Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, December 6, 2009

Kain cukin


Bulan ini semua penjawat awam samada yang setia menyokong kerajaan mahupun yang belot akan menerima wang ehsan sebagaimana yang dijanjikan ketua CEO Malaysia iaitu DS Najib.

Demang teringat kata-kata seorang ahli ekonomi, "wang bukan bertambah atau berkurangan sebaliknya hanya bertukar tangan."

Maka apabila penjawat awam mendapat imbuhan tambahan tersebut maka kerajaan sebenarnya terpaksa mengurangkan peruntukan untuk perkara lain pula. Salah satu contoh ialah rancangan menggantikan pesawat Nuri.

Pembatalan pembelian pesawat tersebut menunjukkan kewangan kita bukanlah berada dalam keadaan yang molek sangat. Justeru tidak perlulah kita persoalkan kenapa kerajaan tidak meluluskan sepenuhnya tuntutan CEUPACS. Sebenarnya kesatuan sekerja itupun maklum mengenainya cuma mereka sekadar menyampaikan hasrat disamping menunjukkan bahawa mereka sudah melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin kesatuan.

Demang teringat hujah Anwar ketika berdebat dengan Sabri Chik suatu ketika dulu. Anwar dengan selamba memberitahu rakyat bahawa beliau mampu menurunkan harga petrol ketika harga bahan api tersebut tinggi mencanak di pasaran dunia.

Bagaimana? Sudah tentulah dengan mengurangkan budget untuk perkara lain. Usul Anwar ialah menarik bantuan bagi menyelamatkan syarikat-syarikat GLC. Mudahnya formula tersebut! Hal ini bermakna syarikat Melayu/bumiputra tersebut akan muflis dan kesannya, berapa ratus ribu rakyat akan kehilangan pekerjaan?

Begitulah hebatnya graduan sastera tersebut merencanakan ekonomi untuk rakyat! Dalam pada itupun beliau kini dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor. Tun Mahathir senyum sinis mendengar pengumuman tersebut.

Demang sebutkan soal bonus sebab Demang tahu ramai penjawat awam yang memberi undi kepada pembangkang dalam PRU12 lalu hanya kerana kecewa dengan Pak Lah yang tidak meluluskan bonus pada tahun tersebut.

Oh ya. Berkenaan kain cukin, ia adalah perumpamaan orang tua-tua bagi menggambarkan keadaan ekonomi. Kebetulan Demang baru bangun tidur di dalam hutan simpan negeri kerana menemani kira-kira 100 orang belia yang berkhemah di sini. Oleh kerana tiada selimut Demang menggunakan kain pelikat bagi menyaluti tubuh dalam kedinginan hutan hujan tropika. Kebetulan pula musim tengkujuh. Maka kain pelikat tersebut dikatakan 'seperti kain cupin'. Di tarik ke atas, di bawah terdedah, di tarik ke bawah, di atas pula terbuka.

Maka mengerekot lah Demang kedinginan dalam rimba Endau-Rompin dan hanya terjaga apabila azan subuh memecah keheningan taman rimba ini.

Foto sekadar hiasan:
the khemah aznirul flickr.com

4 comments:

C L J said...

Che Gu Man dok gi mengasuh dak dak belia sampai dlm hutan tu tak marah ke Khalid dgn partner dia si Guan Eng nuh. Kesian CG Man dah kesejukan kena marah agi.

wakilrakyat said...

salam.
Lama dah tak dengar perkataan "Kain Cukin" yang menjadi kain yang diletak atas bahu orang dulu-dulu.
Aku setuju penjawat awam tak sokong BN dalam PRU 12 hanya kerana tak dapat wang ehsan. Tapi kali ni bila dah dapat depa kata: " Eleh 500 saja..mana cukup..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Hebatnya berkhemah dalam hutan. Tentu seronok. Saya tabik dedikasi guru guru semua mengambil berat dan bersusah payah membawa pelajar merasi pengalaman di hutan ini. Bukan senang nak jaga anak orang, ramai pulak tu.

Demang Lebar Daun said...

camtu le makcik... tapi seronok melihat semangat anak-anak muda tu.

CLJ,
Kita buat kerja baik, pedulikan je apa org nak kata... he he.. Allah Taala tahu apa yg kita lakukan.

Wakil rakyat,
alhamdulillah, ada lagi org yg ingat 'kain cukin'... jom bawak anak-anak buah hang pi Tmn Negeri Endau.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)