Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, January 24, 2010

Sebarkan tawaran Demang: Orang Islam makan produk haram?


Demang terima sepucuk email sebentar tadi. Pengirimnya tidak Demang kenali. Demang hanyalah salah seorang daripada sekian banyak penerima yang alamat emailnya tersenarai dalam buku alamat pengirim tersebut. Itu yang Demang nampak.

Untuk bersikap adil, Demang siarkan semula di sini walaupun Demang serba salah untuk melakukannya.

Baca dulu. Di bawah nanti Demang beri sedikit pandangan.

Salam and Good Day,

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa
menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun
beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit
serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla
benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2
sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa
yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu
hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya
terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan
dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai
perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ----
jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar
report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan
merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling
mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2
apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk
menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg
ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging
cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing
telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau
kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu
tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg
diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg
bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut
garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia…
wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli
makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah
beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated
simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita
lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah
walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni
kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang
lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa
ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita
ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping
complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting
halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg
sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi
ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada
kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…



Brgds,
aNa MoSLeM

Thank You

Irney Zaireena Binti Rose Zaini
Global Security Monitoring (GSM)
IT Customer Service – Service Management
ExxonMobil Business Support Center Malaysia Sdn Bhd, MEM 11:106A,
Menara ExxonMobil, KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 603-2059 6858 Fax: 603-2059 6573 / 2380 3625
Email : irneyzaireena.rosezaini@exxonmobil.com



Pandangan Demang.
Niat yang baik mestilah disertakan dengan tindakan yang betul. Barulah hasilnya mendatangkan manafaat. Meskipun pengirimnya meletakkan tajuk ’WALLAHU’ALAM’ namun itu bukan lah bermakna beliau sudah melunaskan tanggung jawab dan memberi lesen bagi menyebarkan khabar angin.

Email di atas bukan baru dan bukan juga satu-satunya risalah yang cuba menggugat hati pengguna muslim. Sebelum adanya internet, khabar-khabar sedemikian tersebar melalui surat berantai. Antaranya ialah surat berantai mengenai senarai produk-produk yang diragui kehalalannya. Demang masih ingat antara produk yang disenaraikan ialah semua keluaran Lever Brothers. Selain itu Maggie, Colgate, dan Nestle juga antara produk yang diragui.

Akhirnya Tabung Haji telah bertindak proaktif dengan menguasai pegangan saham dalam Lever Brothers bagi mengelakkan orang Islam terus was-was.

Selain itu terdapat juga surat berantai mengenai mimpi seorang sheikh yang dikatakan penjaga makam Rasulullah SAW berkenaan pesanan Baginda kepada sheikh tersebut dalam mimpinya. Mimpi sheikh tersebut membawa implikasi tanggapan bahawa Rasulullah tidak sempat menghabiskan tugasnya hingga terpaksa masuk ke dalam mimpi penjaga makam.

Akhirnya diketahui bahawa itu semua kerja musuh Islam yang ingin mengocak hati ummat Islam. Sheikh Abdullah yang dinyatakan dalam surat tersebut didapati tidak pernah ada dalam dunia ini!

Kandungan surat tersebut telah difatwakan haram oleh pihak berkuasa, namun Demang tahu, ia masih berlegar dalam masyarakat, termasuk melalui email.

Berbalik pada email di atas, terlalu banyak tanda tanya yang tidak dijawab. Demang ke dapur sebentar tadi dan melihat terdapat tanda ’HALAL’ yang dikeluarkan pihak berkuasa pada bungkusan salah satu produk yang didakwa tidak halal itu.

Apa agenda sebenar? Jika benar perkara itu berlaku, kenapa tidak dibuat aduan mengikut prosedur yang betul? Kenapa perlu ditimbulkan perasaan was-was dalam hati ummat Islam?

Siapa pengirim/penulis asal? Siapa kawan penulis itu? Siapa individu yang menjadi abang ipar kepada kawan sipenulis email itu? Jabatan apa yang ditandakan dengan ’------’ itu?

Kenapa ada ayat: ’...report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan
merugikan pihak ‘besar...’

Nampak macam ada udang di sebalik batu di sebalik penyebaran email ini.

Demang tunggu orang yang berkenaan hubungi Demang dan beri bukti bahawa dakwaan email tersebut ada kebenarannya.

Harap para pengunjung dan rakan-rakan blogger sebarkan tawaran Demang bahawa jika ada sesiapa yang mempunyai bukti terhadap dakwaan penulis email di atas, sila hubungi Demang dengan kadar segera. Demang akan hadiahkan lima botol Minyak Morhabshi, siap dengan bayaran pos secara percuma!

Sementara itu Demang tetap akan makan sardin cap ayam dan minum milo kegemaran.

Kita tidak perlu ragu-ragu dan mudah diragukan kerana kerja meragu-ragukan (was-was) manusia adalah kerja syaitan. Lihat surah An-Nas.


foto sekadar hiasan:
haram gd jpg
myspace.com

6 comments:

mountdweller said...

Salam sdr. Demang

Terima kasih di atas n3 ini. Walau bagaimana pun ada sedikit keraguan sebagaimana juga Demang. Seperti ada Udang di sebalik mee.

Penyebar maklumat ini rasanya dia ikhlas untuk mengingatkan, tetapi sehihannya belum tentu.

eXception said...

Hai mcm-2... Tp xkan le Jab Agama Islam nak berdiam diri je kan? PPIM pun pasti dah bertindak... Malah Persatuan Pengguna pun patut dah keluarkan amaran...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Assaad said...

Salam.

Baru sebentar saya baca blog dari The Unspinner yang mengatakan E110 daripada babi.

Saudara demang melakukan tindakan yang betul. Kita tidak perlu gegabah dengan tulisan atau email yang belum tentu betul . Kita tidak tahu apa niat mereka . Ikhlas atau ada perkara yang tersirat.

Untuk mengetahui apa itu E110 itu amat mudah. taip di pencarian yahoo dan klik. Anda akan dapat jawapannya.

Kita sebagai seorang Islam harus mengambil pendekatan yang bijak. Jangan sampai di perkotak-katikan oleh anasir jahat yang mengambil kesempatan. Negara Iraq telah punah kerana kita percaya dengan Amerika yang mengatakan Iraq di serang kerana ada Senjata Besaran Pemusnah Jagad raya. Tetapi itu semua fitnah yang sampai sekarang pun belum terbukti.

Begitu juga dengan 9/11 kononnya telah di lakukan oleh Teroris Islam. Padahal ada penulis buku yang mengatakan dalangnya orang Amerika sendiri. Sehingga Tun Mahathir ada menulis blog dengan hal ini.

Jadi berhati-hatilah. Kaji selidik dahulu.

1) Kerana ada gunting di dalam lipatan.
2) Kerana telunjuk lurus kelingking berkait.

"Betulkanlah Yang Biasa dan Biasakanlah Yang Betul"


Saat Jais
http://saatjais.wordpress.com
http://saatjais.formor.com
www.treat-cure.com

10 BUDAK HITAM said...

Salam sdr. demang,

Sekiranya dapat bukti atau berita tentang kesahihan berita ni,10SBH amat-amat mengharapkan demang dapat hebahkan pada umum.Kerana isu ini (Sardin n Milo) antara top favourite orang melayu terutamanya anak2 muda.

Terima Kasih.

eXception said...

Jangan terpedaya, semua fitnah suruh kita membenci kerajaan dan memandang serong jab agama islam kita...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

Salam,

Dengan hormatnya saya memohon jasa baik dari pihak tuan/puan untuk memadam/mengeluarkan nama serta alamat penuh pengirim di atas dengan secepat mungkin. sebab utama adalah kerana nama tersebut adalah dari seseorang yg saya kenali dan dia HANYA "forwarded" email yg diterima olehnya baru2 ini. oleh sebab itu, Saya berpendapat pihak tuan/puan agar tidak lagi mempamerkan maklumat-maklumat peribadi seperti ini dengan sewenang2nya dan berharap dapat menjaga nama baik sesama sendiri. terlebih dahulu saya ingin meminta maaf pada semua pihak.

harap maklum.

sekian terima kasih.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)