Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, January 3, 2010

jangan tamak sangat


Pulang daripada Seremban sambil menyusuri pantai Teluk Kemang, Pengkalan Balak hingga ke Pantai Puteri menyaksikan pemandangan yang begitu indah.

Demang sempat membawa anak-anak singgah di pantai Pangkalan Balak, asalnya sekadar berehat sambil menikmati donat yang enak. Kami beli donat tersebut di kampung Sentosa Paroi. Menurut ibu saudara Demang, beliau memperolehi antara RM500 ke RM800 hasil jualan donat sehari! Memang donat beliau sudah terkenal di Seremban.

Jika anda memasuki Seremban melalui tol Senawang, menuju ke stadium Paroi anda akan melalui geraitersebut di sebelah kanan. Manakala jika daripada Ampangan, apabila sampai di simpang lampu isyarat, belok kanan menuju ke Taman Tasik Jaya. Anda akan menemui kampung Sentosa. Di situlah gerai donat tersebut.

Selain donat anda juga boleh membeli atau menempah pelbagai kek.

Pantai Pangkalan Balak sama seperti pantai-pantai lain. Pasirnya pun sama. Namun jika rajin duduk sambil menguis pasir, kita akan dapati makhluk-makhluk kecil bercengkerang pelbagai warna bersembunyi di dalam pasir.

Maka itulah yang kami kerjakan hampir satu jam. Hasilnya, kami dapat lebih 2 kg siput remis.

"Dah, jom kita balik. Tak boleh tamak. Dah banyak tu." Demang mengajak putera-putera Demang pulang. Jika lewat, tidak sempat Maghrib di rumah.

Menyebut soal tamak, Demang teringat betapa pihak-pihak tertentu yang begitu ghairah untuk menguasai semua perkara. Sudahlah ekonomi dikuasai tanpa sekatan, kuasa politik pun hendak direbut juga.

Terkini, nama Tuhan pun nak dikongsi!

Bertolak ansurlah sikit. Yang Melayu pula, sudah-sudahlah bergaduh. Sedar-sedar nanti musuh dah di pintu kelambu. Menyesal dah tak guna lagi. Jangan sampai dek ghairah berkawan dengan bukan Islam, saudara seagama langsung tak dipercaya.

Dulu, orang lain bergaul dengan bukan Islam, dituduh macam-macam. Sekarang, dijilat pula ludah sendiri.

Dalam negara yang dikongsi dengan pelbagai kaum, memang diwajibkan kita bekerjasama, tetapi berpadalah. DAP tu tak macam MCA. Demang tulis elok-elok, jangan dilihat yang tersurat sahaja. Pergi buat rujukan fakta dan sejarah, ketepikan emosi, insya-Allah 'kan faham lebih daripada yang Demang tulis.

3 comments:

Dal said...

Alhamdulillah dapat 2kg tuan.

Tapi Khalid Samad tak tahu hendak bersyukur tuan.

Dia sudah jual agamanya untuk beli tungkat patah niat nak naik tangga Putra Jaya, sempat panjat setakat tangga Batu Cave sahaja.

Cheguman said...

Betul tu Dal. Sudah ada suara yg mendesak Khalid Samad keluar drpd PAS atau dipecat.

eXception said...

Khalid Samad tu sbnrnya kaki Anwar dlm PAS... Elok sepak je keluar...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)