, dan negara kita? MAsih mahu berbalah dan bertengkar tentang sudut pandangan masing-masing? Adakah sesiapa di sini yang sudah melihat di Loh Mahfuz bahawa hanya fahaman mereka sahaja yang benar manakala fahaman dan pandangan orang lain semuanya salah?

Saya harap saya tidak perlu memadamkan komen-komen bangsat tadi. Biarkan khalayak membaca dan menilai sendiri jenis 'manusia' apakah yang menulis itu.

Mereka adalah wakil syaitan atau lebih tepat lagi, mereka memang syaitan yang bertujuan menghancurkan manusia bagi mengotakan janjinya pada Allah.

Cheguman said...

Sebenarnya syaitan-syaitan itu sudah dibelasah oleh salah seorang ahli BPN iaitu Sang Tawal. Sila layari http://sangtawal.blogspot.com/2009/02/mereka-yang-tewas-sebelum-berjuang-siri.html

Anonymous said...

Hairan, dalam zaman bertamadun ini, masih wujud lagi manusia yang seperti ini?

Apakah akan terjadi nanti kapak yang menebang pokok di hutan, hulunya dibuat dari kayu juga?

Zawir Al-Hamidi said...

Kuasa di tangan bukanlah suatu anugerah, tetapi suatu tanggungjawab. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tai said...

Demang, itu empat ekok setan tu, perlu dibanteras.

Anonymous said...

SETIAP UMAT ISLAM WAJIB UNTUK MENGERAKKAN USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM SUPAYA UNDANG2 ALLAH DAPAT DIJALANKAN..MAJORITI KITA BERAGAMA ISLAM..KENAPA UMNO TIDAK INGIN MELETAKKAN UNDANG2 TERTINGGI DI MALAYSIA IALAH AL QURAN DAN SUNNAH BUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA..APE GUNE ASKAR BERPERANG SEMATA2 UNTUK MEMPERTAHANKAN UNDANG2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA...KESIAN ASKAR KITA...KAN ELOK JIKA UNDANG2 TERTINGGI NEGARA IALAH UNDANG2 ISLAM..MAKA SHAHID LA ASKAR KITA HENDAKNYA...SETAKAT INI HANYALAH P.A.S YANG MELETAKKAN UNDANG2 ALLAH SEBAGAI UNDANG2 TERTINGGI PARTI...ALLAH HU AKBAR!!!!

Cheguman said...

Saudara Nazri,
Bagi saya jika seseorang itu mati kerana mempertahankan negaranya, maka dia sudah dikira syahid. Tidak perlulah dikanunkan atau diwartakan.

Mengenai status negara Islam, Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan (Malaysia) dan Ketua Negara adalah Yang Dipertuan Agong. Baginda juga adalah ketua agama Islam. Sila rujuk Perlembagaan Malaysia dan hubungi saya jika anda mendapati lain daripada yang saya tuliskan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)