Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS menyokong cadangan Presiden PAS agar perkataan 'Tuhan' pada Rukunegara ditukar kepada 'Allah'. Menurut beliau istilah tersebut memang telah disebut oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kaum mahupun agama ketika menyanyi dan sebagainya.
Termenung sejenak Demang memikirkan betapa liberalnya PAS hari ini. Malah Tuan Ibrahim menyebut bahawa cadangan Presiden tersebut pasti disokong oleh seluruh ahli PAS. Sekali lagi Demang termenung. Benarkah semua ahli PAS begitu fanatik hingga menerima apa sahaja cadangan Mr Presiden tanpa periksa? Bila masanya Tuan Ibrahim meminta pendapat semua ahli PAS? Demang pun ahli PAS juga.
Dalam pada itu Demang memuji niat dan usaha PAS untuk 'mengIslamkan' seluruh warganegara Malaysia. Namun adakah dengan menggunakan 'Allah' bagi merujuk pada semua Tuhan itu suatu permulaan yang baik untuk mereka beriman pada Tuhan sebenar?
Apa maksud "La ila haillAllah?" adakah kita akan mengucap semula sebagai "Tiada Allah yang berhak disembah melainkan Allah"?itukah terjemahan yang na kita ajarkan pada anak-anak kita?
Apabila cadangan Presiden PAS diterima, apakah yang akan dijawab oleh anak Ah Seng jika ditanya "Siapa Allah?" Bagaimana dengan meja dan colok berasap yang ada dalam rumahnya? Mahu di'Allah'kan jugakah?
Apa pula jawapan anak Robert atas soalan yang sama? Mahukah dia terima yang Allah adalah esa dan tiada lagi Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus? Atau akan disebut 'Allah Bapa', 'Allah Anak', dan 'Allah Roh Kudus'?
Apa pula yang akan dijawab oleh anak-anak kita apabila melintas kuil Hindu yang terdapat beraneka berhala di atasnya? Apakah yang akan diistilahkan pada patung-patung tersebut?
Ya. Memang berhala. Itu bagi kita. Namun bagi mereka? Itulah Tuhan mereka. Jika mengambil cadangan PAS tersebut maka semua berhala yang sebelum ini dianggap tuhan akan mendapat status 'Allah'.
Kacau, memang kacau. Itulah sebabnya terdapat ulama silam yang dihukum pancung oleh khalifah kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Malangnya saki baki pengikutnya menuduh khalifah zalim padahal tanggungjawab khalifah atau pemerintah ialah mengelakkan rakyat keliru dan berpecah belah.
(Topik ini ditulis berdasarkan HarakahDaily hari ini iaitu 27 Mac 2010)
4 comments:
kekadang kita tidak berfikir secara mendalam...hanya pada permukaan sahaja...lantas tidak nampak apakah natijah dan impaknya berakibat daripada saranan secara terburu-buru...
Assalamualaikum.
Kacau memang kacau di buatnya apabila kesucian Islam itu di politikkan, aku tak mengerti dan langsung tak faham sejauh mana akidah Hj.Hadi Awang ini, suatu masa dulu dan hingga sekarang belum menarik balik fatwa hj.Hadi yang mengkafirkan orang UMNO, dan sekarang tunjuk alim berhujah soal kalimah allah,aku rasa dia nie sama saja dengan nik najis dan lain-lain puak khawarij dalam pas.
Perlembagaan Malaysia perkara 3 mengatakan ,agama rasmi persekutuan adalah agama islam, walaubagaimanpun agama-agama lain bebas diamalkan. Jadi perlu apa kita mengislamkan semua penduduk Malaysia yang berbagai kaum dengan menggunakan Prinsip rukun negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada tuhan di ubah kepada kepercayaan kepada allah.
Yang percaya kepada Allah hanya orang islam yang beriman dengan allah dan rasulnya, orang bukan islam percaya kepada tuhan mereka , yang bukannya allah.Justeru itu kenapa perlu prinsip rukun negara itu di ubah ????.
Adakah nawaitunya untuk mengislamkan bukan islam ataupun lebih buruk lagi mensyirikkan orang islam. Nah kalau semua orang mempunyai kepercayaan kepada allah,tetapi melakukan kemungkaran dan menyembah berhala dan segala macam benda atas konsep kepercayaan kepada allah, apakah nanti generasi melayu islam tidak akan menjadi 'bengong' fikirkan lah sedalam-dalamnya wahai orang-orang yang cuba me"libral" kan islam.
Cukup-cukup lah berpolitik murahan, politik retorik dan politik gimik janganlah sampai mengadaikan Islam semata-mata untuk menguasai Puterajaya. Marilah kita bersama sama menguatkan ikatan perpaduan antara melayu islam, pertahankan agama,bangsa dan negara.
KEMPEN UNTUK MUSLIM.
MULAI SAAT INI KITA GUNAKAN PERKATAAN SOLAT UNTUK MENGGANTIKAN SEMBAHYANG KERANA ORANG BUKAN ISLAM JUGA MENGGUNAKAN PERKATAAN SEMBAHYANG MERUJUK KEPADA PERBUATAN MENYEMBAH BERHALA DAN MENYEMBAH TUHANNYA.
SO SOLAT UNTUK MUSLIM SEMBAHYANG UNTUK KAFIR.
Demang setuju dgn Anon dan Melayu Pasir Gudang.
Demang juga setuju dgn istilah solat. (Tapi mungkin satu hari nanti ada yg akan cadang istilah solat juga diguna oleh semua agama. PAS tukang sokong asalkan dapat undi).
Post a Comment