Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, January 16, 2010

jong pecah yu kenyang

Maal Hijrah sudah lama berlalu. Namun pagi ini barulah sekolah Demang berpeluang mengadakan sambutan rasmi.

Mahu tidak mahu kita perlu akur dengan kekangan yang ada termasuk masa. Jangan mengharapkan dunia ini sempurna untuk kita. Namun Allah sentiasa memberi ruang untuk kita memperbaiki.

Demang amat tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang kami jemput khas. Beliau merangkumkan isi ceramah Hijrah tersebut dalam satu kata kunci daripada perkataan HIJRAH itu sendiri.

Huruf pertama iaitu 'H' diwakilkan kepada 'hati'. Ustaz tersebut memberi contoh bahawa jika hati kita bersih maka kita akan terhindar daripada rasa ragu dan buruk sangka.

Beliau juga menyebut bahawa sesama Islam mesti bersatu kerana perpecahan sesama Islam hanya akan mengundang musuh untuk mengambil kesempatan.

Demang tidak mahu mencemuh sesiapa apatah lagi orang yang ada ilmu agama. Cuma Demang nak ingatkan bahawa tok-tok guru ajaran sesat
Juga bukan calang-calang ilmunya.

Namun akhirnya mereka tersungkur di pintu syurga.

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Apa khabar dan bagaimana dengan sessi persekolahan yang baru bermula? Semoga segalanya baik dan lancar, InsyaAllah.

Memang benar apa yang Cheguman saranankan.

Terlalu ramai Ustaz mee segera sekarang yang menyebabkan rakyat keliru dan ada yang sampai berpecah belah.

Semoga ada pengawalan dan sesuatu dapat dilakukan oleh pihak berwajib demi masa hadapan Agama, Bangsa dan Negara itu sendiri.

WaAllahuAlam.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)