Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, December 18, 2009

Harussani bukan mufti Islam - Harakah 20 Dec


Kata Ketua Penerangan PAS Pusat iaitu Idris Ahmad, Harussani Zakaria bukan mufti Islam. Antara alasan beliau ialah mufti Perak itu gagal mengeluarkan fatwa samada elaun yang dimakan dua YB yang bertanding atas tiket Keadilan tetapi kemudiannya menyertai BN itu halal atau haram?

Demikianlah mudahnya orang PAS buat hukum jika perkara itu merugikan mereka.

Demang nak tanya:
Bagaimana dengan pengumuman '30 YB BN akan menyertai PR' yang didakwa akan berlaku pada 16 September 2008? Bagaimana jika komplot tersebut berjaya? Halal, haram, atau halam elaun mereka?

Bagaimana dengan komplot di parlimen kelmarin yang cuba menjatuhkan BN melalui tindakan tidak meluluskan badget 2010 melalui taktik kotor atas kelemahan YB yang ponteng? Tidakkah tindakan itu mengkhianati kehendak MAJORITI rakyat yang memilih BN dalam PRU12? Halal, haram, atau halam elaun kerajaan baru itu?

Sesungguhnya PAS hanyalah sebuah parti politik seperti UMNO, MCA, PKR, DAP dan lain-lain. Bezanya, PAS menggunakan Islam sebagai strategi meraih simpati orang Melayu.

Sebagai parti politik, mereka akan menggunakan apa sahaja cara bagi mencapai maksud tanpa memperdulikan soal semangat demokrasi, etika mahupun hukum. Malah mereka juga mengingkari roh persaudaraan Islam yang diikrar melalui Dua Kalimah Shahadah.

Jika sesuatu perkara dilakukan pihak lawan, maka itu adalah haram manakala jika dilakukan oleh puak sendiri dihalalkan atau didiamkan begitu sahaja.

Begitukah perjuangan Islam yang sebenar? Demang cabar 'ustaz' Idris Ahmad jawab soalan Demang tadi?

foto hiasan:
http://neutraldaily.blogspot.com/

7 comments:

ORANG KG said...

salam,

bagi teman parti hamPAS tu kalau untungkan depa semuanya halal pulak tu boleh masuk syurga tapi kalau tak utungkan depa alamat haramlah jatuh hukumnya bagi puak mereka

tq

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Assalamualaikum Saudaraku Waadat.

Nafsu menghalalkan cara.

Mereka tidak peduli dengan sesiapa pun. Hatta MUFTI atau seorang ulama. Mana-mana sahaja yang dilihat tidak selaras dengan ideologi politik mereka, maka mereka akan kutuk dan buat fitnah....INILAH SIKAP KHAWARIJ sejak zaman pemerintahan KHALIFAH AR-RASYIDDIN.

Anonymous said...

salam.. Lbh baik saudara bca sndri harakah drpd waadat yg ambil sstgh prggn tulisan utz idris.. Manipulasi juga dosa.. Mslhnya adkh 30 tu lompat parti.. Tidakkah saudara tahu iklim sbnr politik di sabah dan sarawak.. Anwar ibrahim mngajak komponen.. Bkn ahli.. Kmpnen bn di sabah.. Bkn suh lmpt prti.. Mslh dsini bkn adun yg mlompat tp cara adun melompt.. Adakah tiada kmsykilan.. Hrssani juga memilih isu.. Yg bkpntingn dgn umno.. Bkn utk islam.. Pabila najib zalim ke rakyat klntn dye x kecoh pun.. Xslh dye nak bplitik.. Tp msk la umno.. Ada pntas dri dye cucuk blakang cm pengecut.. Ulama pngcut bkn ulama islam ttp ulama jual agama..

Anonymous said...

apa bezanya parti dan komponen, BN tu kan ke parti yang ada komponennya. rakyat yang mengundi parti komponen tu juga, sebab parti tu dalam Bn. Itulah masalahnya bila kita buat betul tapi orang lain salah aje...

Anonymous said...

X sama, blm tentu umno akan menang di sabah n sarawak.. Bn mghrpkn komponennya.. umpamanya, sprti umno ajak pas msk BN.. Mcm pilihan raya di sabah sblm ni.. Pakatan pembangkang bjaya mmbentuk krajaan.. Akhirnya tumbang sbb antara parti dlm pmbgkg mnyrtai BN.. Sme dtrggnu thn 1957.. Krajaan pmbgkg tumbang krna parti yg melompat atas nama parti negara.. Parti melompat pun sah2 adun2 mrka dlm parti negara.. Bkn melompat dari keadilan jadi bebas.. Lepas kne culik lak tu.. Ini rasuah lah,apalah.. Kuar tv la adun pkr rasuah.. Skunk, tup2 x rasuah.. Last2 skg BN..Xkan xphm2.. Hrssani juga bfatwa tnpa melihat baik buruk.. X kena dgn isu.. Seolah2 nak menangkan umno.. Bagi sy lebih baik dtk seri hj harssani msk politik.. Takla sprti ayam bkokok sembunyi..

Anonymous said...

Betul juga kata ustaz Idris.. Harussani bukan mufti islam tetapi mufti melayu.. Dalilnya, harussani bukan mengajak kepada perpaduan islam tetapi mengajak kepada perpaduan melayu.. Thats y lebih baik digelar mufti melayu.. mufti islam hendak bjuang perpaduan islam.. Bkn melayu.. Malah mengatakn melayu hrs bsatu bwh umno.. Wlupun umno tidak mnjalankan agama Allah di malaysia walaupun dberi kuasa memerintah shgga 52 tahun lamanya.. Malah arak,judi,pelacuran,zina,dadah,rasuah,penyelewan,slh gna kuasa,dan mcm2 lagi kini smkin bleluasa sejak 52 thn yg lalu.. Sejak kebelakangan ini juga harussani bercakap seolah2 utk kepentingan umno. Cnthny pasal nga kor ming ngn masjid, adakah harussani meneliti teks ucapan kor ming.. Adakah wajar dia mengapi2 keadaan.. Kor ming bkn prsoalkn bajet masjid tetapi persoalkan bajet utk bkn islam.. Tafsirla btl2.. Najib yg lggr prjanjian petroleum takde pula nak cakap apa2.. Malah marah apabila nik aziz baca doa laknat.. Doa laknat haram bg org2 yg zalim tetapi halal bg org2 yg dizalimi.. Kelantan dizalimi maka halal la doa laknat.. Seolah2 nak mngkan umno je.. Harussani ni mufti umno ke?? Masuklah politik.. Jgn pandai berkokok je..

Anonymous said...

kalau bajet tak lulus tak bermakna kerajaan tumbang tetapi secara politiknya benar2 tumbang.. Pmbgkang ada hak nak gagalkan bajet.. Spt apa yg kita lihat isu2 melibatkan puluhan bilion rggt yg dbangkitkan pembangkang lgsg ditolak.. Sekaligus besar impaknya pada rakyat.. Takkan salah anwar lagi kalau mp ponteng.. Kalau betul mungkin BN da tumbang malam tu.. Anwar pasti akan kerah MP PR keluruhannya.. Spt yg demang kata 'mereka' melihat pembgkang ramai yg tidak hadir di lobi dewan.. Adakah dgn begitu shja mereka sudah tertipu.. Memang MP suka ponteng kag? Masalahnya malam itu malam penting bg membahas dan meluluskan bajet.. Janganlah khuatir.. Tak lama lg BN pasti tumbang.. Salam

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)