isu Kurikulum sex dan pemansuhan peperiksaan
Riuh rendah juga orang ramai apabila diumumkan cadangan terhadap kurikulum seks di sekolah dan pemansuhan peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR.
Seperti biasa ahli politik (dulu dipanggil politikus) mula bercakap.
Demang tersenyum membaca komen-komen beberapa politikus seperti Nik Aziz. Demang percaya, ramai lagi warga pendidik yang turut tersenyum sinis.
Demang tak salahkan Nik Aziz seratus peratus. Sepatutnya beliau diberi penerangan lanjut dalam isu-isu yang ingin dibincangkan. Nampaknya Mursyidul Am PAS tersebut perlu menyemak semula setiausaha dan penasihat beliau. Jangan makan gaji buta sahaja dan malas buat 'homework'.
Sebenarnya, dalam isu pemansuhan PMR, Muhyidin bukannya sekadar melontarkan cadangan. Sudah terlalu lama hasrat untuk merombak kurikulum pendidikan disuarakan.
Justeru pelbagai kajian telah dilakukan selama berpuluh tahun termasuk meninjau sistem pelajaran di negara maju.
Akhirnya pakar-pakar pendidikan negara kita merumuskan satu model baru yang tidak lagi terikat dengan sistem lapuk peperiksaan dan dicadangkan kepada kerajaan.
Prinsip kerajaan kita ialah tidak menolak cadangan yang baik tetapi tidak pula terus menerimanya. Maka kerajaan mengarahkan kementerian berkenaan melaksananya di beberapa sekolah sebagai percubaan. Untuk itu beberapa buah sekolah dipilih dari setiap negeri untuk diuji dan dikaji.
Tahun ini, kalau Demang tak silap sudah masuk tahun ke 3 sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negara melaksanakan.
Oleh kerana kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan rakyat (demokrasi) maka biarpun sistem baru tersebut telah melalui proses yang rapi, kerajaan tetap membuka peluang kepada rakyat untuk membincangkannya.
Itulah sebab kenapa TS Muhyidin mengumumkan kepad rakyat dan bersedia menerima cadangan tambahan.
Bagi Demang, sebagai pembangkang Nik Aziz hatta siapa sahaja berhak untuk mempersoalkannya melalui proses demokrasi. Cuma sepatutnya, para penasihat tok guru berilah taklimat khas terlebih dulu pada beliau. Tidaklah nanti rakyat berkata pemimpin bercakap tanpa fakta!
2 comments:
tak pelik lah kalau pembangkang nak membangkang..dah memang itu tabiat mereka. bukannya mahu berfikir sebaliknya hanya mahu mencari salah umno.
Memang tugas pembangkang itu membangkang. Tetapi yg mencadangkan itu pula sekadar mencadangkan shj, tanpa sebarang perincian tentang cadangan itu, saolah-olah mengundang bangkangan shj. Macam SATU MALAYSIA. Apa itu satu Malaysia, yang banyak memberi jawapan...satu Malaysialah, itu shj yg dijawabnya....
Post a Comment