Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, December 19, 2009

Anwar Bapa Perkauman Sempit


Pagi tadi Demang memuatkan artikal yang menyentuh tentang eksploitasi BTN oleh Anwar Ibrahim ketika menjadi TPM dulu. Sebaik membuka email, Demang terpandang sepucuk email yang baru dihantar oleh sahabat daripada team AIDC. Ah, kebetulan pula, kata hati Demang.

Artikel menarik untuk bacaan semua..

Oleh NTanwar, AIDCclub


Menonton video lama Anwar di BTN [klik di sini] dan membandingkan dengan tindakannya hari ini tentunya menarik. Selain terdapat kontradiksi yang amat besar, tentunya akan menyerlahkan lagi wajah Anwar yang digambarkan sebagai seekor binatang 'The Chameleon' oleh majalah The Economist baru-baru ini.

Hari ini, Anwar mahu dikenali sebagai 'pejuang multi-culture' tanpa sempadan agama dan budaya, tetapi berasaskan prinsip demokrasi, hak asasi dan kebebasan beragama. Lantas badan yang memperjuangkan hak keagamaan dituduhnya 'ortodok', manakala badan yang memperjuangkan hak kaum dituduhnya sebagai 'racist'.

Tetapi 16 tahun dahulu Anwar lah yang berusaha menonjolkan dirinya sebagai 'pejuang Melayu' dengan memakai kosmetik Melayu-Islam dan mengembar-gemburkan dirinya sebagai bekas Presiden PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Maka BTN diperkudakan Anwar sebagai mengilap imejnya sebagai 'pejuang Melayu', manakala ABIM dimanipulasikan untuk menonjolkan imejnya sebagai 'pejuang Islam'. Serta IKD (Institut Kajian Dasar) yang dipimpin oleh sahabat baiknya, Kamaruddin Jaafar (bekas Setiausaha Agung ABIM) dieksploitasi sepenuhnya untuk menaikkan imej Anwar sebagai 'pejuang Melayu-Islam' .

Dr Siddiq Fadhil, bekas Presiden ABIM dan ketika itu menjadi panel IKD diberi kolum khas di Berita Harian untuk menulis sokongan secara halus kepada Anwar dengan menonjolkan penulisan bercorak Melayu-Islam yang dinamakan 'Melayu Baru'.

Pendek kata, Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memperkudakan semua instrumen semaksima mungkin untuk menyokong popularitinya, sama ada BTN, IKD, ABIM dan PKPIM.

Bukan setakat itu, institusi pengajian tinggi khususnya UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan badan pemikir Islam Antarabangsa dari Amerika Syarikat, bernama IIIT (International Institute of Islamic Thought) juga diperalatkan untuk kepentingan dirinya.

Semuanya digabungkan oleh Anwar menjadi satu pasukan, missionari berkempen untuk membantu memperkukuhkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Anwar suka pasang orang

Dari dulu hingga sekarang, sifat Anwar tidak pernah berubah, dia mahu memiliki segala-galanya untuk kepentingan dirinya. Lagaknya mengalahkan PM, bersikap diktator, mahu segala-galanya di bawah kawalannya. Sifat Anwar suka 'memasang orang-orangnya' di pelbagai posisi. Malah semua media massa dan elektronik dikawalnya seketat-ketatnya dengan hanya menyiarkan berita-beritanya muka depan yang berbentuk positif.

Sikap 'memasang orang' dan 'mengatur soalan-soalan yang dirancang' terbukti daripada video ini.

Individu yang bertanya adalah Mustafa Kamil Ayub bertanyakan soalan untuk mengangkat imej Anwar sebagai 'Pejuang Melayu' dengan menjadi pembela hak keistimewaan orang Melayu serta mempertahankan DEB. Adakah soalan ini dirancang ? Mungkin. Sebab sifat Anwar suka merancang soalan-soalan yang sepatutnya ditanya kepada dirinya, termasuk di kalangan para wartawan.

Video ini dirakam tahun 1993, dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi. Kursus Perdana adalah kursus yang dihadiri oleh pemegang-pemegang jawatan tinggi dalam agensi kerajaan atau swasta, apatah lagi kursus itu dihadiri sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tahun 1993, Anwar baru sahaja memegang kuasa sebagai TPM, ekoran kemenangannya sebagai Timbalan Presiden UMNO melawan Ghafar Baba. Walaupun sebelum itu, Anwar pernah berjanji tidak akan melanggar jawatan Timbalan Presiden, kerana menghormati 'orang yang lebih tua', Ghaffar Baba (ketika itu menjadi TPM), tetapi Anwar mungkin janji pada saat akhir, dan mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden UMNO hingga Ghafar terpaksa menyerah kalah.

Sebagai TPM, Anwar bertanggungjawab menjaga BTN. Sebagai TPM yang baru memperolehi kuasa, Anwar memperalatkan BTN untuk memperkukuhkan kedudukan serta sokongan di kalangan pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan dan swasta.

Kesempatan seperti ini diambil sepenuhnya oleh Anwar dengan menjadi penceramah utama dan menjawab soalan-soalan yang mempopularkan dirinya dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi itu.

Mustafa Kamil Ayub, sememangnya sudah dikenali sebagai penyokong totok Anwar. Ketika itu Mustafa Kamil adalah Ketua Jabatan Latihan dan Kepimpinan Pelajar, bahagian Hal Ehwal Pelajar di UIA. Kemasukan Mustafa Kamil di bahagian Hal Ehwal Pelajar UIA juga diplan oleh Anwar (dengan kuasanya sebagai Presiden UIA), untuk memperkukuhkan pengaruh ABIM dan PKPIM di UIA berdasarkan rekod Mustafa Kamil sebagai Presiden PKPIM dan aktivis ABIM, sejak dari UKM lagi.

Dengan kepakaran Mustafa Kamil sebagai bekas aktivis PKPIM, ABIM dan IIFSO (klik di sini) yang sejalur dengan latar belakang Anwar, maka dia diharapkan dapat merekrut lebih ramai lagi kader-kader baru di kalangan pelajar yang sama fikrah dengan Anwar.

Selain itu, Mustafa Kamil juga dilantik sebagai sahabat BTN dengan menjadi penceramah dan fasilitator BTN, yang menjelajah ke seluruh negara untuk memperkukuhkan kader-kader Anwar.

Salah seorang yang pernah direkrut adalah Rosli Abdullah, bekas aktivis PKPIM yang diterap masuk ke dalam BTN setelah tamat belajar. Hasil daripada kroni PKPIM/ABIM, Rosli dilantik menjadi Pengarah BTN Terengganu.

Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, Mustafa Kamil Ayub dan Rosli Abdullah ikut jejak langkah Anwar. Mustafa Kamil sertai Keadilan, manakala Rosli Abdullah sertai PAS dengan menjadi Pengarah UBI (Unit Bimbingan Ummah) semasa PAS memerintah Terengganu.

Anwar kata bukan Melayu pendatang ?

Soalan Mustafa Kamil disambut oleh Anwar dengan penuh ghairah. Sesuatu yang mengejutkan, Anwar menggelar kaum Cina dan India sebagai 'pendatang', sedangkan hari ini Anwar mendakwa orang bukan Melayu bukan pendatang, malah Anwar menuduh pula kaum Melayu sebagai pendatang sama seperti Cina dan India. Dakwa Anwar hari ini, kaum Melayu bukan kaum asal di tanah air ini, kaum asal adalah penduduk orang asli. Itu hujah dipegang Anwar sekarang ini.

Tetapi 16 tahun dahulu, ketika Anwar berada dalam kerajaan, Melayu adalah penduduk asal, manakala bukan Melayu adalah 'pendatang'. Malah ditemplaknya kaum pendatang itu agar jangan mengungkit persoalan hak keistimewaan orang Melayu kerana sudah termaktub dalam 'perjanjian keramat' (termaktub dalam perlembagaan) yang mewartakan kedudukan Bahasa Melayu, Agama Islam dan Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu.

Lebih menarik lagi, walaupun Anwar mendakwa dirinya sebagai 'pejuang Bahasa Melayu', tetapi dalam kursus itu, Anwar begitu berbangga menggunakan bahasa rojak, (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris), walaupun pesertanya adalah Melayu.

Dr Mahathir yang pernah menyampaikan ceramah dan menjawab sesi soal jawab dalam kursus perdana BTN, menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan tidak pernah menggunakan bahasa rojak seperti Anwar.

Itulah sikap Anwar, terlalu banyak mahu menjadi 'pejuang'; Pejuang Bahasa, agama, kaum akhirnya semuanya menjadi rojak! Bukan setakat rojak, tetapi boleh berubah-ubah dan tidak konsisten, akhirnya semuanya hancur lebur!

Lebih menarik lagi, ketika Anwar mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan DEB, dia membuat perbandingan dengan Amerika Syarikat. Semuanya mesti merujuk kepada Amerika Syarikat, hinggakan kaum Melayu di Malaysia juga mahu disinonimkan dengan bangsa Barat di Amerika Syarikat.

Kenapa Anwar bakar pejabat BTN Bellamy dan pejabat IIIT di UIA ?

Satu peristiwa paling menarik dan masih menjadi misteri sampai ke hari ini, ketika Anwar dipecat daripada UMNO, dua tempat yang dikaitkan sebagai pusat operasi Anwar terbakar secara tiba-tiba. Satu perancangan atau kebetulan ? Kenapa kedua-duanya 'dibakar' serentak ?

Satu daripadanya adalah ibu pejabat BTN di Bellamy, Kuala Lumpur. Keduanya ibu pejabat IIIT (Malaysia) di UIA, Petaling Jaya. Kebakaran itu mengakibatkan semua dokumen-dokumen penting berkaitan dengan operasi BTN dan IIIT musnah.

Kenapa berlaku perancangan membakar kedua-dua pusat operasi Anwar, ketika Anwar kehilangan kuasa? Ada sesuatu mahu dilindungi?


Sedikit catatan Demang:
Apabila Demang membaca perenggan terakhir tentang kebakaran di Jalan Bellamy maka serta merta Demang teringat beberapa orang kuat Anwar dalam BTN yang cuba merampas kuasa dan terus menguasai BTN walaupun waktu itu Anwar sudah dipecat. Akhirnya mereka terpaksa menyingkir dan sebahagiannya terus bersama Anwar manakala sebahagian lagi terus menyepi atau kembali menyokong kerajaan.

Rupa-rupanya dalam suasana kalut itu mereka sempat 'bertindak'.

Foto hiasan:
khianat jpg
nniki.persianblog.ir

14 comments:

Alfonso2009 said...

Itulah wajah sebenar Anwar.Kita tertipu dengan topeng yang dipakainya. Akibat terlalu banyak topeng pengikut jadi keliru dan terus menyokong tanpa usul periksa. Senario masyarakat pada masa itu telah digunakan sebaiknya demi mencari sokongan dan pengikut. Pengikut yang tiada arah tuju dan mengharapkan sesuatu yg baru terus berkejar pada Anwar dan tak kurang pula yg mempunyai agenda peribadi dan inginkan kesenangan. Cita-citanya untuk jadi PM tak pernah luntur.

melayuangkat said...

Assalmualaikum Cheguman,

Selamat Menyambut Tahun Hijrah Baru 1431.

KITA semua tahu temberang, tembelang dan Belit insan bernama Anwar Ibrahim. Malangnya RAMAI yang tak percaya dan masih menaruh Harapan tinggi padanya.

Bagi saya, MASA akan menentukan segalanya, cuma saya berdoa demi kebaikan bangsa Melayu kita, Agama dan Negara, MASA itu tidak terlambat buat semua.

WaAllahuAlam.

Anonymous said...

assalamualaikum.. Sy bpndgn blainan.. Umno parti yg rasis maka x hairan la anwar bsikap cmtu tdk lma dlu.. Anwar dkelilingi dgn melayu pengampu.. Anwar dipihak kerajaan sdh tntu mahu krjaan mndpt mandat rakyat.. Khususny melayu.. Sdh mnjadi darah daging umno utk bpolitik sdemikian rupa.. Anwar dah brtukar pentas.. Idealogi sdh psti btukar.. Stlh mrsa tdk keadilan pd dirinya brulah anwar sedar yg mreka silap.. Sama juga dgn PAS.. Dlu pas tidak la bsggh2 nak undi bkn islam.. Kini, dasar pas ttp sama iaitu islam..pndekatan pas 4 all yg lbh msra rakyat bblng kaum.. Sme juga dgn anwar yg mmprjuangkn idealogi yg sma stlh melihat idea melayu sempit smkn pudar dtelan zaman.. Dr.M jgak mkin lntg mgkritik najib krna melihat najib lbey msra cina n india btntgn dgn dasar umno.. Klu benar umno mmprjuangan melayu knp msh ramai melayu yg miskin.. Knpa ditarik pula royalti krjn pas trgganu.. Krjaan pas klntn.. Sdgkn negeri2 ini lbeh 90pratus melayu.. Malah ngeri slangor n p.png yg lbey dikuasai oleh cina disokong pula ekonominya.. Siapakah pgkianat klu bkn umno yg mmrintah 50 tahun sudah..

Penonton Opera said...

anon 526...
lu merepek apa bro!!
bila masuk pakatan haram semua taik jadi suciii..
poodahhhh
pas pon sama walhalku walharammu..
yg cina dap tu x racist ka??
baru suruh sekolah satu aliran dh melompat!
puja la pkatan rakkus hang tu!

melayu miskin gomen dh tlg mcm2
tp ada melayu mcm hang la buat melayu x maju2..
pemalas dan tau salahkan org lain saja
usaha sendiri tak mau..
dh beratus2 tongkat dh bg!
tipikal pecacai dap!

Anonymous said...

Klu melayu sgt.. Aku cabar najib halau smua org bkn melayu dri bumi ini tmasuk india muslim n cina muslim.. Tanah ini tanah melayu bkn tanah org len.. Tuhan da krniakn tnh ini utk melayu maka hny melayulah yg brhak.. Cabar najib beli semua tanah2 org melayu yg tlh dijual pd bkn melayu.. Tutup prusahaan cina dan india.. Ini tanah melayu.. Kita lancar perang thadap bkn melayu.. Trutama negara cina n india yg telah mghantar pdgg cina n india pd suatu masa dahulu.. Najib hendaklah bg tanah dan duit pd org2 melayu.. Bebaskan org2 melayu dlm pnjra.. Ajarlah kitab2 pngjian melayu shja.. Bhsa asing hendaklah ditolak.. Tolak krjasama ekonomi selain melayu krn mgkn ada agenda yg sebaliknya.. Tkt jd cm portugis tawan melaka.. Maka kukuhlah melayu..

Anonymous said...

DAP bkn parti aliran cina sprti mca.. Ko kne phm.. Stkt ko maki aku xjadi apa.. Ko ckp cm brani tp pengecut.. Hujah xde.. Taik ada.. Dari dlu smpai skunk pas haramkn prbuatan umno mnkla umno haramkan prbtn pas.. Umno pnh kata lompat parti tu haram.. Tp mrka lkkn.. Bkn bru2 ni.. Malah sejak dlu umno mmg kaki ugut lompat parti.. Skunk pas kata haram plak.. Apa yg ko nak gaduh.. Ko bndgkn lah hujah mereka.. Ko ni mmg x pndailah..

Anonymous said...

aku sokong penonton opera
kerajaan da bg mcm2 utk BANGSA MELAYU
time banjir, wape byk duit dibagi kpd rakyat yg kne bnjr
wape byk duit Jabatan Kebajikan Masyarakat bg kat rakyat susah tiap2 bulan
tu belum masuk pinjaman utk memulakan perniagaan kat org melayu lg
sedarla semua, kalau bukan sbb UMNO, cmne kite org MELAYU nk terus idop?

Demang Lebar Daun said...

Demang siarkan semua komen walaupun tidak sependapat dengan Demang. Cuma Demang agak terkilan apabila komen-komen Demang dalam blog pembangkang selalu dibuang begitu sahaja.

Bagaimana agaknya jika mereka menjadi kerajaan yang memegang kuasa?

Anonymous said...

kelantan dan trgganu bkn mntak bntuan tp 'hak' mereka yg telah dirompak.. Knp susah nak bg royalti minyak pd kedua2 negeri ini sdgkn mrka ramai melayu.. Sabah n sarawak pula bkn negeri melayu ttp msh dpt royalti petroleum.. Hal ini jelas menunjukkan umno lbh pentingkn kuasa drpd memajukan org melayu.. Kelantan bkn mntak sedekah tp mntak hak.. Petronas dah sedut minyak di prairan kelantan maka klntn ada hak royalti.. Sme je mcm sabah.. Xprlu la klntn merayu.. Mreka bkn mntak belas ihsan tp hak.. Nilai 1bilion bkn kecil.. Sekaligus dpt mberi kesan thdp pmbgnn rakyat klntn yg melayu2 itu.. Tp umno ttp khianat.. Adakah saudara tidak sedar saudara2 kte dikelantan dizalimi umno.. Mcm di trggnu, royalti drompak terus dri rakyat trgganu sbb mrka pilih pas.. Nmpak sgt ada agenda politik.. Inikah prjuangan melayu.. Adakah demi melayu prbuatan zalim dihalalkan.. Rasuah dan penyelengan trs dbnrkn.. Tak salah nak bpolitik tp biarlah kena dan tidak zalim.. Prbtn mnyekat ryalti sama spt abdullah bin ubai(zmn rasulullah), munafik yg mnykt ekonomi org islam ktika itu.. Sedarlah, umno sudah tidak releven utk org melayu.. Ssh sgt ke nak sahut seruan tok guru supaya melayu bsatu pd akidah islam.. Tidakkah itu jauh lebih baik.. Salam..

Demang Lebar Daun said...

hujah Anon yg terakhir membuktikan UMNO tidak memperjuangkan kaum sendiri sahaja.

Hujah itu juga memberi kesimpulan bhw rakyat Kelantan perlu mengundi BN agar royalti dpt disalurkan semula kppd mrk.

Salam satu Malaysia.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sy sokong kalau kita mahu mempertahankan hak orang2 melayu.. Tetapi adakah dengan provokasi yg melampau?? Cnthnya tulisan awang selamat(utusan) dan ceramah ibrahim ali.. Menuduh DAP komunis lah.. Adakah krna mereka cina kita mentafsirkan bhwa mereka komunis.. Melayu pun ada komunis.. Apakah perasaan umno apabila TGNA mengatakn bhwa prjuangan umno mcm prjuangan komunis(baru cakap 'macam').. Umno dah melenting.. Nak tanya.. DAP ni bntang ke sesuka hati je tuduh? Nabi ajar cmtu ke utk mghadapi bkn islam? Seolah2 ingin mewujudkan suasana tidak tenteram dan hampir mgkin kepada peperangan.. india dan cina tak lemah.. Kita hanya 60 pratus dibumi sendiri.. Langkah utk berperang amatlah tidak wajar.. cara utk selesaikan adalah dengan kebijaksanaan.. Bkn sahaja PR malah BN juga harus selesaikan hal ini.. Anwar mengatakan cina pendatang(memang pendatang).. Tetapi mereka dah lama di tanah melayu.. Malah ramai antara mereka yg lbh patriotik dri melayu sendiri.. Anwar mahu mewujudkn suasana politik yang lbh brdaya saing.. Jika mahu melayu terus kekal maka kuncupkanlah smgt perkauman.. Blogger2 diharap dapat membantu..

Anonymous said...

Saya sokong anon.. Tak kemana melayu kalau pakai slogan lama.. Berpijaklah dibumi yang nyata.. Kita hanya 60peratus.. Mmglah tiada dlm dasar pas memperjuangkan bukan islam.. Tetapi dunia sudah berubah, pas kena bijak menangani konflik kaum.. Cnth di perak,(semua parti harap dapat bersikap spt itu), walaupun di gembar gembur di media bhwa nizar barua cina(tuduhan tidak bermoral) malah mengatakan nizar gadai hak org2 melayu kerana bg tanah kt cina.. Sbnrny melayu dapat lbh wlupn kita ckp nizar boneka.. Isu tanah, pnddk kg baru(cina) dpt tanah tetapi kg baru tidak dibenarkan ditambah atau dibesarkan.. Kg org melayu pula pun dpt tanah, tetapi boleh ditambah dan dibesarkn.. Adakah itu menindas melayu??.. Aku tengok cina gembira, melayu gembira.. Bygkn dlm keadaan politik yg begitu nizar msh dpt jaga hak melayu disamping hak bangsa lain tidak terjejas.. Jelas sekali media sgt2 berat sebelah.. Mungkin mereka dibayar oleh pihak2 tertentu bg tujuan politik sempit..

Anonymous said...

Tepat sekali ANONY. Aku pernah pergi seminar dakwah. Berbuat adil pada mereka(bkn islam), baik pada mereka dapat menarik mereka kepada islam. Contoh, kita ada dua sahabat cina, satu sahabat karib, satu lagi kenalan sahaja, mana yang lebih mudah untuk kita berdakwah?? Sudah tentu kawan karib kita.. Kalau betul PAS masih dengan konsep dakwah ini aku sokong sangatlah kan..

Demang Lebar Daun said...

Wahai anon-anon sekalian. Sebaiknya anda memahami sejarah dan perjalanan politik negara dengan rapat. Jangan sekadar ikut di pertengahan jalan. Ibrahim Ali tidak menuduh orang cina sebagai komunis. Dia kata, DAP. Dia tak kata MCA. Kenapa? Sebab dia tahu sejarah penubuhan DAP.

Kenapa DAP membela Chin Peng?

Saya pernah jadi ahli PAS tetapi tak suka cara mereka menghukumkafirkan org UMNO hanya kerana perbedaan fahaman politik.

Mungkin anda bertiga sesuai dengan cara begitu.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)