Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, December 19, 2009

Anwar peneraju fahaman perkauman?


Apabila para blogger pembela negara menyiarkan video Anwar dan Khalid menyampaikan ceramah perkauman di pentas BTN suatu ketika dulu, maka pemimpin pembangkang berdalih bahawa perkara itu sudah lama berlalu dan kedua-dua tokoh lidah bercabang itu sudah insaf.

Eloklah jika mereka berdua sudah insaf. Namun betulkah BTN masih meneruskan perjuangan peribadi pemimpin PKR itu setelah kedua-duanya disingkirkan daripada BTN?

Baru-baru ini Demang diberi peluang lagi untuk terlibat dalam program BTN dan merasai sendiri modul kursus yang digunakan. Para peserta terdiri dari pelbagai kaum dan agama termasuk Melayu, Cina, dan India.

Para peserta diberi ceramah tentang perlembagaan dan sejarah negara. Nilai murni rakyat Malaysia serta semangat cintakan negara diberi penekanan utama. Semuanya merujuk pada Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan Persekutuan 1957).

Demang lihat sendiri bagaimana para peserta begitu teruja dengan maklumat yang mereka terima dan berikrar untuk mengutamakan perpaduan tanpa mengira kaum atau agama. Kenapa mereka teruja? Sebab sebelum ini mereka tidak pernah didedahkan dengan perlembagaan negara sendiri dan sedar betapa pentingnya mempertahankan negara bersama-sama.

Beberapa orang peserta secara spontan mengaku bahawa sebelum ini mereka tidak begitu peduli tentang perlunya kaum Melayu/bumiputra, Cina, dan India bersatu padu dan bekerjasama bagi membina negara. Kini mereka insaf bahawa seluruh rakyat perlu bersatu dan tidak terlalu bermain politik.

Kenyataan paling menarik Demang perolehi ialah boleh dikatakan semua peserta melahirkan rasa meluat dengan ahli politik yang tak habis-habis menimbulkan provokasi dan polemik sehingga rakyat menjadi keliru dan usaha pembangunan negara terjejas.

Demang tak nak beritahu anda siapakah ahli politik yang mereka meluat itu tetapi Demang percaya itulah jawapan yang pasti terhadap persoalan, kenapa pembangkang amat marah pada BTN?

Sebenarnya setelah Anwar tersingkir, BTN menarik nafas lega dan kini mneruskan perjuangannya tanpa dikongkong oleh peneraju perkauman sempit itu lagi.

Perlu diingat bahawa Anwar bukan pelopor BTN sebaliknya hanya muncul sebentar di persada politik dan sempat menggunakan kuasanya bagi mengeksploitasi BTN.

Jangan bimbang kerana kini bukan sahaja Anwar malah juak-juak Anwar pun sudah tiada dalam BTN.

1 comment:

Anonymous said...

peneraju sbnr perkauman adalah umno,mca dan mic.. mereka bknlah pjuang melayu tulen ttp mggunakn prkauman utk tujuan politik mereka.. Cnthny tragedi 13mei.. Tragedi blaku apabila perikatan tumbang di p.png dan bnyk krusi mereka hilang di selangor di tangan pembangkang(GERAKAN).. Sejurus lepas itu mereka melaung2kn perkauman sempit serta mengapi2 msyrkt melayu yg kononnya parti gerakan adalh komunis.. Nak rampas tanah melayu.. Maka tjadilah rusuhan kaum.. Dalangnya adalah umno dgn kuncu2nya bkn anwar ibrahim.. Fhmn prkauman itu mmg ada dlm jatidiri setiap bangsa, mmg xblh dinafikan lg.. Persoalannya disini, adakah umno mggunakan perkauman utk tujuan baik.. Weh, duk satu negara dgn cina india bkn kita kne sepak terajang mereka.. Ttp bbaik2 dgn mereka supaya iklim politik di negara kita menjadi aman.. Apa salahnya kita brtolak ansur.. Jika ada prkataan di pihak sana yg sdkt brcggh jgnlah di api2kn lg dan jgn bt2 pandai mcm awang selamat(utusan).. Tidak kita sedar kadang2 kita suka mghina bangsa cina dan india.. Ttp apabila mrka ckp sket kita mulai melatah tak tentu fasal.. Sggpkah kita klu suatu hari nanti org melayu cakap 'jgn keluar rumah, nanti cina sembelih kau' dan bgtu sebaliknya, ' jgn keluar, nanti melayu sembelih lu'.. Adakah ini keadaan politik yg kita mahu.. Adakah melayu mahu dipandang secara bmaruah atau dipandang penuh dgn dendam yg tiada asasnya.. Jadi, org melayu hndklah menilah dgn akal bkn nafsu kalau tak mahu digelar 'melayu bodoh sombong'..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)