Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, January 12, 2010

lebih baik tiada pembangkang

Nampaknya bonda Demang akan ke Putrajaya esok berjumpa menteri. Makcik-tokcik di kampung itu juga akan turut serta. Bahkan semua suri rumah di Selangor akan berkampung di Putrajaya besok kerana menyahut seruan Muslimat PAS Selangor bagi membantah kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 (dua puluh sen).

Cuma persoalannya, siapa yang akan membiayai perjalanan tersebut? Berapa kosnya? Cukup ke RM50 untuk tambang dan perbelanjaan ke sana dan di sana? Kampung Demang di Sabak Bernam.

Kot ye pun jadi pembangkang di peringkat nasional, carilah isu yang munasabah sikit nak mempengaruhi rakyat. Kalau dah tak ada isu, lebih baiklah diam sahaja. Itupun satu sumbangan juga. Yakni dapat mengurangkan 'politiking' dan masalah pada negara. Negara tu, rakyatlah!

Berapa sen kenaikan gula? 20 sen! Takkan lah gula naik 20 sen kuih koci naik 20 sen juga? Kalau peniaga naikkan juga, pulaukan sahaja. Itu lah kuasa pengguna. Itu saranan Demang! Bukan mati kalau tak makan kuih!

Berapa kilogram kita gunakan gula dalam sebulan? Sepuluh kilogram? Kalau pun 10 KG, pertambahannya baru RM2. Harga rokok yang para suami belipun sudah RM10-20 sehari!

Demang berpendapat bahawa suara pembangkang perlu ada bagi mengimbangi keputusan kerajaan. Namun kalau isu kenaikan gula pun nak disensasikan demi populariti hinggakan rakyat keliru dan tertipu, baik tak payah ada pembangkang. Maksud Demang, pembangkang yang macam Muslimat PAS Selangor. Pembangkang yang bagus mampu membantu pembinaan negara, bukan mengharu-birukan negara.

Kenaikan gula tersebut ialah kerana kerajaan memotong subsidi. Sistem subsidi yang ada sekarang menyebabkan orang yang kaya raya pun menikmatinya. Demang percaya lebih baik lah dikurangkan subsidi tersebut dan diserahkan kepada rakyat termiskin dalam bentuk lain.

Demang percaya, jika kerajaan bertindak menambah subsidi gula sebanyak 20 sen, peniaga tidak akan menurunkan harga barang. Malah pembangkang akan berarak juga ke Putrajaya bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Nampaknya itu sahaja yang pembangkang reti buat!

4 comments:

Anonymous said...

Muslimah PAS patut suruh aja suami suami serta warga kaum lelaki berhenti merokok lagi bagus dari buang masa melepak melalak tak tentu hala.

ROKOK Harga RM6.90 ke RM9.00 sekotak sanggup beli, walhal harga itu jugak kita dapat beli gula, dari 3kilo ke 5 kilo. Hai gula 20sen pun nak berdemo, fikirkan juga bahawa setiap kuih muih, air manis pun boleh dikurangkan gula lagi baik untuk kesihatan.

Kalau nak buat demo elok aja buat demo buangkan tabiat merokok lagi baik...

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Masa kena Bai'ah pun Muslimat PAS diam je.

Setuju dengan Anonymous dan Cheguman..Gula naik 20 sen pun nak melenting..buat malu je.

bang_mi said...

kzn harga rokok da naek.. nape nak naek harga gula.. topup la cukai rokok pd harga gula.. len la gula naik gaji pun naik.. mana duit petronas 270 bilion wahai paklah??????????

bang_mi said...

chegu...
orang kaya kurang makan gula a..
depa banyak penyakit.. kui3...
camner dengan penaga2 kecil melayu????? kerajaan sebenarnya dah miskin.. tujuan pembangkang adalah utk mendesak kerajaan memberitahu keadaan ekonomi negara sebenar... org2 korporat mmgkin tahub tapi yg duk kampung2.. sampai bila nak kena tipu???

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)